Yvonne Ridley

BBC menyiarkan pengalaman empat orang warga British yang memeluk Islam. Salah seorangnya ialah Yvonne Ridley. Beliau pernah ditahan oleh pasukan Taliban di Afghanistan. Yang menarik perhatian saya ialah penampilannya – lihat video berikut ketika beliau menemubual Mahathir (cerita lama tetapi sorotan saya hanya pada Yvonne Ridley)

4 thoughts on “Yvonne Ridley

  1. 01) Bilalah depa nak percepatkan benda yang 15:55, bila tengok jadi macam 27:55.

    02) Perihal penampilan, semua wanita yang mengakui pegangannya Islam, dan siapa pun nak peluk Islam, hayatilah firman Allah, “libasi taqwa”.

    Ertinya, pantaslah usah watan kelihatan seperti berpakian keAraban. Yang dilihat bukanlah penampilan itu, namun hati yang tunduk dan sujud total hanya ke hadrat-Nya.

    04) Sebagai kakitangan kepada kerajaan yang memerentah sekarang, sememangnyalah perlu dipertontonkan kepemimpinan semasa, namun, tidak mengapa jika ditayangkan kepemimpinan dahulu seandainya bernas. Usahlah kita nampak penemubual sahaja, langsung tak sekilas pun pandang siapa yang ditemubualnya itu.

    05) Setelah tonton petikan visual ini, tiadalah lain ibarat yang boleh diingati melainkan sedapnya mee rebus, yang hampir dengan tempat Rastom bekerja. Sedap dan ada kelas gitu. Sebagai orang yang suka makan sedap, tiadalah aku terpikat jikalau, hidangannya mee beberapa helai, telur suku belah empat, tauhu sehiris, taugeh 2 urat, dan kuah 85 sendok. Hidangan ini tidak setimpal dengan harga tol bakal menyengat dompet, Januari 2007 nanti.

    06) Kepada orang Me…layu, ada mesej utama yang disampaikan dalam petikan visual ini. Tahukah kamu apakah dia? Sememangnya perjuangannya tidak akan selesai, namun dalam tempoh bersara pun, air kekeruhan dalam kehidupannya jikapun ada, sedang semakin jernih.

    07) Ada individu sewaktu ditemubual untuk menjadi guru sekolah, beberapa bulan lalu, dikhabarkan tidak tahu nama Menteri. Namun, aku semacam tidak mahu menyalahkan individu itu, untuk kali ini. Sebab, jika ada rombakan kabinet zaman dahulu, kami tampal kat dinding sewaktu di asrama kampus dahulu. Bukan sahaja nama menteri diketahui, nama isteri, atau suami, jumlahnya, ahli keluarganya pun kami tahu nama, dan buat kerja apa. Namun sekarang, jika keunggulan komunikasi, menurut rakan dalam sektor ini, perlu ke tiga kementerian untuk kelulusan satu borang, apa kan daya, sekadar pernah terlihat keratan akhbar senarai tersebut, jadi pembungkus nasi lemak jua. Maksudnya tak berapa nak ambik tahu, ataupun khuatir terkeliru. Bak mereka yang berada di suatu kementerian, bila jawab telefon, masih sebut pendidikan, sedangkan mereka lesson sahaja.

    08) Tahukah anda berapa buku yang dibacanya, dan buku apa yang sebenar dibacanya, serta apa lagi yang dibacanya, serta bagaimana maklumat diperolehinya dari sumber mana, sehingga boleh rumusnya negara dan nama yang berkaitan dengan US, Britain, Israel, Palestine, Semak, Anjing, Penyedut, Orteiga, Osama ben Laden, Saddam Hussain dan termasuklah UN yang tidak lagi UN, dalam tempoh sependek petikan visual ini.

    09) Jom kita tengok…untuk ahli politik sekarang yang bertaraf demikian itu, berapa bukukah, sekiranya ada, yang berkaitan dengan Islam, kepemimpinan dan politik yang mereka beli, baca, dan koleksikan. Bandingkan dengan buku, panduan biznes, usahawan cemerlang dan seumpamanya.

    10) Seperti hebatnya Rastom di kawasan keudaranya, dia tetap ada kelas! Andai, beberapa negara boleh berbangga dengan tokoh watan mereka, aku lega, at least, Malaysia ada seorang statesman yang bertaraf dunia.

    BBC menyiarkan pengalaman empat orang warga British yang memeluk Islam. Salah seorangnya ialah Yvonne Ridley. Beliau pernah ditahan oleh pasukan Taliban di Afghanistan. Yang menarik perhatian saya ialah penampilannya – lihat video berikut ketika beliau menemubual Mahathir (cerita lama tetapi sorotan saya hanya pada Yvonne Ridley)

  2. rausyan, the old man, panjang sejarahnya perihal lapisan katanya. sinis-sinis manis tu kan kat sini halwa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s