Pakatan Bijak

Buku The Wealth of Networks: How Social Production Transforms Markets and Freedom, oleh Yochai Benkler. Jangan kerana beliau Yahudi maka diketepikan buah fikirannya. Bukunya mengandungi suluhan bagaimana teknologi maklumat membolehkan pelbagai kolaborasi yang punyai kesan terhadap ekonomi dan aktiviti sosial. Ilhamnya dikesani dari kejayaan Wikipedia, Creative Commons, Open Source Software dan dunia blog . The Wealth of Networks diterbitkan dibawah lesen Creative Commons. Maknanya anda boleh muat turun bukunya PERCUMA.

Adakah pengarang ini bermimpi di siang hari, mengharapkan manusia bersusah payah memberi khidmat secara percuma? Anda bakal temui jawapannya dari buku tersebut, atau mungkin anda inginkan bukti lain? Saya menganggotai Tim Malaysia menterjemahkan modul modul Linux Ubuntu. Lihat berapa banyak jumlah kumpulan yang menterjemah dari seluruh dunia. Linux Ubuntu adalah bukti satu pakatan bijak sedunia. Anda boleh muat turun dan menggunakannya secara percuma tanpa membayar kos pelesenan seperti yang diperlukan oleh sofwer berbayar (tak perlu saya sebut namanya).

9 thoughts on “Pakatan Bijak

  1. Tuan Rastom,

    UNIKA PTS juga menganuti ‘agama’ baru ini. Kita beri ilmu pengetahuan percuma. Tak payah bayar satu sen pun. Kita pun ceritakan ilmu-ilmu menerbitkan dan menjual buku yang kita tahu. Kita tidak bimbang ada pesaing yang gunakan ilmu kita itu untuk menyaingi kita.

  2. Puan,

    Dinamisme PTS dalam dunia penulisan menerusi rangkaian ini sudah jauh mendahului organisasi sealiran baik yang milik kerajaan atau swasta – saya percaya dengan sedikit lagi input penambahbaikan dari para penyokong/pendokongnya yang kreatif , ia mampu menjadi ‘leader” di dalam dunia penerbitan.

  3. Tuan Rastom,

    Ini pengalaman UNIKA. Dengan memberi ilmu secara percuma, bakal-bakal penulis jadi suka mahu menulis untuk PTS. Jadi bekalan penulis dan manuskrip terus mengalir ke PTS.

    Inilah yang membolehkan dalam waktu singkat PTS sudah mempunyai banyak penulis dan editor yang bagus2.

    Ilmu percuma itu juga menyebabkan pembaca UNIKA menceritakan hal UNIKA kepada rakan-rakan mereka. Network ini luar biasa manfaatnya. Exponential!

    Presiden PTS baru memaklumkan kepada saya beliau dan Pengurus Kewangan PTS sedang menyediakan kertas bank bagi memohon tambahan RM1 juta fasiliti sebab jumlah manuskrip yang masuk memang memerlukan modal kerja sebanyak itu dalam tempoh 2 tahun ke depan.

    Jadi agama ekonomi baru ini memang luar biasa manfaatnya!

  4. Di UNIKA,
    Terdapatkah takrif yang membezakan di antara Ilmu, Pengetahuan, Informasi, Kepakaran, Kemahiran, dan Pengalaman.

    Tidak ramai tokoh yang dapat mentakrif istilah tersebut satu per satu dengan tepat, betul, dan benar. Lantaran itu, Universiti di dunia hanya sampai di peringkat pengetahuan sahaja. Ada usaha beratus tahun supaya, peringkat ini sahaja berlangsung. Dengan demikian yang dikatakan Ilmu itu masih tidak wujud lagi dalam perlangsungan pendidikan di seluruh institusi pendidikan tersebut.

    Begitu juga seluruh Universiti di Malaysia, wujud perlangsungan semua istilah yang disebut di sini, kecuali Ilmu.

    Semoga dapat penjelasan daripada pihak UNIKA, khususnya RM 1 juta tersebut, dimanfaatkan sepenuhnya, demi memperolehi berkat, redha, dan rahmat Allah.

  5. Tuan Zubli,

    RM 1 juta itu digunakan bagi 2 aktiviti utama:

    (a) Menerbitkan lebih banyak judul
    (b) Membuka lebih banyak POS

    Kalau judul makin banyak, tetapi POS tidak ditambah, itu tidak betul.

    Bagi membuka 1 POS baru, PTS mesti beri kredit minima RM50 ribu (nilai buku2 yang kita supply dan beri kredit kepada kedai selama 90 hari)

    Makin banyak judul baru yang kita terbitkan, makin banyak nilai kredit yang mesti diberikan kepada kedai.

  6. Di negara Jepun, siri dramanya diterbitkan dan disiarkan secara percuma dan di internet dan boleh dimuat turun. Kemudian dalam setiap episod ada suara latar, “Sokonglah penerbitan kami dengan membeli siri DVD drama ini apabila di pasaran.” Penutup dan permulaan cerita banyak pula iklan-iklan produk dan perkhidmatan yang hanya memaparkan logo atau perkataan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s