Mengapa Kami Bantah! 2

Tun Dr Zubli Zainordin dalam komennya membantah terhadap mereka yang membantah. Saya dulu mengaji sekolah aliran Inggeris dan saya nampak kenapa ada bantahan itu. Manakala saudara Tuan ZZ kalau masih betul ingatan saya cukup kuat daya juang bahasa Melayu ketika di kampus. Beliau juga penulis yang prolifik semasa di kampus. Ketika saya memetik gitar dan adakalanya meniup trompet, beliau terus setia dengan mesin taip berwarna kuning.

Arus masa dan pendedahan rupanya mengubah persepsi dan pendapat kita. Saya melihat berita “pensyarah tak mahir Bahasa Inggeris” sebagai satu tamparan kepada gerombolan yang beria ia mahu menginggeriskan pengajian matematik dan sains. Apa tidaknya, sedangkan kebolehan tukang mengajar belum dikenalpasti sudah dijadikan dasar terus. Tidakkah ini satu kebodohan?

Kedua, saya melihat kemahiran menggunakan bahasa Inggeris itu sepatutnya tidak ditumpukan kepada kemahiran bertutur sahaja. Itu hanya satu segi kemahiran yang dalam aspek pedagogi lebih berupa kemahiran mekanikal. Ingat, kursus bahasa Inggeris di ITM ketika itu berjaya menjadikan Tuan Zubli dari seorang karyawan Melayu menjadi seorang pendebat bahasa Inggeris yang digeruni. Aspek bertutur boleh diajarkan dengan metodologi yang betul. (Pensyarah ketika itu memang berbakat)……

Saya juga melihat dan merasakan dasar penginggerisan ini tidak akan berhasil kerana metodologi dan arah yang kelabu. Dalam ghairah bantahan saya, tidak saya ketepikan kepentingan bahasa bahasa dunia lain termasuk Inggeris. Lebih selesa berada di dalam mazhab yang percaya bahawa bahasa Inggeris itu hanyalah alat bantu menggali ilmu.

Dengan apa kita menggali ilmu kalau tidak dengan membaca dan kemahiran membaca (termasuk menganalisis, menghadam dsb) itulah yang sepatutnya menjadi fokus. Di Malaysia, kita mengajar orang supaya kagum dengan kepetahan seseorang bercakap Inggeris, jika ada aksen Amerika atau England lagilah dianggap hebat. Tetapi dari sudut ilmu, seeloknya kita lihat berapa banyak buku berilmu yang telah dibacanya, dan lebih elok dalam berapa bahasa dan budaya telah dihadam buku buku itu?

Pujangga Melayu yang saya nantikan itu idealnya seorang yang boleh menggarap dan berbicara fikrah yang terkandung dalam pelbagai bahasa dan budaya bukan seorang yang ekabudaya.

One thought on “Mengapa Kami Bantah! 2

  1. Tambah sikit lagi, supaya terang.

    Pencipta Allah.
    Selainnya ciptaan-Nya.
    Mudah kan?

    Semua manusia satu keturunan yang sama; dari Adam dan isterinya juga.

    Fikirkan kenapa tidak terjadi semua manusia satu bangsa. Kenapa wujud pelbagai bangsa.

    Fikirkan kenapa tidak berlaku semua manusia satu bahasa. Kenapa wujud pelbagai bahasa. Bercabang pula loghat kesukuannya.

    Sememangnya saya ikuti perjuangan bahasa Melayu sejak dahulu. Benar perubahan telah berlaku. Tetapi bukan dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Ataupun sebaliknya.

    Perubahannya ialah:

    Surah Ar-Rum, ayat 22:
    Di antara ayat-Nya ialah penciptaan langit dan bumi, dan kepelbagaian dalam bahasamu dan warna. Inilah ayat untuk seluruh manusia.

    Surah Al-hujurat, ayat 13:
    Wahai manusia, Kami ciptakan kamu lelaki dan perempuan, dan jadikan kamu berbagai bangsa dan berbagai suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.

    Bangsa dan Bahasa sama setara dalam ertikata tiada tinggi dan tiada rendah. Bezanya hanyalah taqwa. Bukan warna kulit atau lidah pertuturan. Allah jadikan kita semua supaya saling mengenali satu sama lain. Satu daripada caranya ialah menguasai pelbagai bahasa. Maka berlaku perhubungan, komunikasi, interaksi, jalinan, dan rangkaian kemanusiaan.

    Jadi, bukanlah memperjuangkan satu iaini bahasa Melayu sahaja. Bukan pula perjuangan mengagungkan iaini bahasa Inggeris. Bukan.

    Perjuangan kita sebenarnya ialah perjuangan menambah penguasaan bahasa sehingga pelbagai bahasa. Kehidupan rukun pelbagai bangsa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s