debat 100 jam sudah cukup

Malaysia Book of Records hanya mampu merekodkan Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Debat itu sebenarnya tidak pernah berhenti sehingga detik ini maupun besok atau lusa.

Psikologi manusia yang melihat sesuatu perkara dalam jangkauan rangka yang pendek dan terputus mudah saja dieksploit dengan meletakkan isu bahasa itu sebaga topik debat selama 100 jam, kemudian noktah. Habis debat, dapat nama dalam buku rekod agong Guinness. Debat Bahasa Melayu sudah selesai dengan termaktubnya jumlah 100 jam, dan itulah yang selayaknya untuk bahasa Melayu……………..atau debat itu sebenarnya belum tamat sejak Merdeka lagi?

6 thoughts on “debat 100 jam sudah cukup

  1. GUINNESS RECORD? haha..

    saya pergi ke debat itu, tetapi tidak ketemu tajuk yang berkait dengan bahasa..tajuk2 itu selalu keluar apabila saya tiada di sana..

    dan apabila semakin malam, tajuknya semakin santai, sesuai dengan pendebatnya yang kadang-kala tidak kelihatan seperti perdebatan pun, bagaikan rekod ini dibuat main-main pula..

    tetapi yang bagusnya ada penyertaan bukan melayu dan budak sekolah yang galak berdebat dengan orang yang lebih tua..

    selebihnya, hanya setakat rekod, dan yang paling signifikan buat saya, kawasan itu dipenuhi lelaki lembut, rata-ratanya dalam 90%..

    sehingga kini saya terfikir, kenapa saya tidak ditakdirkan ketemu dengan debat yang menyentuh soal bahasa di sana..yang saya jumpa adalah debat yang bertajuk PBB PERLUKAN GAMBIR SARAWAK, itulah yang paling menarik pun..

    ya, soal bahasa, keranda, 152, semua itu tidak akan berakhir..

  2. sdr zf_zamir,

    Input sdr menambahkan keyakinan saya bahawa acara ini hanya bermotifkan rekod sahaja, tiada lain. Hahaha, lelaki lembut…mungkin mereka sekarang suka berdebat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s