motivasi yang basi

Selain dari soal Etika dalam Motivasi yang disentuh di Unika PTS, soal yang cukup parah lagi menggelikan hati ialah cara, teknik penyampaian yang stereotaip dan penuh klise. Apa perlunya para motivator bercakap seperti machine-gun, tiada koma, tiada noktah, hingga biji butir apa yang nak disampaikan hilang terpelanting seperti kacang hijau yang terburai ke lantai.

Seingat saya, yang mula guna teknik cakap seperti machine-gun ialah Dr Hasan Ali, itu cara pribadinya. Kemudian Dr Mashitah pula, bret-bret-bret-bret, wassalam. Seperti mana kerja seni yang lain (saya masukkan cara atau teknik penyampaian sebagai satu seni, seperti mana penulisan juga) kreatifviti yang bersesuaian dengan diri masing masing itu penting. Meniru di peringkat awal belajar itu perlu, tetapi apabila sudah jadi pro dan mengutip duit kontrak dan upah, eloklah ubah dan perbaikki cara. Tak payah cakap kelam kabut, bertenanglah macam Dr Harun Din, lebih mudah kita dengar.

Maaf, saya tetap akan menutup suis, samada TV/radio atau suis dalaman saya jika terdengar jenis motivasi yang bret-bret-bret, Tuan-tuan, Puan-puan, wassalam.

10 thoughts on “motivasi yang basi

  1. Saya tamb ah tak tahan bila dengar bret-bret-bret dari ustazah tersengih-sengih, tergedik-gedik yang pipi dan bibirnya merah mengalahkan artis. Saya akan picit punat tukar saluran. wasalam

  2. Mujurlah saya tidak bret-bret-bret dan tidak tergedik-gedik. Cuma saya ini garang! Yang peliknya, walaupun mentee2 saya kerap saya beduk, tetapi mereka kerap pula datang kursus. Agaknya mereka suka saya beduk, sebab habis kursus, kerja mereka tambah laju! Kalau tak percaya, tanya Tuan Alang Kelana. Kursus terakhir beliau datang bawa anak isteri. Tapi saya tetap beduk juga, biar isterinya tahu… sakitnya endak menjadi penulis ngetop!

  3. “Tapi saya tetap beduk juga, biar isterinya tahu… sakitnya endak menjadi penulis ngetop!”

    macam bagus2 je mamat ni. padahal takderlah bagus sangat pun. kononnya pada anggapan dia kalau dah dapat memalukan orang kira dah bertaraf hebatlah….

    hahahahaaa, inilah minda penceramah melayu…..terlampau banyak perasan sampai mempamerkan kejahilan sendiri.

  4. Mungkin cara Sifu lain.Dia tak buatkan orang itu merasa bangang.Mungkin cara dia itu membuatkan pendengar menjadi lebih bersemangat untuk menulis.
    Tapi saya bersetuju dengan tulisan En Rastom. Banyak penceramah di dalam tv menjengkelkan.Mendengar sahaja sudah membuatkan saya rasa mahu muntah. Mungkin pendekatan dan cara mereka yang membosankan. Ada juga yang suara amat mengganggu.

  5. pada aku, kalau…

    dr Hassan Ali – orangnya visual. pemikiran datang pap.pap.pap.pap. Bertepek2 gambo yang muncul dlm ruang fikiran. jadi sebab pictures worth a thousand, jadi translation dr. gambo ke perkataan kena laju..hehe

    Dr. Mashitah – orangnya Audiotori. Menggunakan lebih banyak audiotory representational system. sebab tu bunyi pun sedap jer.. brem-brem-brem. nampak sgt audiotori.

    Dr. Harun Din – orangnya Kinestetik. Feeling oriented. biji mata suka pandang bawah kiri kot. (kalo orang pandang bawah kanan, tu tanda dia cakap ngan diri sendiri). Style dia aku rasa boleh disimbolkan dengan.

    ah….ah…ha…ha?

    dlm satu kajian, (mungkin anecdotal materials aje kot), orang berkarisma adalah mereka yang yang mula bercakap secara Kinestetik, kemudian Audiotori, diakhiri dengan Visual.

    ..aku rasa cam aku nak try tunjuk terer plak melalui posting comment. Ntah apa mood pejadah dtg time chicken-pox

  6. Amboi!

    Sakannya.

    Wah hangpa masih ghaye lagi ke neh?

    Dalam permainan bolasepak, memang tujuannya nak dimasukkan bola ke dalam gawang…gol!

    Tapi bukanlah tujuannya untuk mencederakan pihak lawan.

    Orang, disayang. Cara, ditegur. Kesalahan, diperbetul. Tak gitu?

  7. Sdr Royal King Kong, begini cara saya beduk mentee saya yang datang berkursus:

    “Tuan Alang ini… memang saya cukup suka traveloguenya! Banyak maklumat bisnes dimasukkan… Tapi bila lagi nak disiapkan?!! (sambil cekak pinggang di depan Tuan Alang) Saya hendak terbitkan cepat. Saya nak jual travelogue itu, nak buat duit nih! Karya yang bagus, jangan disimpan lama-lama… orang lain pun hendak baca juga!” (Tuan Alang tersengih-sengih sahaja kena beduk!)

  8. Assalamu’alaikum Tuan Rastom, Puan Sifu, et al,

    Ya, beduk, jangan tak beduk…!! Tetapi, Puan Sifu, bedukmu beduk membina, beduk bersalut motivasi dan pengasah minda.

    Teruskan bedukmu wahai Puan Sifu, demi melajukan kerja, dibeduk selalu pun hamba rela….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s