mencarut: kajian rentas budaya

Ingat sebelum kena. Ada banyak perkataan lain tempat, bunyi sama tetapi maknanya boleh mengundang kemarahan. Mangkok dan cincin dalam bahasa Jepun misalnya. Perkataan suka dalam bahasa Rusia ialah pelacur. Mungkin kerana mereka memberi kesukaan? Dalam teknologi komputer kata Intel Inside kalau di Jawa, apa sebenarnya yang inside?

Di Indonesia anda boleh dengan selamba membutuhkan sesuatu. Di sana juga terdapat buritan di belakang. Kapan sentiasa di mulut, membutuhkan jawaban. Bilang bukan mengira.

Kita berkongsi dengan orang Iran bila memaki hamun haram jadah (mereka haram zadeh). Cerita Gol Bakawali itu rupanya kita pinjam dari Iran. Gol ialah bunga. Begitu juga besar dan kecil, mereka bozorg dan kucek.

Orang Kelantan dari zaman dahulu lagi telah mengarabkan bahasa. Ghoyak itu asalnya riwayat. Buah topah (tuffah). Orang Turki kata Cehennem! (Melayu: Jahanam, neraka).

Baru baru ini perayaan Krismas seluruh Dunia dan anda tentu ingin tahu apa panggilan orang Finland untuk Santa Claus (kononnya Santa Claus itu asalnya dari sana).

8 thoughts on “mencarut: kajian rentas budaya

  1. Ada satu nama yang agak biasa di tanah arab al maktoum ini, nanti saya ambil gambar kedai ‘Faraj trading’, ada juga mereka yang bernama Ahmad Faraj Al Fulan.

    Saya belum masuk lagi ke kedai tersebut…

  2. Orang utara cakap “cemerkap dan loklak” agak-agaknya berasal dari mana yer.’

    Selamat hari raya eidul adha.
    maaf zahir batin.

  3. Di Indonesia intel tu terkadang selalu memberi maksud mata-mata yang memang mempunyai organisasi iaitu BIN, berubah pimpinan terkadang mewujudkan keinginan berprestasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s