doktor palsu

Kecanggihan teknologi boleh kaburkan antara yang asli dan yang palsu. Orang tua 80 tahun boleh dengan bangga tersengih mempamerkan barisan gigi palsunya, sambil mengunyah kacang, mungkin sedikit masalah kalau makan dodol. Buku, wang kertas dan beberapa barangan komoditi lain juga boleh dipalsukan dengan adanya teknologi. Untuk mencapai sesuatu hajat manusia berusaha hatta memalsukan data pribadi untuk berkahwin. Sijil nikah cerai contohnya…….

Doktor palsu boleh memukau pembacanya sambil melariskan buku kerana hajat pembeli inginkan ilmu. Siapa yang boleh pertikaikan kesahihan ayat ayat suci dan kata kata hikmat yang digunakan didalam buku tulisan orang yang meletakkan gelar Dr, Tun, Datok atau Tan Sri? Isinya tetap benar walau apa gelaran penulisnya, hatta jika penulisnya bergelar el Diablo, atau As Syaitan sekalipun, jika termaktub baris baris al Quran, hadis atau kata kata benar, ia tetap benar.

Dalam tradisi penulisan, pengriwayatan, perkhabaran Islam anda sering temui kaedah membariskan susur galur penulisnya. Misalnya, diriwayatkan oleh Rastom bin Abdul Rahman bin Abdullah bin Ishak. Kenapa? Selain dari menyatakan kebenaran isi, pembaca juga dikehendakki mengetahui jalur keturunan yakni SIAPA. Islam mengajak pembacanya menyaring perihal penulis sebelum mengsahihkan sesuatu khabar (isi). Kemudian diberkan pula lapis lapis keautentikan penyampai itu. Ini satu ilmu dalam mustolah hadis.

Kerana dunia penulisan buku kita bergerak dalam sistem ekonomi kapitalis, maka hal tersebut tidak dilihat signifikan . Maka fenomena melariskan buku dengan menonjolkan kehebatan ilmiah kita menjadi penting sebagai bumbu pelaris.

Sebagai umat Islam yang punyai tradisi ilmiah, ada baiknya pembaca sendiri sedar bahawa kebebasan dalam Islam itu mengajar kita supaya membuka minda untuk menilai balik apa apa aspek yang membantu mereka dalam memilih bahan bacaan. Jangan mudah terpukau dengan gelaran gelaran seperti Doktor, AlHaj, Dato dan sebagainya. Dunia itu menipu.

17 thoughts on “doktor palsu

  1. Raja Tan Sri Rastom — itulah hakikatnya.

    Mengapa tak yakin dengan tulisan sendiri? Mengapa sampai menipu masyarakat dengan meletakkan Dr. Ayam untuk menarik minat sedangkan kita tahu perbuatan menipu itu adalah dosa!

    Seterusnya, adakah jika meletakkan Dr Ayam, pembaca akan terpukau dan percaya? Zaman dulu mungkin benar boleh tertipu. Zaman kini? Di zaman manusia makin bijak?

  2. Tak payah letak doktor pun lah.

    Patutnya kalau ada pun letak “Nama Engkau, Phd.” Kalau ada yang sampai Al Haj tu mmmm tak tahulah pak cik nak menjawabnya.

  3. ya menipu itu dosa. kasihan dia(penulis) kerana tidak mempunyai keyakinan diri sehingga sanggup menipu. bagaimana dia boleh jadi seorang motivator? sungguh kasihan dan simpati.bukankah lebih baik mulakan dengan kejujuran, sudah pasti akan diminati ramai. sekarang lihat apa sudah jadi.

  4. Pada usia saya 19 tahun, saya amat gembira membeli buku hasil tulisan beliau. buku itu berwarna biru pekat. ia buku motivasi cara menggunakan minda bawah sedar. Selepas membacanya saya jatuh hati pada penulisnya dan mencari cari hasil tulisan beliau yang lain. Saya sanggup meminjam majalah berjilid yang mengandungi hasil catatan pengembaraan beliau di luar negara. sungguh memotivasikan. Namun hari ini…

  5. Saya pernah kenal seorang bisnesman muda yang mengaku dia jurutera. Pada suatu masa saya nampak beliau duduk di coffehouse hotel, jam 10.30 malam masih memakai tali lehernya!

    Hmmm… penipu memang berusaha bersungguh-sungguh meyakin orang bahawa dia bukan penipu.

  6. Puan,

    Permainan logik: Jika usaha melahirkan graduan cemerlang, cendekiawan terbilang belum begitu jelas, boleh kah perut itu juga lahirkan jutawan?

  7. Tuan Rastom,

    Dari pengalaman kami di PTS sendiri, pegawai-pegawai PTS yang jumlahnya hampir 50 orang, semu makan gaji dengan PTS, waima saya sendiri makan gaji bulanan dengan PTS.

    Gaji saya hanyalah RM3,000 sebulan sebab saya adalah pegawai latihan PTS! Itulah gaji yang dibayar kepada seorang pegawai kanan macam saya di PTS.

    Sebenarnya, saya mampu memandu MPV pacuan 4 roda Nissan X-trail disebabkan pendapatan saya daripada royalti buku-buku saya lebih banyak daripada gaji saya.

    PTS adalah sebuah syarikat yang jualannya bagi tahun 2006 bernilai RM7 juta. Tahun 2006 PTS membayar RM480,00-00 sebagai royalti kepada para penulisnya. RM3 juta dibayarkan kepada para pencetak. Tolak gaji, sewa dan semua overhead…?

    Saya pun tidak tahulah, bila agaknya saya dapat menjadi jutawan….

    Hanya orang yang tidak tahu bisnes sahaja dapat diperdaya dengan cakap-cakap yang mengatakan semua orang boleh menjadi jutawan, jual air soya pakai kereta tolak pun boleh jadi jutawan…

  8. Puan,

    Masih terngiang ngiang bunyi ambisi politik seorang tokoh dulu yang rasanya perintis kepada ungkapan “melahirkan jutawan” – ramai yang mengunyah nya dengan cukup berselera, saya curiga . Kenapa? Sebab asas dalam ilmu ekonomi tidak pernah saya temui sebarang petunjuk yang membolehkan produksi insan jutawan seperti mesin mencipta produk. Percanggahan dengan al Quran apalah lagi.

  9. Tuan Rastom,

    Kalau tidak silap saya, jumlah itu 100 usahawan. Lalu mereka diberi pelbagai kontrak dan pembiayaan yang bernilai puluhan, malah ratusan juta, tetapi sekarang apa yang telah dilakukan oleh 100 usahawan itu dengan rojek dan wang tersebut? Kita semua tahu.

    Saya pernah dengar dari mulut seorang kenalan (beliau kemudian menjadi timbalan menteri pendidikan) yang bercerita, pada suatu hari beliau berpeluang duduk-duduk dengan salah seorang daripada 100 jutawan itu. Si jutawan hisap Havana cigar berilai RM500 sebatang. Baru dihisap 4, 5 kali, lalu ditonyohkan cigar itu pada ash tray, dan ditinggalkan saja sampailah mereka semua berdiri dan keluar dari tempat itu!

  10. Tuan Rastom,

    Kalau dengar cerita yang ini… kita pun tak tahu, nak geram ataupun nak apa.

    Baru-baru ini saya menghadiri suatu seminar di sebuah jabatan kerajaan. Makan tengah harinua menu Melayu Negeri Sembilan, apa lagi ‘yellow river”-lah. Tapi sedap sayur nangkanya. Lalu saya puji.

    Mendengar pujian itu pegawai yang organize seminar itu memberitahu siapa caterernya. Macam nak tersedak saya!

    Isteri caterer itu orang NS, dia ada kantin. Suaminya seorang Dato’, pernah dahulu termasuk dalam senarai 100 jutawan itulah.

    Dato’ itu pernah kahwin penari ‘bo..’ dari Afrika Selatan…. (ingat tak?)

  11. Penari bo…(tak, – – ) maka tahulah saya, dulu heboh juga dalam akhbar sekejap. Oh dunia…..(pinjam cakap P. Ramlee) Kenapalah dilahirkannya sebagai manusia ..kan lebih baik……

  12. Dulu dia punya kaya, masya Allah! Berita dalam akhbar, sewaktu di London, mereka pernah jadi mangsa ragut, isterinya, penari itu, kehilangan kalung bernilai RM1 juta! Si penari itu pun entah di mana sekarang.

    Kini, antara 100 jutawan itu, dia sudah jadi caterer. Mujur isterinya yang sekarang pandai memasak ala-kampung dan ada kantin.

    Jadi, kita lihat apa hasilnya teori yang mengatakan bahawa 100 jutawan dapat dilahirkan dengan memberikan kontrak juta-juta kepada orang-orang yang tidak perlu mempunyai sebarang rekod kejayaan berniaga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s