Menjelang 2007 – كل عام وأنتم بخير

Ada apa dengan tahun baru 2007? Harga barang naik, kos sara hidup, tol, simen, petrol. Apa yang turun secara automatik ialah nilai gaji. Cukai jalan kenderaan turun, kenapa tidak boleh dihapuskan terus? Cukai kena bayar, tol lagi kena. Patutlah lebih banyak pajak gadai Islam diwujudkan. Kalau terdesak ada satu lagi alternatif mudah – Yayasan Abang Long.

Tan Sri Dato’ Hj Mazlan Nordin tiba tiba mengajak kita berkenal kenalan dengan Ayaan Ali Hirsi, seorang wanita Somalia yang mulanya mendapat perlindungan di negara Belanda dan selanjutnya berjaya menjadi ahli Parlimen Belanda. Ini rakan pembuat filem yang mempersendakan orang Islam Theo Van Gogh yang akhirnya mati dibunuh. Lagaknya sungguh menawan, moderat dan dikagumi media Barat. Mungkin juga pujaan wanita Malaysia yang mau kelihatan moden. Selain Hirsi, anda mungkin temui ramai lagi yang sejenisnya di sana sini. Jasa Hirsi sebagai biang keladi yang murtad, menabur racun di dalam tulisannya membuat saya tidak teragak agak untuk mencalonkannya sebagai satu lagi nama untuk dihukum seperti Salman Rushdie – menjadi paria seumur hidup.

Akhir sekali, catatan hujung tahun ini terkesan juga dengan cerita Saddam Hussein yang menemui keadilan dunia unipolar. Sebelum Saddam dihukum, rakyatnya terlebih dahulu menerima hukuman keadilan peluru Amerika. Rakyat yang tidak ada kena mengena dengan politk hero Saddam Hussein.

Seorang sarjana Melayu Dr. Kassim Ahmad pernah mengatakan Saddam seorang wira yang bakal memimpin Muslimin sejagat a la Imam Mahadi. Saya terus hilang keyakinan terhadap kesarjanaannya. Kemungkinan besar potensi ilmiahnya sudah tumpul kerana terlalu dipusatkan terhadap watak Hang Tuah. Sebagai penutup saya akhiri dengan ucapan baru untuk Tahun Baru. Bukan “Selamat Menyambut Tahun Baru” tetapi Selamatkanlah Tahun Baru 2007.

4 thoughts on “Menjelang 2007 – كل عام وأنتم بخير

  1. Ayaan Ali Hirsi. Sebaik-baik Nabi Muhammad meninggal dunia, maka banyaklah orang murtad. Antara pemurtad yang paling terkenal dalam sejarah Islam adalah seorang perempuan yang mengaku dirinya seorang nabi. (Alahai! Lupa pula apa namanya!) Dia sampai mempunyai tentera yang dipimpinnya sendiri. Malah dia menang perang beberapa kali sebelum dapat dikalahkan.

  2. unipolar, ya..

    bagaikan kita juga begitu, terikut-ikut, membayar kenaikan dengan emosi saja..

    hang tuah, selamatkanlah melayu, eh, selamatkanlah tahun ini..

    p/s:kak zal, senang je, pangkah bulan!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s