ada apa dengan Doktor Zhivago

Disebalik novel Doctor Zhivago ada terselit kisah luaran yang menarik. Tahun 2007 menggenapkan usia terbitannya yang ke 50. Penulisnya Boris Pasternak dapat anugerah Nobel tetapi ditolak kemudiannya kerana takut akan tindakan kerajaan Soviet Union terhadapnya. Satu kejayaan yang menyusahkan hidupnya. Pertama kali diterbitkan bukan di dalam bahasa asal oleh penerbit Itali dari manuskrip yang diseludup keluar.

Untuk edisi bahasa Inggeris ada pihak yang mengatakan ada penerbit rahsia yang bermurah hati . Akhirnya terbongkar juga rahsia. Pihak CIA Amerika yang punya jasa. Tatkala Perang Dingin antara USA dan Soviet Union memuncak, pihak CIA telah bersusah payah menerbitkan banyak hasil penulisan protes dari rakyat Soviet dan Boris Pasternak tidak perlu bersusah payah mencari penerbit untuk bukunya.

Selain dari kerajaan Amerika yang untung propaganda, seorang lagi karyawan berjaya tumpang semangkuk dari nasib malang Boris Pasternak. Kartunis William Maudlin dengan kartun sindiran terhadap dasar keras Rusia terhadap Boris Pasternak, telah dianugerahkan Pulitzer Prize for Editorial Cartooning.

Novel epik begini memang satu usaha besar. Seperti novel besar lain, misalnya War and Peace, saya tidak pernah puas membacanya. Berat dibaca, berat lagi menulis agaknya. Harapan saya semoga tahun ini bakal muncul satu novel epik Melayu kalaupun tidak The Great Malaysian Novel. Siapa pula penulisnya?

14 thoughts on “ada apa dengan Doktor Zhivago

  1. The Great Malaysian Novel – jikalau yang dicari adalah persamaan2 dengan Dr. Zhivago dan War and Peace – barangkali sukar diperoleh disebabkan ketiadaan latar revolusi dan perang saudara yang begitu besar.

    Jadi kita perlu mencari ukuran lain bagi mendapatkan The Great Malaysian Novel itu.

  2. Bagaimana kalau difiksyenkan revolusi dan perang saudara besar. Majapahit moden langgar Malaya kerana menuntut hakmilik Tamingsari yang kelihatan baru baru ini dihunus oleh seorang Menteri?

  3. Lawak top ke neh. Menteri mana yang main-main keris neh? Dah tak ada idea lain ke?

    Tukarlah simbol lain pulak, julang buku. Baru ada signifikan.

    Kalau malu kerana tidak membaca, durian pun boleh, apam balik pun tak per…tak lah nampak ganeh sangat.

    Novel Malaysia teragung, adalah impian kita yang murni. Usaha terkini belum nampak lagi akan kenyataannya. Barangkali mungkin 100 tahun lagi. Setelah tersenarai sejumlah kecil Sasterawan Negara setakat ini, dan melalui sistem lesson yang sedia ada, kita ada harapan untuk melahirkan Novelis sedemikian itu 100 tahun lagi. Itupun kalau ada latar revolusi dan perang saudara yang begitu besar. Kalau Malaysia terus aman dan damai, dengan semangat KeHadharian, alamat maka layu lah impian tersebut.

    Setakat ini biarlah novelis lain di pelusuk dunia sana yang menjadi Novelis Unggul dengan Novel Agung.

    Kita, tunggulah 100 tahun atau 2007 tahun lagi. Tak apa, tak akan layu harapan kita Orang Melayu. Biar lambat asalkan selamat.

    Sabar lah ya…

  4. Tuan Zubli,

    Kali terakhir buku dijulang dihadapan umum kesannya masih terasa hingga kini. Bayangkan kesan buku 50 dalil itu yang penulisnya cukup ku kenali. Pun telah kujejakki langkah langkah awalnya semasa di Langkawi dulu. Begitu punya banyak buku dipasaran yang boleh dimanipulasi untuk kepentingan seluruh rakyat, buku haprak itu juga yang telah mengubah aliran sejarah Malaysia.

  5. Tuan Rastom,

    Buku 50 dalil itu tidak mengandungi falsafah dan pemikiran yang dapat mengubah sejarah Malaysia. Kalau buku itu tidak ditulis sekalipun, komplot mengubah sejarah itu memang cukup berdaya melakukannya. Buku itu hanyalah sebahagian daripada alat-alat yang digunakan oleh komplot itu.

  6. CIA sebagai penerbit tidak menjejaskan novel epik “Doctor Zhivago”. Tetapi ia juga menjunjukan CIA itu memang pandai. Idea lawan idea. Untuk menewaskan Soviet mesti dilawan ideologinya. Majalan “Ecounter” majalah yang bagus juga dibiayai oleh CIA. “Congress for Cultural Freedom” juga dibiayai oleh CIA untuk melawan idea-idea komunis secara intelektual. Tetapi SB kita ada ke yang baca novel?

  7. Ya! Benar! Bagai terdengar suara sahabat gua kita! Selepas beruzlah begitu lama, adalah akan muncul Karya Agung Malaysia yang kita nanti-nantikan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s