Penyakit Universiti

Menerap semula budaya ilmu di universiti oleh Dr Zaini Ujang akan punyai pelbagai kesan bila dibaca. Maklum saja komposisi audien Malaysia. Mungkin juga ia langsung tiada kesan kerana tidak dibaca oleh orang yang sepatutnya. Kerana rutin mereka umpama robot:

Tumpuan itu menjadi teras kepada kegiatan rutin di kalangan staf akademik sehingga dalam banyak keadaan tidak lagi menampakkan staf akademik sebagai komuniti intelektual seperti difahami dalam pengertian konvensional.

Inovasi ilmu sudah berada diluar universiti. Silicon Valley, lebih banyak mewujudkan peluang pekerjaan untuk warga dunia dari mana mana universiti. Start-up kecil kecilan lebih banyak mencipta dari organisasi yang menelan dana juta juta kerajaan. Usaha Prof Dr Zaini Ujang walaupun benar seakan satu tempikan di dalam satu pasar malam idea di saat pasaraya gergasi berurusniaga juta-jutaan.

Aspek lain yang ada kaitan dengan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti keterampilan berwacana, keperibadian unggul dan idealisme nampaknya tidak lagi menjadi aliran dan aset penting. Malah, personaliti seperti itu semakin tidak menyerlah di kampus.

Masalah di universiti tidak unik di universiti sahaja. Jika ada tangan kerajaan di dalamnya tahulah anda penyakit apa. Lihat kaitannya dengan sumber kuasa, sepertimana sistem menjana kuasa eletrik untuk sebuah negara. Seluruh negara pernah terputus bekalan eletrik. Sesuatu yang cukup memalukan untuk sebuah negara yang serba BOLEH.

Usaha kecil untuk mengubat penyakit kronik dengan,

“inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi menggubal dan melaksanakan modul kemahiran insaniah untuk IPT tepat pada masanya. Dalam keadaan aspek bukan akademik tidak begitu diberi tumpuan, maka modul berkenaan dijangka memberi dimensi baru yang menyegarkan lagi budaya ilmu dan proses pembelajaran di IPT.”

Negara barat yang maju punyai universiti yang dinamis (bukan di Amerika sahaja). Cara melayan orang bijak pandai jika tidak betul, akibatnya buruk. Manusia pandai (mahaguru universiti) tidak akan datang dari luar negara jika sistem kenegaraan tidak mantap. Yang bijak dari rakyat tempatan pula akan cabut lari ke daerah yang lebih selesa untuk mengembangkan kepandaiannya. Buatlah apa saja modul, selagi orang pandai tidak rasa yang mereka dilayan sepatutnya, selagi itulah universiti kita berada ditahap mediocre.

6 thoughts on “Penyakit Universiti

  1. Universiti konvensional juga sedang berdepan dengan fenomena universiti versi baru seperti UNIKA PTS.

    Bengkel PTS hari ini sesak lagi, terpaksa pinjam kerusi dari bilik sebelah. Antara yang masuk kuliah 4 orang pensyarah IPT!

    Mereka datang hendak belajar teori sastera terbaru, yakni teori surah Yusuf. Jabatan sastera Melayu di IPT2 tempatan bukan pusat penemuan dan penciptaan teori sastera, setakat pusat penyebaran teori2 impot. Teori2 ciptaan Barat yang sudah ibarat kuda mati pun masih lagi diajarkan di jabatan2 sastera Melayu.

  2. pengguna yang baik.

    kitalah.

    yang paling baru, eyes of malaysia.

    kita bukankah ramai civil engineers.

    mereka kata, setakat gondola macam tu, kacang habis.

    tapi, kalau beri tender, boleh dapat bahagian daripada sibuk mereka cipta.

    baguslah.

    dari teori, sampai ke end user.

    kitalah, pengguna yang baik!

  3. universiti di malaysia dah lama mati. kehidupan yang ada tanpa nyawa untuk di raikan. akal budi tidak lagi kritis. menjadikan universiti seperti pejabat kerajaan merupakan satu penghinaan besar pada anak-anak muda.

  4. Saya merasa sungguh teruja dengan adanya usaha Kementerian Pelajaran yang bakal melaksanakan juga satu Pelan Induk.

    Cuma saya merasa hairan kenapa saya tidak disenaraikan sebagai seorang daripada Jawatankerja Pelaksananya.

    Bebaru ini kan banjir, dan saya dapat tahu di Johor, pengumuman telah dibuat bahawa yang dikatakan pelan induk itu ialah untuk menjadikan pelajar sekolah celek minda.

    Belumlah dapat saya ketahui siapa di dalam barisan pencetus idea pelan induk ini. Namun, berdetik rasa terkejut dalam diri saya, bahawa penglipurlara apakah yang hendak dijenaka bangsawankan oleh mereka yang dipertanggungjawabkan ke atas pendidikan anak Malaysia melalui pelan induk ini?

    Pendidik sezaman saya, adalah tokoh yang memperjuangkan pendidikan yang total (disebut juga wholistic atau holistik) – penuh, bersepadu, dan seluruh, sepertimana termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara.

    Ertinya, jika aspek minda sahaja pengisian pelan induk ini, kita sebenarnya telah menyimpang dari Falsafah Pendidikan Negara.

    Usaha yang dinamakan pelan induk ini, jika benar tujuannya untuk anak Malaysia celek minda sahaja, samalah seperti ibaratnya peninju kita latih tumpuan kepada dua jari telunjuknya sahaja, selama sekitar 11 – 13 tahun, sebelum diposisikan di gelanggang tinju.

    Ingatlah pesanan saya:
    Apa yang disebutkan oleh Prof Dr Zaini Ujang dan sepertimana dikupas oleh Rastom sebagai Penyakit Universiti, sekarang ini, adalah akibat penyimpangan sistem pendidikan negara sejak 1980an.

    Bila kita terus menyimpang lagi, bayangkan apa yang terjadi di universiti kelak bila murid darjah satu sekarang – 2007, jadi pelajar dan bukan mahasiswa. Bayangkanlah pula, seandainya sanggup, mahasiswa ini kemudian menjadi pensyarah universiti.

    Besar kemungkinan dan kebarangkaliannya 100 tahun penyakit universiti tidakkan terubat.

    Pada masa ini sememangnya ada yang boleh membuat lawak seperti pelan induk ini sehubungan pendidikan, pelajaran, lesson dan sebagainya, namun penyakit universiti adalah mudharat kepada sistem pendidikan, dan negara yang mungkin akan menjadi malang, kecundang, dan lintang-pukang menuju wawasan 2020 dan seterusnya.

  5. Pelan induk yang kita mahukan adalah: Setiap universiti bebas membuat pelan induknya sendiri!

    Macam Universiti Terbukan PTS (UNIKA PTS). Kita mempunyai pelan induk kita sendiri. Itu sebab dalam bidang pengkhususan yang kita pilih, kita excellent! Pensyarah2 universiti pun datang mengikuti program kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s