Biang Keladi SiS


Barisan Soldadu Promosi Filem sedang beraksi. Menteri pun berkongsi?

Terus terang dan dengan penuh prasangka saya menjangka Kakak in Islam mulai 2007 sudah memulakan proaktifnya dalam perjuangan feminis di Malaysia dengan tayangan perdana Berbagi Suami. Memang saya amat prejudis dengan setiap gerak kerja kakak-kakak yang gemar sangat berjuang menentang poligami. Institusi perkahwinan dalam Islam punyai fleksibiliti yang boleh didekati pelbagai cara. Cara terbaik dalam Islam ialah dengan ilmu, pendidikan atau tarbiyyah.

Cara gerombolan feminis Malaysia pula ialah mendidik menerusi media filem, menerusi karya wayang yang punyai dunia bikinan mengikut kreativiti. Dengan prejudis saya terhadap gerombolan feminis yang tidak punyai latar kelestarian hidup berumahtangga ini, filem ini tentunya menyorot yang tidak baik dalam hidup Berbagi Suami. Filem yang menyokong kelebihan poligami tentu tidak disenangi mereka, misalnya Madu Tiga.

Andai ada penyokong mereka membaca tulisan ini, cuma satu ingin saya ingatkan. Gejala tidak nikah tetapi bebas kahwin itu sebenarnya penyakit yang patut diubati.

P.s. Bagaimana budaya berpakaian para aktres itu di dalam dan luar filem? Hehehehe….

26 thoughts on “Biang Keladi SiS

  1. kontreversi..kontreversi… Saya pun curiga ngan Adik Dalam Islam nih. Semuanya kalau boleh terbuka. nak kata ada noteworthy contribution, rasa tak dengar pun. heh heh..

    ..mungkin ni le antara contribution-nya. heh heh

  2. mudin001,

    dia menteri Kekkwa, mesti kena sokong yang budaya budaya (mana mana pun boleh). ..fasal Kadir Jasin di blog Tuan tu …hahaha…lawak orang tua tu.

  3. Saya tidak mahu Prof. Abdullah Hassan kahwin baru. Tetapi undang-undang poligami ini undang-undang Tuhan, jadi saya redha dengan undang-undang ini.

    Sebagai perempuan dan isteri, jika saya menentang poligami, saya ibarat cari nahas, sebab suami saya mungkin ceraikan saya sebagai jalan keluar demi mengahwini perempuan yang sangat disukainya itu.

    Saya teringat sebuah kisah benar. Seorang isteri membawa kesnya ke mahkamah kerana dia tidak mahu membenarkan suaminya kahwin lagi. Jadi di depan kathi, dia cerita habis segala yang “busuk-busuk” tentang suaminya. Maka, disebabkan si suami tak tahan dengan perbuatan isterinya, maka, di situ juga, dalam mahkamah yang sedang bersidang itu juga, dia lafazkan talak 3 ke atas isterinya! Lalu si isteri pitam di situ juga….

  4. Saya harap ada kakak-kakak yang jadi isteri no 2 dan no 3 akan tubuhkan persatuan Kakak in Poligami. Jemput sekali kakak-kakak yang bekerjaya dan masih belum bertemu jodoh.

  5. Dalam kongres kepentingan umat Islam seMalaysia di Kubang Semang bulan lalu, wakil dari Indonesia memberitahu, HAMKA yang sangat membela undang-undang poligami cuma kahwin satu, manakala Soekarno yang menentang poligami kahwin banyak!

  6. Sukarno walau punyai ramai isteri, waris2nya tidak dapat saingi (anak2) murid Hamka. Di situ nampak “pena” Hamka lebih berpuaka dari Tongkat Ali Sukarno. Kakak2 In Islam melihat keadilan Islam itu seperti melihat “symmetry” corak kain batik umpama formal logik, setiap petak atau corak mesti seimbang. Salib itu lambang yang simetrikal, kiri dan kanan mesti sama untuk satu pancang ditengah – sama dengan lambang dacing.

    Kesimetrikalan dalam Islam dipancarkan dalam susunan khat yang menghiasi mesjid serta qubah. Ada liuk lentoknya. Huruf huruf Arab tidak akan menjadi alat bahasa dunia jika fa tidak boleh menjadi pa, wau diberi titik hingga tiga! Malah sesetengah bahasa di Asia Barat menambah sehingga 4 titik kepada ba!

  7. Tun Dr. Kang,

    Meluat sikit-sikit cukuplah dengan SIS itu. Kasihanilah mereka. Nasib mereka dengan lelaki memang kurang baik, meminjam istilah Tuan RASTOM “gerombolan feminis yang tidak punyai latar kelestarian hidup berumahtangga ini…”. Itu sebab wanita-wanita yang menikmati hubungan baik dengan lelaki tidak masuk SIS. Tak tahulah mengapa pula Datin Seri dalam gambar itu sudah masuk SIS, agaknya… bimbang Dato’ Seri selalu tengok penari2 KEKKWA kot!

  8. rasa ingin turut masuk dalam bandwagon dan mengutuk sama, tapi filem belum ditonton dan seperti tak adil pula mengkomen sebelum tahu sumber pangkal, haha. (baca reviu di variety.com pun melaporkan filem ini “weak” dan “clumsy”) tetapi sutradara “berbagi suami” memang nyata lebih liberal daripada biasa – bukankah dia yang mendirect “Arisan!”

  9. saya ada satu cerita rakan saya sangat cerewet dan berkira alih2 baru saya tahu yang dia pendendam kerana ayahnya kawin dua! dia langsung tidak pernah memberitahu kami.
    menurut ibunya ayahnya seorang yang bertanggungjawab cuma gatal untuk berkahwin lagi satu!
    kini ayahnya telah lebih kurang 10 tahun kembali ke rahmatulllah tetapi anak2 dari isteri pertama tidak boleh menerima adik2 dari bini kedua.
    yang lagi aneh kawan saya ini seorang anak yang soleh! kadangkala dalam kasih sayang perasaan tamak menguasai diri.sungguhpun kita umat nabi Muhammad tetapi Allah telah menjadikan Raya Qurban sebagai perayaan terbesar untuk mengigati pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelihkan anak sendiri demi mentaati perintah Allah.
    cuba tanya diri sendiri jika Allah suruh kita menyembelih dengan tangan kita yang membesarkan anak tersayang intan payung pengarang jantung, anak tunggal pula itu dialah sulung dialah bongsu!

  10. sdr saharil,

    Saya balas prajudis lawan prajudis, kerana konsep “liberal” tidak boleh dipakai semberono dalam kreativiti mencipta satu dunia yang mempraktiskan sesuatu yang berkait dengan hukum.

    sdr faisalfansuri,

    Kalau anak soleh kenapa dia tidak toleran dengan perbuatan ayahnya? Mungkin tahap kesolehannya itu agak dangkal. Atau mungkin yang hanya tampak secara umum ialah ketaatannya untuk melaksanakan ritual sahaja, sementara yang intipati ajaran itu belum ditemui. Bab korban, tiada yang lebih agung dari yang termaktub di dalam kitab.

  11. Assalamu’alaikum, Pak Rastom, Puan SifuPTS, et al,

    “………..“Itu sebab wanita-wanita yang menikmati hubungan baik dengan lelaki tidak masuk SIS”………..”

    Adakah ini bermakna ahli2 “SiS” ini akibat menghadapi fenomena ‘tiada hubungan baik’ dengan lelaki, maka mereka ‘menaruh dendam’ dan maka orang lain pun jangan ada yang ‘menikmati hubungan baik dengan lelaki’, macam mereka juga???🙂 [sindrom ‘anggur masam’]

    {emm, sekali ingat rasa marah, sekali fikir rasa simpati pun ada… }

  12. “……..“berbagi suami”………”

    Em, bila membaca cakap2 & tindak-tanduk mereka, sesekali, terlintas di minda saya, adakah ahli2 ‘SiS’ ini tidak senang dengan ‘berbagi suami’ tetapi di masa yang sama seolah-olah menyokong ‘berbagai suami’ …..🙂

  13. Tuan-tuan dan Puan-puan,

    Isu poligami amat sentsitif bagi wanita. Tetapi ini undang-undang dari Langit.

    Kalau kita tidak setuju suami sendiri kahwin lain, itu tidak mengapa, sebab Fatimah binti Muhammad pun pernah tidak setuju suaminya, Ali bin Abu Talib, mahu berkahwin lagi. Ayahnya pun memberitahu menantunya supaya jangan memadukan anak kesayangannya, Fatimah. Menantunya pun mendengar nasihat ayah mertuanya.

    Jangan menentang hukum poligami. Apabila kita menentang hukum poligami, maka itu sudah jatuh hukum lain, yakni hukum menentang Quran.

    Mari kita semua jaga suami kita baik-baik, mudah-mudahan kita tidak dimadukan. Jika sudah ditakdirkan kita diuji dengan tragedi bermadu, nanti kita fikirlah dengan tenang, apa yang sebaiknya kita lakukan…

  14. Tingkah laku bersuami-isteri amat dipengaruhi oleh persekitaran. Wanita Melayu zaman ini amat dipengaruhi oleh konsep dan amalan monogami Barat.

    Dalam masyarakat-masyarakat yang tidak terdedah kepada pengaruh Barat, isu poligami tidak begitu sensitif. Dalam masyarakat Cina, Jepun, Korea, Arab, Jawa, Afrika, (malah Mormon Amerika juga), mereka mengamalkan adat mempunyai ramai isteri.

    Kita diberikan gambaran poligami menyebabkan pelbagai kesengsaraan kepada perempuan tanpa bersandarkan data-data sohih, melainkan data-data yang dipilih-pilih.

    Kesengsaraan boleh menimpa sesiapa sahaja. Dalam monogami pun boleh berlaku banyak kesengsaraan.

    Seorang kenalan saya (beliau doktor pakar hormon) dimadukan oleh suaminya dengan seorang doktor pakar kanak-kanak. Semenjak dimadukan, bukan main banyak hadiah-hadiah yang diterima oleh sahabat saya itu, antaranya BMW-5 siri brand-new, dan sekeping tanah di tepi anak sungai di Janda Baik! Sewaktu suaminya masuk hospital disebabkan mild heart attack, kedua-dua isteri bergilir-gilir menjaga siang-malam. Apabila saya memandang sahabat saya dengan suaminya, sukar hendak percaya dia adalah isteri pertama!

  15. Alahai tuah ayam nampak di kaki………tentang rumah ditepi sungai itu, teringat satu novel yang bertemakan hal ini juga oleh M Affandi Hasan, entah hilang kemana pula, ramai sangat makwe yang suka baca buka tu.

  16. Cerita kawan saya itu mungkin kerana cemburu berkongsi ayah. Yang lagi satu cerita lebih dashyat, kenalan saya ayahnya berpoligami (ketika dalam Al-Arqam). Ibunya isteri pertama seorang usahawan berjaya dan kaya raya. Tetapi kasihannya madunya hidup biasa-bias tiada zuriat pula. Kadang-kadang poligami sekadar satu tuntutan bukan lagi pada sunnah dan ibadah.

  17. Tak ada zuriat rugilah. Tetapi ada juga kes yang kahwin bukan untuk zuriat, kasihan belas mungkin. Tahap prihatin bapa dia tinggi, mengasihani insan Hawa yang kesepian lah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s