Pengurusan Ilmu dengan Otak Cawan dan sebagainya

Dulu, masyarakat dunia dahaga maklumat. Kini maklumat melimpah ruah. Dari gurun kontang ilmu kita menuju daerah kebanjiran info. Bagaimana kita uruskan limpahan maklumat ini perlukan satu kebijakan. Dari mana, dari siapa dan untuk siapa? Kita perlu tahu menguruskannya.

Ilmu itu ialah APA yang kita tahu. Maklumat ialah BAHAN untuk ilmu. Dalam setiap pertukaran ilmu, ada penghantar dan penerima. Yang menghantar kerjanya memberitahu, menyampaikan. Penerima mengambil dan mungkin memprosesnya menjadi ilmu.

Otak kita boleh menerima jumlah maklumat tersebut dengan pelbagai cara mengikut kemampuan masing masing. Bandingan jenis otak yang mudah ialah:

* Otak cawan
* Otak telaga dalam
* Otak kerongkong

Otak cawan menerima maklumat seperti mana kita mencurah air ke dalamnya. Ada had dan limpahan selebihnya tidak berguna langsung.

Maknanya otak itu punyai had menyerap maklumat dan menyimpan ilmu. Jika sampai tahap maksima, otak itu sudah padat. Dengan terus mencurah masuk lagi maklumat adalah ibarat mencurah air ke daun keladi. Buang masa sahaja.

Otak Telaga Dalam membolehkan anda terus menerus memasukkan maklumat tanpa had.

Otak Kerongkong akan menerima maklumat sehingga satu tahap yang boleh membawa kesakitan kepada penerimanya, yakni penerimanya akan keliru. Lagi banyak dicurah semakin kelirulah jadinya.

Mungkin hamba Allah itu fikir dia sudah faham subjek yang sedang dipelajarinya sedangkan lagi banyak disumbat ke dalam kerongkongnya akhirnya dia akan tercekik. Lagi banyak disumbat bertambahlah deritanya. Sila rujuk nasib pelajar yang terpaksa disumbat maklumat Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Otak jenis mana yang anda milikki? Anda bertuah jika punyai Otak Telaga Dalam, kerana boleh serap banyak maklumat tanpa had. Jika anda rasa semakin banyak anda baca, semakin anda jadi keliru, ertinya anda punyai Otak Cawan atau jika anda sudah sasau kerana terlalu banyak membaca, mungkin otak anda jenis kerongkong.

Biasanya kita punyai Otak Cawan. Ada had tertentu yang menasabah. Segala maklumat yang kita serap diproses menjadi ilmu dan lama kelamaan membentuk pendapat dan sikap. Dengan terbentuknya sikap, jika ada maklumat baru, sikap itu bertugas sebagai penapis yagn mungkin menangkis maklumat yang tidak perlu.

Maklumat juga dinilai dari segi kualiti. Malangnya, banyak maklumat dari internet lebih kepada kuantiti dari kualiti. Walaupun ada yang berkualiti, proses penyaringan masih perlu. Faktor sosio budaya setempat perlu berperanan jika tidak, berlakulah imperialisme globalisasi. Terlalu banyak maklumat yang membawa manusia ke arah yang bersimpang siur, gila, murtad, sasau dan seribu satu jenis dalca pasermbur rojak.

Persoalan penting yang mesti ditanyakan pada diri anda dan diri saya sendiri ialah, adakah maklumat yang anda sampaikan itu kena sasarannya dan mampu menjana ilmu?

P.s Untuk maklumat anda, oleh sebab otak saya jenis ketiga tiga diatas, maka bahan ini telah saya ambil dari sumber ini, lalu diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan niat jihad ilmu. Kita sedang berperang budaya, maka senjatanya juga ilmu. Saya tidak mengharapkan Institut Terjemahan Negara untuk berlawan pedang dalam peperangan ini.

3 thoughts on “Pengurusan Ilmu dengan Otak Cawan dan sebagainya

  1. Ada pula “otak drebar kereta api”. Dia berpikir ikut landasan yang disediakan baginya. Langsung tak berani keluar landasan. Yang macam ini pun banyak juga!

  2. Selagi kita tidak dapat takrif:
    Ilmu
    Pengetahuan
    Pengalaman
    Kepakaran
    Kemahiran
    Informasi
    dengan tepat, betul, dan benar, selagi itulah pendidikan belum juga dapat mencapai taraf maju, maka sipi, silap, dan sasar.

    Alhamdulillah, niat sudah ada. Perdana Menteri dilaporkan di akhbar hari ini mencabar Menteri Pelajaran dan Menteri Pendidikan Tinggi untuk menghasilkan pendidikan yang bermutu.

    Ertinya, pendidikan sekarang tidak bermutu. Orang berfikiran logik dan lateral akan nampak begitu. Jika tidak, kenapa Perdana Menteri menegur?

    Saya tegur sejak 25 tahun lalu. Saya perhatikan cendekiawan dan ahli pendidikan, sejak dulu hingga kini, belum ada seorang pun yang mampu mencadangkan pendidikan yang terbaik untuk Malaysia.

    Kenapa?
    Mereka intim dan sinonim dengan pendidikan. Kutuk pendidikan ialah kutuk diri sendiri. Mahu tak mahu, malu tak malu, hantarlah laporan baik saban bulan, penggal, dan tahun, yang memuaskan hati Menteri. Menteri pun umum. Ramai orang di kalangan orang ramai tak tahu apa angguk sahajalah. Penyokong, apa benda pun sokong. Pembangkang pun tak nampak lubang nak taroh.

    Namun ada individu prihatin, yang amat kecil bilangan, yang mencari lubang jarum nak celuskan unta.

    Rupanya sebelah lubang jarum itu kini ada dua pintu kementerian sedang terbuka luas. Peluang untuk menjadikan Malaysia Pusat Pendidikan Dunia.

    Dalam usaha ini, ada tidak individu yang berkuasa di kedua-dua kementerian itu, memasukkan nama saya dalam senarai meningkatkan mutu pendidikan negara.

    Seandainya tidak, ingatlah pesanan saya, apa juga yang dilaksanakan sekarang demi mutu pendidikan, dengan tokoh yang takrif ilmu pun tak boleh, urus informasi pun jauh sekali, maka dengan kerosakan pendidikan sekarang, 100 tahun lagi belum tentu boleh dibaiki oleh Menteri pada tahun tersebut.

    Budiman lah…ada cara terbaik. Beralah dan sudi, maka ketepi yang peribadi, demi Malaysia.

    Ingatlah:
    Bila Singapura dilanggar todak, dulu, mereka yang cadangkan betis manusia jadi pembenteng, maka kini lebih dahsyat dari landaan todak, maka bagi semua datuk datin tan sri puan sri dan siapa lagi geng betis manusia punya cadangan bercuti rehat, kemudian panggil individu yang dikumpul dari kalangan hang nadim nak cadang batang pisang.

    Kalau kedua-dua kementerian tetap nak atur benteng betis manusia juga dalam landaan ini yang lebih ganas dari todak, harap-harap bukan betis Rastom atau Zubli, maka bersiap sedialah 1001 masalah seperti pengangguran, jenayah, gejala sosial, perkhidmatan longlai…dan lain-lain lagi akan berleluasa di setiap penjuru negara.

    Sudi apalah kiranya satu panggilan telefon, satu email, satu undangan…sebelum subuh saya datang. Jika tidak, datanglah jumpa saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s