Perang Teori Sastera Tanggang 1.0

Apa disebalik gunjingan antara Mohd. Affandi Hassan dan beberapa tokoh sastera baru baru ini? Polemik sastera begini punyai banyak makna yang tersirat. Ada sesuatu yang berkelip kelip ketika membaca cetusan penulis veteran yang selalu menghidupkan polemik sekitar dunia penulisan Melayu itu.
Affandi tidak setuju konsep Tanggang diberi versi Tanggang 1.0, Tanggang 2.0 dan seterusnya dengan mengubah ciri dan sifat asli Tanggang 1.0

Tanggang 2.0 bisa saja diterima jika ia masih derhaka cuma ditambah beberapa ciri ciri baru yang tidak mengubah sifat kederhakaannya. Ia tetap Tanggang, seperti mana Windows 3.1 yang dulu sehingga kini masih kekal aspek keWindowannya.

Konsep anjakan makna pada saya amat merbahaya.Sama bahaya dengan korupsi bahasa yang semakin parah ketika ini. Semekom, muah,watper, yeke? Kesemua istilah bersangkutan Islam telah dibakukan dengan menjadikan al Quran sebagai rujukan, termasuklah rujukan hal nahu dan tatabahasa. Nilai makna sesuatu perlu kekal kerana itulah ia disebut nilai. Nilai berubah ubah kerana kemasukan konsep dan teori persuratan dari masyarakat yang telah disekularkan budaya seperti pascamodernisme dan teori teori penulis dan pemikir yang menjadi guru kepada sesetengah penulis besar Melayu.

Dari satu segi saya sokong konsep Persuratan Melayu yang cuba ditonjolkan oleh Mohd. Affandi Hassan, tetapi dari segi lain saya amat mengharapkan kaedahnya mempromosikan idea itu menurut kehendak masa kini – iaitu Web 2.0!

11 thoughts on “Perang Teori Sastera Tanggang 1.0

  1. Tuan Rastom,

    Tok guru logika Yunani mengajar proses berfikir tesis-antitesis-sintesis.

    Tanggang-antiTanggang-apa?

    Lateral thinking: Beyond YES or NO.

  2. Tentang teori surah Yusuf, suatu hari nanti saya mungkin akan menuliskan proses bagaimana ilham teori itu datang ke dalam fikiran saya. Ia sama sekali tidak datang daripada proses tesis-antitesis-sintesis.

  3. Tuan Rastom,

    Memang betul, boleh dikatakan dia kitar semula idea-idea asasnya tentang lateral thinking dan kritikannya tentang logik Yunani. Sebenarnya, dalam buku-bukunya yang lebih baru, dia perjelaskan dengan lebih panjang lebar.

    Saya pengamal lateral thinking dan parallel thinking yang tegar!

  4. tn rastom,
    aku tidak terlepas dari mengkorupkan bahasa aku sendiri melanggari hukum-hakam , nahu dan tatabahasa itu sendiri…

    he…he..he..

    tidak pasti. kepada siapakah untuk aku meminta ampun.

  5. Tuan Rastom,

    Mana mungkin derhaka pada ibu mahu diberi makna baru, atas nama apa sekalipun.

    Kita mengalami kekacauan fikir yang serius, sehingga nilai yang tetap pun mahu diubah.

  6. Tuan jiwa rasa,

    Anjakan makna = anjakan nilai.
    Teringat beberapa hadis berkaitan akhir zaman, tapi terlupa secara spesifik untuk dipaparkan. Dalam polemik sastera di sini ada terselit konflik falsafah.

  7. YAng Ariff elhakim,

    Pengkorupan bahasa peringkat tertinggi berlaku bila media massa (mahaguru masakini) turut sama berdendang, di ikuti dengan tokoh tokoh pimpinan yang tergagap gagap semasa sidang akhbar. Peringkat kita di dalam blog boleh sama sama kita tasammuh memperbaikki, tetapi di peringkat tertinggi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s