Immanuel Kant

Tuan Khalid Jaafar kata tahun ini tahun berat, sungguh berat kerana beliau mahu faham buku berat Immanuel Kant, Critique of Pure Reason. Rupa rupanya, setelah saya selidiki, ada jalan keluar dari keberatan itu. Kant sedar yang beliau telah menulis buku berat, maka setelah buku Critique of Pure Reason terbit, baru diusahakan versi pengenalan untuk Critique yang berjudul Prolegomena to Any Future Metaphysics dua tahun selepas magnum opusnya itu.

Kant mengkaji sejauh mana hebatnya apa yang dikatakan pure reason itu. Apa yang reason itu berupaya tanpa bantuan deria dan lain lain anggota. Beliau mencabar pandangan ahli falsafah sebelumnya yang bicara tentang realiti hanya berdasarkan pure reason sahaja, yang saling bercanggah. Beliau mendapat ilham dari David Hume yang meragui metafizik.

Kant membedakan antara (a priori dan a posteriori knowledge) di satu peringkat, dan antara (penilaian analitik dan penilaian sintetik). Makna istilah-istilah ini boleh anda perolehi dari Prolegomena. Secara mudahnya, Kant beranggapan (dan bertelingkah dengan puak rasionalis) bahawa pure reason tidak mampu merungkai pelbagai misteri alam semesta. Apa yang dilihat sebagai realiti sebenarnya telah diwarnai oleh minda seseorang. Minda kita pula bukannya menerima segala galanya secara pasif dari deria kita. Minda membentuk dan memberi makna kepada setiap maklumat yang disampaikan oleh deria. Orang yang berkaca mata biru menerima objek yang dipantul masuk berwarna biru. Minda kita seakan memakai sejenis kacamata yang mewarnai apa yang kita lihat atau alami.

Soal keterikatan minda melihat dan mengalami pelbagai hal mengikut masa dan ruang menjadikan kita seolah terpenjara. Kant membahagikan dunia kepada dua, noumena, sesuatu yang seperti adanya (belum diproses minda), dan dunia fenomena, yakni dunia yang kita lihat dan alami (setelah diproses oleh minda). Jika selera anda masih boleh melayan peribal begini, ertinya anda layak bersama Tuan Khalid Jaafar untuk mentelaah karya berat Immanuel Kant. Saya sudah pening. Mungkin migraine akan kembali!

One thought on “Immanuel Kant

  1. Dulu, sewaktu saya hidup sebagai orang jahil, saya baca teori-teori sastera yang berat-berat. Sekarang saya baca surah Yusuf, baru nampak jalan keluar yang terang benderang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s