Fakta dan/atau auta

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang memberikan kita akal yang masih waras, dan terima kasih kepada guru yang pernah mengajar kita cara berfikir yang betul. Hidangan terbaru sajian resipi Mongolia mengingatkan kita kepada zaman zaman akhbar mendedahkan keburukan seseorang menerusi dokumen mahkamah seperti afidavit (yang bermaksud untuk mendapatkan benda lain, bukan promosi seperti jualan hebat Giant).

Walaupun anda tidak minati cerita-cerita mahkamah atau kes bunuh, cuba cubalah sedikit senaman otak. Adakah waras seseorang itu menjerut lehernya (dikemudian hari) dengan mendedahkan hal hal yang tidak sepatutnya semata mata untuk dapatkan ikat jamin yang berupa kebebasan sementara. Watak watak manusia yang digambarkan didalam cerita fiksyen seperti Lord of The Rings nampak lebih realistik! Selekeh punya tukang karut.

8 thoughts on “Fakta dan/atau auta

  1. Tidak ada apa-apa yang menghadang doa orang yang dianiaya daripada sampai kepada Tuhannya.

    Dulu, akhbar2 itu menjadi penyebar fitnah2 yang mengaibkan DSAI. Sekarang kita boleh nampak…

  2. entah, kekeliruan diantara mitos UTK, kambing hitam serta agen penyebar fikiran rakyat?

    saya kira manipulasi fakta vs auta, sedang menjadi aspek pembudayaan baru kepada bangsa kita..

  3. Memang nak terus ikuti kisah ini, terutama perihal wanita dari negara lain yang dibunuh dengan paling kejam di negara ini.

    Manusia boleh merencana, Allah juga Penentunya.

    Pun begitu, sentiasa teringat lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, dalam filem Nujum Pak Belalang.

    Tiup trompet sikit Rastom…

  4. Zub,

    Lagu P. Ramlee yang mana satu? Nak Dara Rindu?

    Mengikut tradisi seniman Agung, alat alat muzik tidak boleh disimpan lama, sampai waktunya, terpaksa di lepaskan ia pergi. Trompet itu sudah lama pergi. Patah tumbuh , hilang ada ganti.

  5. Hiang dok main saxophone tu lagi ker..
    teringat masa hiang main – perpisahan Tuan Y. Awang dan masa ciri2 kesamahan tu.

  6. mana komposer besar malaysia? Tiada barang seorang pun yang nak ( berani ) merakam kisah tragis ( altantunya ) ini dalam lagu-lagu mereka. Cerita pasal Andalusia tapi tak tau zaman Andalusia lah komposer hebat merakam sejarah ( kena perli skit otai-otai komposer ni ) hahaha..saja melampiaskan nafsu di ruang ini,jgn mara haa rastom.

  7. Selepas melakukan pelbagai senaman otak dan badan… Semuanya tak masuk akal. Namun, terasa ada 2 kambing hitam.. 1 dah ditumbangkan masa raya korban.. satu lagi tak mengembek, tunggu waktu nak tumbang je mungkin musim perayaan terpilih.. rasanya, ini semua anak tuan kambing punya kerja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s