Gergasi lawan cacing kerawit

Isu terkini yang patut dipantau oleh kesemua warga siber ialah kes saman fitnah NST terhadap dua orang karyawan blog, Jeff Ooi dan Ahirudin. Perlu dipantau perkembangannya kerana ini satu kes ujian pertama melibatkan akhbar perdana yang berduit (tetapi khabarnya tidak untung) lawan karyawan media baru. Ertinya, gergasi old skool lawan generasi web.

Undang undang tanah tetap terpakai sepanjang aktiviti berkomunikasi itu melibatkan nama baik dan maruah seseorang tidak kira teknologi apa yang dipakai. Sepanjang pengetahuan saya Jeff Ooi sering menjadikan bahan editorial NST sasarannya disamping menulis bab tekno terkini. Kemuncak tiba bila beliau menulis sambil menunjukkan baris baris ayat yang dikatakan hasil plagiat salah seorang editor kanan NST.

Sebagai pemerhati dari luar, saya nampak bahang politiking di dalam NST lebih berdentam dentum dari politik kepartian. Maka sudah sampai masanya pula hal ini masuk ke ruang mahkamah. Entah apa kesudahannya. Pernahkah cacing menang?

8 thoughts on “Gergasi lawan cacing kerawit

  1. Tuan Rastom,

    Saya pernah terbaca, di US dan di UK, lazimnya mahkamah menyebelahi orang kecil apabila budak besar yang jadi plaintif. Di negara kita, tak tahulah, sebab budak besar mungkin ada cara mereka sendiri memastikan budak2 kecil kalah.

    Kes budak besar menang di mahkamah kita ini memang macam sudah jadi agenda tetap setiap tahun. Kalau Dato2, ataupun anak2 Dato2, ataupun anggota keluarga istana, yang terlibat dengan kes langgar isteri sendiri sampai matikah, bunuh madukah, bunuh anak orangkah, rogol budak sekolahkah, mestilah mereka dilepaskan atas alasan2 teknikal, tak cukup buktilah, tak cukup saksilah, pendakwaraya cuailah…

    Hmm… akal biasa-biasa kita pun terfikir, takkanlah polis kita bodoh sangat, macam tak pandai buat kerja langsung. Padahal, banyak kes2 lain yang lebih susah pun dapat mereka selesaikan. Kes Botak Chin dan Bentong Kali pun polis kita dapat seselesaikan, sedangkan mereka itu penjenayah profesional, inikan pula kes bunuh oleh bukan penjenayah profesional.

    Kita tengoklah nanti apa lagi “bodoh”nya polis kita dalam kes pembunuhan model itu…

    Malaysia Boleh!

  2. salaam,

    mantiknya, kalau lebih ramai lagi yang kena dakwa, maka kebarangkaliannya lebih tinggi untuk cacing memang. jadi, untuk itu, mungkinkah kita boleh mintak tolong dari NST supaya dakwa lebih ramai lagi blogger?

  3. salaam,

    mantiknya, kalau lebih ramai lagi yang kena dakwa, maka kebarangkaliannya lebih tinggi untuk cacing memang. jadi, untuk itu, mungkinkah kita boleh mintak tolong dari NST supaya dakwa lebih ramai lagi blogger? 🙂

  4. aqil fithri,

    Seekor cacing kerawit boleh bermastautin dalam perut manusia atau gergasi selama bertahun tahun. Sehingga pada satu hari, ketika sang gergasi menemui ajal, para doktor melaporkan kematian itu berpunca dari kurangnya zat di tubuh si mati. Di dalam liang lahad, Ibu Segala Cacing meraikan kemenangan berkenduri besar!

  5. Terkenang zaman Tan Chee Koon, Without Fear or Favor. Akhbar mendukung fikiran rakyat, dan wartawan mengarang tanpa gentar atau memihak.

    Warisan kepengarangan yang melututkan sebarang penjajahan.

    Dalam Kitab Allah, ada pelbagai kisah benar. Sila baca, di antaranya:
    01) Gergasi di zaman Nabi Ibrahim
    02) Gergasi di zaman Nabi Musa
    03) Gergasi di zaman Nabi Daud
    04) Peperangan lawan Gergasi beberapa siri perang, di zaman Nabi Muhammad
    05) Lain-lain lagi

    Untuk renungan bersama:

    Demi Nama Allah, Yang Pengasih, Yang pengasihan

    Tidakkah kamu melihat bagaimana Pemelihara kamu lakukan terhadap tentera bergajah?

    Tidakkah Dia membuatkan muslihat mereka tersasar?

    Dan Dia mengutus kepada mereka burung nan berduyun

    Dengan membaling kepada mereka ketulan batu daripada tanah liat yang dibakar,

    Dan Dia membuatkan mereka seperti daun yang lunyai.

    Makkul!

  6. Semua kputusan yg dibuat mstilah berlandaskan Al-quran dan sunnah
    YA ustaz, saya sokong. Harap harap Pak Lah baca entri ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s