Pemandu kereta Malaysia

Seorang pemandu kereta buatan Malaysia telah merugikan banyak wang dan masa saya. Ini satu peringatan jika anda memandu disekitar negeri Perlis. Tahun 2005 saya yang selama ini berhemah dan sentiasa berhati hati dijalanraya, terpaksa menghentam belakang sebuah kereta buatan Malaysia. Episod selepas pelanggaran itu saya pendekkan kerana ia boleh dibayangkan dengan satu jari menunjuk sana dan satu jari menunjuk sini.
Pemandu yang patriotik itu menuduh saya lalai lalu menghentam keretanya dari belakang. Apa hujah saya pula? Apakah berguna dan berfaedah berhujah kalau kita berada dibelakang? Jika pemandu dihadapan saya itu mabuk, bodoh dan bahlul, maka saya bersalah secara automatik kerana melanggarnya? Mengikut hukum lalulintas yang terpakai di Malaysia, siapa yang dibelakang tetap salah. RM200 saya terbang. Saya tanya sarjan yang mengurus, duit ini ke mana akhirnya, ke Tabung Polis atau ke Perbendaharaan? Bukan setakat RM200 saja terbang, lebih Rm1,000 sudah terbang untuk baikki kerosakan hadapan kereta saya.

Saya masih boleh berkeras untuk tidak bayar saman dengan bersetuju untuk ke mahkamah. Mahkamah buatan Malaysia. Cukuplah.

Rupa rupanya episod belum berakhir setakat saman RM200. Selepas selesaikan kes dengan polis trafik saya ke kedai makan dekat pasar di bandaraya “bertamaddun” Indera Kayangan. Pusing keliling cari ruang parking, puas dan jenuh akhirnya nampak satu ruang kosong bersebelahan sebuah lori di hadapan kedai menjual kelapa parut. Selesai makan, terlekat pula sebuah kertas secalit “Notis Denda” kerana parking tidak bayar. Masyaallah! Apa punya sistem bandaranlah!!! Semasa saya masuk kesitu tiada pun plaza kutip parking. Serik betul. Lain kali saya hanya akan naik motorsikal/bas/basikal jika perlu ke Perlis.

Mungkin saya juga baru tahu yang KUKUM sudah pun naik taraf jadi Universiti Malaysia Perlis! Hahahahahaha! UniMAP. Setiap negeri perlu ada universiti!

P.S. Pemandu patriotik itu berada dihadapan saya dalam jarak yang agak selesa. Tiba tiba dia masuk ke lorong sebelah kanan. Saya terus berjalan tanpa mengesyakki apa apa. Sekonyong konyong, dia memberi isyarat belok ke kiri. Apa tindakan anda?

Published by rastom

Panduan bahasa, penulisan terjemahan dan ehwal berkaitan bahasa modern dunia

9 thoughts on “Pemandu kereta Malaysia

  1. Puan,

    Jikalau isteri saya yang memandu mungkin tidak berlaga. Pemandu di depan itu wanita. Nampaknya benarlah jua, yang jantan itu wujud untuk berlaga.

  2. zf_zamir ,

    Lain kali (walaupun harap harap tidak berlaku lagi) akan bertambah cerdiklah saya. Sebab setelah panjuang lebar menjelaskan situasi yang pemandu didepan memandu cara yang merbahaya dan setelah mereka siasat, ambil gambar, tarik tali dan ukur sana sini akhirnya buat kesimpulan taraf siasatan kedai kopi yakni “orang belakang tetap salah”. Maka jika berlaku lagi akan saya ikuti teladan “hit and run”.

  3. Apabila Tuan marah kepada pemandu perempuan, hmm… orang pun marah kepada isteri Tuan sewaktu beliau memandu!

    Barangkali inilah faktor yang mendorong lelaki Saudi masih tidak mahu mengeluarkan lesen memandu kepada perempuan mereka.

    Saya pernah dilanggar dari belakang (kereta sport saya) waktu saya sedang berhenti di traffic light merah, oleh pemandu lelaki. Lalu kereta saya menonjol BMW di depan saya. Bumper dan lampu BMW itu kemek dan pecah.

    Belakang kereta saya remuk teruk, depan pun remuk. Chasis saya bengkok.

    Lelaki itu hit and run! Saya sempat baca nombornya.

    Saya dan pemandu BMW itu buat laporan polis. Dapat tahu, kereta itu guna nombor kereta curi.

    Macam mana hendak claim insurans dari dia?

  4. Tuan Rastom
    Taraf pemanduan di Msia mungkin lebih baik berbanding dgn di gurun, yang menumpangkan jutaan manusia ekspatriat dari pelbagai bangsa, kewargaan, warna kulit, agama dan mentaliti, selain sikap mengenai keselamatan jalanraya.
    Manusia bumiputera yang biasanya dipanggil ‘locals’ atau emirati mempunyai taraf yang lebih tinggi dari kami yang menumpang.
    Pernah terjadi kepada seorang pemandu lelaki warga Msia yang dilanggar keretanya dari belakang oleh seorang pemandu wanita local.
    Datang polis (yang majoriti bukan local, Arab dari negara miskin lain) untuk menyaman.
    Berkatalah wanita local tersebut dalam bahasa Arab.
    “Semuanya salah dia, kalau dia tak datang ke sini, tiadalah kemalangan ini….!”
    Maka Polis itu cuba mendapatkan keterangan dari si pemandu Msia yang di dapati bersalah kerana ‘kalau dia tidak datang ke sini, tiadalah kemalangan ini’.
    Pemandu Msia tidak puas hati pergi ke balai, komplen.
    Pakai ayat yang cukup menggerunkan pegawai polis, dalam bahasa arab juga adanya, “Haraam, saya tidak halalkan di akhirat nanti, tiada maaf bagimu!”
    Terpegun polis tersebut.
    Ya, polis itu takutkan balasan di akhirat daripada menyaman seorang pemandu local yang mungkin boleh menghantar dia balik kampung sehelai sepinggang, kalau komplen kat sheikh.
    Maka keputusan pun berubah…..yang benar mendapat pengadilan sewajarnya…..

Leave a reply to SifuPTS Cancel reply