TM dan Streamyx

TM dan Streamyx. Nama sudah cukup gah, penuh aura. Cuma, bila saya berpindah rumah, terlondeh habis ketidakcekapan mereka. Kerja mudah online menyambung semula streamyx nampak semacam kerja mau bikin roket ke angkasa lepas. Semua mau duit, duit duit. Yuran bulanan yang saya bayar sia sia saja. Jangan lupa ya, kalau saya tak halalkan duit itu, buruk padahnya.

Harap maafkan saya kerana ghaib seketika. Mungkin setelah siap roket dibina oleh TM baru boleh memblog seperti biasa. Betul mematikan semangat menulis!

15 thoughts on “TM dan Streamyx

  1. Saya di sini ada (1) akaun streamyx (kegunaan di rumah) (2) akaun TMnet (kegunaan apabila saya tidur di hotel, saya dial guna talian telefon dalam bilik hotel, caj local call sahaja, kalau guna streamyx hotel RM20 sejam di hotel2 5 star. Hotel 3 star banyak yang WYFY free!).

    Streamyx di rumah ini selalu putus2. Saya kena dial TMnet!

  2. Ubat dan toniknya senang saja.

    1. stop monopoli dengan:
    2. adakan rakan2 bersaing dlm business.
    3. cekapkan sistem wireless dengan penggunaan satelit2 asing
    4. he…he..he..(undi parti cap ayam)

    yang no. 4 tu x taulah sama ada mujarab atau tidak.

  3. streamyx di rumah, sudah 3 kali diugut abah untuk diputuskan, gara-gara kelibat mereka yang bernama streamyx itu membuat hal menyebabkan beliau susah untuk aplikasi elektronik sebegini..

    saya kata, sabar2, kalau putus terus, tak memblog saya, haha..

    hal terakhir, tak boleh guna automatik connection, nanti dia hang di sana..

    sudahnya kena masuk password setiap kali..

  4. tuan elsifuPTS,

    aku ingin bertanya.

    Syarikat apakah itu yang hardwarenya sampai RM7 Ribu?

    worth tak?

    ada tak sampai 1.5Mbps ? atau lebih.
    kalau lebih berapa?

  5. Tuan elHakim,

    Saya menggunakan satelite disk jenis serupa (brand lain) dengan yang digunakan oleh stesen2 petrol. Teknologi itu bikinan syarikat Thaksin! Itu adalah yang paling murah dalam pasaran waktu itu. Hardware US lebih RM20 ribu.

  6. saya masih gunakan dial up 1515 dan bercadang nak gunakan streamyx…tapi byk yg sangat dgr tentang ketidakcekapan streamyx hingga saya kena berfikir banyak kali nak tukar ke streamyx…

  7. kesan monopoli terkena pada batang hidung rakyat malaysia. saya pernah mengalami gangguan servis, mereka kata mereka tak ada buat apa apa pun.

    saya perlu dapatkan error msg …. utk open report. kalau tak susahlah skit encik katanya…

    tup 2x tiba tiba boleh. salah siapa? dekat 1 1/2 day dah rugi. ada compensation ke? boleh mimpilah!

    lagi lagi kempen Alt+F4. diorang tak tau ke spam blocker dah built in dalam mozilla? 😀

  8. Cerita streamyx ini, saya hari-hari mengalami streamyx putus-putus! Tak jumpa server. Rasanya, belum ada 1 hari pun yang streamyx saya tak putus dalam masa 24 jam. Kadang-kadang putus-putus sekejap-sekejap. Macam orang batuk. Kadang-kadang hampir 1 jam tunggu.

    Apabila putus, saya guna dial-up akaun TMnet saya. Boleh pula!

    Bolehkah saya minta pampasan? Streamyx bayar. TMnet pun bayar….

    Saya bekerja menggunakan internet. Sebagai Sifu, saya memeriksa kerja mentee2 saya, maintain UNIKA, jawab emel…

  9. Alhamdullilah…sepanjang menggunakan streamyx lebih kurang setahun saya tiada mengalami sebarang masalah.

    Tidak pernah putus, laju mcm air paip…mungkin streamyx tuu tahu saya OKU…jadi dia simpati kat saya…hehehe.

  10. sy p0n smew ari2 internet putus bangkai pnyew streamyx..
    bek pkai br0adband maxis/celcom lar biar sl0w asl xputus2.
    law ptus2 na d0wnl0ad p0n susa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s