antara seni dan kemahiran

Dengan sistem pendidikan yang menjuruskan kepada kemahiran, vokasional, persediaan mencari kerja selepas tamat sekolah kita telah berjaya menghasilkan manusia yang tidak berseni. kemahiran membuat kerja tanpa mengunakan otak seni sama juga dengan melatih seekor burung bercakap atau menyanyi. Apakah itu otak seni? Bukankah para perempit bermotor itu juga satu gerombolan berseni? Atau tok bilal dan imam yang memutarkan amplifier ketahap maksima dimesjid itu sehingga berlaku distorsi suara mereka itu juga hanya punyai kemahiran tanpa seni?

Dalam adab surat menyurat yang menurut blog Sifu PTS juga satu contoh yang berkaitan. Kehalusan budi dan budaya yang terkandung dalam bahasa Arab fus’hah al Quran langsung tidak mengesani umatnya yang sekarang rata rata hanya pandai bertaqlid. Apakah muslim Melayu hanya mengaut soal hukum hakam sahaja dari al Quran, lalu melupakan bab bab keseniannya yang mampu melembutkan budaya kasar Arab jahiliah?

Barangkali anda juga pernah ikuti corak persembahan radio masakini yang menjadi trend menonjolkan penyampai yang menjerit melalak. Apakah siaran radio begitu membawakan ketenangan jiwa? Yang popular dan laris tidak semestinya yang bermutu. Jiwa yang tidak terasuh dengan seni mudah didorong lalu di heret laksana lembu kerbau dicucuk hidung untuk tujuan komersil.

Generasi audien Malaysia remaja yang disogokkan bahan bahan media eceran tanpa bimbingan sudah sampai ke tahap yang cukup parah. Teknologi yang canggih seperti wordprocessor yang membolehkan pelbagai fonts dipaparkan dalam pelbagai saiz samalah juga dengan pembesar suara di mesjid. Jika tiada asas layout dan desain yang mengajar hikmah penggunaan ciri ciri yang disediakan, penggunanya mudah saja terpeangkap dalam kebodohan. Adakah patut tulisan dakwat putih berlatarkan kuning? Atau pembesar suara dimaksimumkan bukan saja untuk laungan azan tetapi untuk keseluruhan sesi solat hingga ke salam terakhir dan wirid wiridnya? Dari mana sunnahnya?

8 thoughts on “antara seni dan kemahiran

  1. Tuan Rastom,

    Saya petik…

    “Apakah muslim Melayu hanya mengaut soal hukum hakam sahaja dari al Quran, lalu melupakan bab bab keseniannya yang mampu melembutkan budaya kasar Arab jahiliah?”

    Perkara ini amat menarik minat saya saat ini, bermula dengan usaha saya mengkaji panduan seni menulis kisah indah berdasarkan ciri-ciri keindahan dalam surah Yusuf.

    Sekarang saya sedang menekuni aspek seni menulis sajak yang indah berdasarkan ciri-ciri keindahan puitis ayat-ayat Quran.

    Saya belum menuliskan apa yang saya sudah jumpa dalam penekunan saya itu, disebabkan perkara ini masih baru saya mulakan, namun saya sudah mengumpulkan satu tim penyair yang menghasilkan puisi-puisi cinta Islami.

  2. Hiangnyer streamyx dah ok ker/
    berpindah ke mana takdak lagi la ikan changloon..
    pasal radio yang hiang cakap tu, aku cuma dengar radio buka time berita, atau buka stesen x banyak cakap sajer.. those were the days..

  3. Salam Tuan Rastom,

    “Yang popular dan laris tidak semestinya yang bermutu. Jiwa yang tidak terasuh dengan seni mudah didorong lalu di heret laksana lembu kerbau dicucuk hidung untuk tujuan komersil.”

    ya! benar ini pak.. susah betul pilih radio yang melekat di hati.. banyak yang terjerit-jerit.. akhirnya Klasik juga jadi pilihan..
    tapi itu kalau berseoranganlah.. kalau ramai2 dlm kereta.. kena dengar yang jerit-jerit.. sbb jadi pilihan ramai..isteri & anak.

  4. setuju,
    murid skrg kurang didedahkan dgn aktiviti2 seni. seingat sy, sy hanya belajar muzik secara formal di sekolah waktu darjah 3,4 dan 5. bila masuk darjah 6 semua aktiviti2 tersebut dihentikan atas arahan guru besar.

    masuk shj ke kelas tingkatan, kami dipaksa dgn latih tubi soalan.

    masuk shj ke universiti, kami semua diperli oleh pensyarah kerana hanya pandai tekan kakulator.

    p/s: tapi bab melalak tu tak setuju, melalak juga satu seni. jika tidak mengapa ramai yg dengar. ” seni tarikan”

  5. pn. Ainon,
    adakah seni keindahan berdasarkan surah yusof itu dari terjemahan harfiah atau pn ainon mmg menumpukan kpd seni balaghah dan nahu bahasa arabnya??

  6. myself,

    Memang seni itu agak subjektif. Jika kita mahu meletakkan “melalak” sebagai seni, secara komparatif kita kena letak satu point of reference dimana suara biasa sebagai satu piawai dan “melalak” itu sebagai efx (special effects) atau kalau dalam penulisan ia ibarat sesuatu kesan dramatis. Graf perjalanan sesuatu persembahan itu lebih berseni jika ia ada lekok meningi dan mendatar, maka jika “melalak” menguasai keseluruhan sesi persembahan itu, hilanglah impak persembahan itu. Terlalu banyak special effects (ajinomoto) boleh membotakkan kepala..hehehe.

  7. Hahaha..sorilah, nak tegelak Kak Chah pasai..”tok bilal dan imam yang memutarkan amplifier ketahap maksima dimesjid itu sehingga berlaku distorsi suara”. Takut depa tengok mat rock main gitar pakai “distortion” kot, jadi depa nak tiruu supaya jadi hasil seni macam musik rock..nak tegelak lagi..hhaaahaahaahoho..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s