Realiti atau pseudo realiti

psittacula kata :
pada April 19, 2007

nak buat filem apa? ttg cinta? pelakonnya free dan melambak kat pusat membeli belah, taman, kat mana-mana…cerita dan paparan realistik…bukan lakonan.

Paparan realitstik adalah membosankan. Pernah sebuah filem Melayu menonjolkan kata kata “ini adalah kisah benar”, dengan harapan ia menarik perhatian penonton. Malangnya filem tersebut gagal. Kenapa? Kerana episod episod biasa hidup seharian yang realistik adalah membosankan.

Plot atau jalan cerita filem tiada beda dengan cerita buku. Realiti yang dibikin secara kreatif lalu menjadi cerita itulah yang menarik. Di dalamnya terkandung seni. Apa yang saudara sebutkan sebagai aksi aksi yang terdapat di pasaraya dan taman taman bunga itu hanyalah episod tanpa cerita. Bahan bahan tersebut mungkin sesuai digunakan dalam persembahan dokumentari yang berjudul “Rekreasi Remaja Masakini” dengan sorotan kamera sekal isekala kepada pengacara (ingat kalimat “Apa ke jadah?”).

Olahan filem yang kreatif juga tidak perlu terlalu eksplisit (tunjuk segalanya) seperti yang sering dilakukan dalam filem filem Melayu. Ini berlaku kerana pembikinnya tidak faham bagaimana mengeksploit lensa kamera. Ingat, psikologi manusia lebih bijak untuk mentafsirkan aksi aksi yang membawa makna tersirat tanpa menunjukkan kesemua. Manusia sudah boleh membayangkan betapa besarnya Godzilla hanya dengan menunjukkan tapak kakinya, sedangkan realitinya binatang itu langsung tidak wujud.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s