Video untuk Web 1

[splashcast UTUV8060TW]

dimensi video:320×240
saiz fail;2351kb
format WMV
(jika lambat cuba versi Youtube)
Tuan Nordin Sulaiman bertanya bagaimana caranya memproses video untuk disiarkan di dalam web. Sebagai orang besar (Pengawal Penyiaran RTM Sri Aman) saya kira beliau tentu punyai banyak bahan menarik yang ingin dipaparkan diblognya………

Video yang dihasilkan terus dari kamera tidak sesuai digunakan terus kerana saiznya dan resolusinya yang tebal lagi membebankan proses pemindahan muat turun. Apalagi jika kamera itu jenisnya profesional seperti format DVC Pro yang digunakan oleh unit Berita RTM. Paling sesuai untuk memudahkan kerja yang berkaitan dengan web ialah dengan hanya menggunakan handycam yang hargarnya RM3,000 kebawah. Kamera video sekarang dibahagikan kepada 3 tahap berdasarkan keupayaannya : konsumer, prosumer dan profesional.

Jika menggunakan kamera taraf profesional, gambarnya elok kerana mekanismenya canggih, serta audio yang dihasilkan juga memuaskan. Tetapi tuntutan untuk memprosesnya juga berada ditahap profesional. Maka apa yang saya perturunkan ini merujuk kepada kamera tahap konsumer yang menghasilkan video format DV. Apa pula DV itu?

Pengusaha peralatan video saling bersaing dengan format format mereka seperti MOV, Divx, Mpg dan sebagainya. Itu satu bab yang mungkin kita panjanglebarkan di lain kesempatan.

Video yang telah saya uploadkan ini asalnya dari kamera format AVI. Kemudian digunakan Windows Movie Maker (sedia ada jika anda menggunakan Windows XP). Windows Movie Maker adalah program yang paling mudah untuk dipelajari. mungkin selepas ini anda inginkan ciri ciri yang lebih dengan menggunakan Adobe Premiere Pro.

bersambung…..

7 thoughts on “Video untuk Web 1

  1. Tuan Rastom,

    Geng muda-muda PTS itu sudah teruk dengan kerja-kerja rasmi mereka. Saya tidak mahu ganggu mereka lagi, walaupun jika saya ganggu, mereka tidak berani tolak depan-depan, maklum saya ini Chairman PTS.

    Jadi jika kita berdua pakat bagaimana?

    Sesetengah mesej itu jika ditulis sahaja sudah memadai, orang sudah faham.

    Sesetengah mesej itu jika dilakonkan lebih berkesan. Yang ini yang saya mahu lakukan bagi sesetengah kandungan kuliah UNIKA.

  2. Tom,

    Terima kasih atas penerangan hang mengenai cara masuk video tu. Tapi bagaimana cara masuk video koleksi youtube. Contohnya, aku ambil video mawi dalam koleksi. Bila download dalam blog dia tak boleh play. Mungkin tak kena caranya. Hang sebagai sifu boleh tunjuk sikit kot. Aku rasa aku kena jemput hang mai sri aman bagi ceramah. hehehehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s