Akhbar Sendiri Gali Lubang

Saya sudah lama tidak melanggan (beli) akhbar tempatan, baik Melayu, mahupun Inggeris. Akhbar Tamil jika saya boleh baca sekalipun tidak akan saya beli kerana menurut pandangan seorang guru bahasa Tamil, suratkhabar Tamil gemar sensasikan cerita (apa bedanya dengan akhbar Melayu?). Lagi pula, banyak sangat kisah kisah dari India yang tidak relevan dengan ehwal tempatan. Akhbar Cina ada sedikit kelebihan dari segi ketebalan (boleh dijual kemudian) dan keberanian editorialnya, malangnya penguasaan bahasa pula jadi halangan. Saya terbaca tulisan Michael Connelly, novelis cerita misteri yang merungut perihal gelagat akhbar USA yang mulai tidak berminat memberi ruang untuk sorotan novel novel terbaru. Gelagat akhbar akhbar tempatan juga apa kurangnya. Gara gara agenda utama menjadi kuda tunggangan politiklah maka semakin ramai pembaca meluat atau hanya membaca versi internet sahaja.

If you foster books, you foster reading. If you foster reading, you foster newspapers.

Michael Connelly

4 thoughts on “Akhbar Sendiri Gali Lubang

  1. wah, memang benar sudah menjadi trend..

    tinggallah surat2 khabar ini terkontang kanting dengan ahli politik yang suka benar membaca ceritanya sendiri..sedangkan rakyat marhaen sudah muak yang teramat..

    maka yang laris hanyalah surat2 khabar picisan, terisilah lompangan minda melayu ini dengan bahan gosip murah, cerita akademi dan entah apa-apa lah..sudahlah membaca buku pun 2 buah saja setahun, nak beli surat khabar menyampah pula, baca online tak berapa feel..

    makin sembab otak kita nanti?

  2. السلام عليكم 🙂
    موقع جميل راستوم، أعجبتني العبارة في هذا الموضوع حول الكتب
    أتمنى أن أتعلم الملايوية قريبًا لأتابع موقعك باستمرار 😀
    بالتوفيق 🙂

    Mariam: kif halak, wenti min Saudi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s