Nordin Sulaiman

Saya ingin perkenalkan rakan lama saya Tuan Nordin Sulaiman, kini Pengawal Penyiaran RTM Sri Aman. Tanyalah dia jika ingin tahu bab Kewartawanan Penyiaran. Beliau orang yang penuh dengan idea dan praktikal dalam mengendalikan tugasnya. Skrip berita yang beliau hasilkan yang pernah saya bacakan semasa beliau bertugas di Alor Setar cukup bagus. Malangnya, satu kelemahan yang sudah menjadi tradisi jabatan (RTM) setiap yang baik dan bagus itu tiada didokumentaikan sebagai rujukan generasi mendatang.

Saya dengan resminya menjemput Tuan Nordin untuk berjinak jinak dengan kerabat PTS dengan melawati laman tersebut di SINI. Jelajahilah laman tersebut dan saya pasti Tuan akan dicetuskan dengan idea idea untuk mendokumentasikan segala pengalaman dalam kerjaya selama ini.

8 thoughts on “Nordin Sulaiman

  1. Tuan Rastom,

    Malu benar rasanya dipuji oleh tuan tinggi melangit. Saya rasa kebolehan saya biasa sahaja. Mungkin kerana saya pernah mendapat didikan oleh “orang-orang lama” maka pada pandangan sesetengah orang saya punyai kelebihan. Namun begitu–pada saya–tuan juga tidak kurang hebatnya. Ini bukan nak mengampu tetapi realitinya begitu. Saya sudah menjelajah banyak blog dan membaca banyak tulisan. Tetapi gaya penulisan saudara lain sekali, halus dan berseni. Saya banyak terpengaruh dengan stail penulisan pengarang-pengarang hebat seperti A. Samad Said dan Pramoedya Ananta Tour. Tetapi bila membaca tulisan saudara, saya kena perhalusi untuk memahami apa yang saudara ingin sampaikan. Tidak syak lagi, pada saya, kekuatan tulisan saudara terhasil daripada pembacaan banyak buku, journal, pengamatan, pengalaman dan pemerhatian. Tidak begitu, wahai sahabatku yang budiman.?

  2. Yang nie, saya potong dan lekatkan di sini dari blog Nordin Sulaiman.
    ****************
    Din,

    Tom tu memang orang seni, jiwa halus, boleh berbicara Mandarin,Tamil, serta berkeupayaan menulis dan berbual dalam bahasa Jerman juga berkebolehan dalam bermain beraneka alat muzik termasuk saxophone.

    Kelebihan beliau – ilmu dan teknologi baru senang digarapnya, mungkin terhasil dari penelitian tajam dan kekuatan daya mindanya.

    Tambahan itu, mungkin itu yang menarik mereka dari kaum Hawa untuk mengenali beliau dengan lebih dekat. Saya kurang daya penarik itu.

  3. Saidi & Nordin,

    Hehehe, bagus punya bodek, singgah Alor Setar nanti boleh aku belanja makan. Hampa nak makan apa? Ikan bakar? Laksa Telok Kecai , kalau teringin Capati Monzur dekat Mesjid India kena ceoat sebelum jam 12.00 t/hari heheehehe, pakar uslock semua nih!

  4. Tom,

    Ikhlas tak ada niat usloq pun.
    Lagi pun kami bukan ada udang balik mee ke laksa pun.
    Harap kami akan dapat belajar lebih banyak drp hang.
    Terus berkarya untuk manfaat bersama.

    Belajar korea pulak harini. Anyong haseiyo, sapaan yang digunakan tidak kira waktu, pagi, petang, malam hatta masa nak bye bye pun.

  5. Oi, ada peluang belajar bahasa Korea? Bagus sungguh lah hampa dok KL. “macam macam ada! Apa yang aku tau aku bagi tau la…….buat apa nak kedekut

  6. Baguslah macam tu, dapatlah kami menuntut banyak ilmu lagi.

    Pasa had korea tu, depa dok buat kerja untuk office aku, tu yang dok belajaq sket2 tu.
    La ni dok ambik kelas mandarin 7 hours a week ( 2x seminggu) kat office jugak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s