Hari Guru गुरू

गुरू —> Guru (asal bahasa Sanskrit) .

Selamat Menyambut Hari Guru! Di Benua India juga Guru adalah cikgu/pengajar/pendidik dan punyai signifikansi tinggi dalam ajaran ajaran Hindu, Buddhisme dan Sikhisme (agama orang Sikh). Kata Guru juga menyelinap masuk ke dalam bahasa Inggeris, misalnya Linux guru (pakar dalam sistem Linux).

Guru di dalam mitos dan pelbagai ajaran di India di lihat sebagai pembanteras kegelapan, pembawa cahaya. Di alam Melayu Malaysia digunakan kata Mahaguru yang pada pandangan syarak sangat bertentangan dengan konsepsi Rabb yang hakikatnya Sang Mahaguru Semesta Alam, bukan layaknya guru silat diberi label mahaguru. Sebab itu jika dilihat ke dalam dunia silat Melayu, terdapat banyak karut marut yang di campur adukkan dengan agama.

Guru sebagai manusia biasa tidak semestinya diharapkan tahu segala galanya, punyai segala jawapan untuk setiap masalah. Manusia guru yang baik ialah mereka yang mampu mencerahkan minda, membuka jalan untuk muridnya mencari jawapan, menyuntik semangat supaya murid ghairah mencari ilmu.

Sebagai murid, saya tidak mengharapkan guru saya seorang yang serba tahu, cukuplah jika ia dapat memandu saya ke arah yang membuka pintu ilmu. Sumber rujukan yang mampu menghalakan setiap persoalan kepada sumber sumber ilmu yang melimpah ruah. Bukankah setiap sesuatu objek yang kita tanggapi itu (termasuk tulisan dan aksaranya juga adalah simbol-simbol) merujuk kepada pelbagai objek lain yang pada jalan akhirnya menghala kepada Guru Segala Guru?

2 thoughts on “Hari Guru गुरू

  1. Tom,

    Excellent write-up on Teacher’s day!!! I will never be able to thank them enuff for their contributions – from primary to uni.

    Din Sri Aman, kata nak cuti pi A. Star jumpa hiang. Kalau aku free boleh aku join sekaki, tapi kehidupan la ni menuntut berbagai komitmen yang harus dipatuhi. Namun tak bermakna aku x boleh lari, kalau aku mahu. Tengoklah macamana nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s