Sekim Cepat Kaya (dengan usaha)

Di manakah Saladin The Movie ditayangkan? Adakah anda berpuas hati dan berbangga dengan terbitnya filem animasi yang canggih teknologinya. Ia memenangi award Teknologi Terbaik di Pesta Animasi Tokyo. Jika anda seperti saya (sesuatu yang pelik tetapi berkemungkinan) anda akan perhatikan bahawa keluaran Malaysia yang ini terlalu Anglosentrik atau lebih kepada bayangan Disneyland.

Di mana ciri ciri unik Malaysia didalamnya? Tajuknya, wataknya dan latarnya diluar Malaysia. Untuk pasaran global? Apa lagi yang hendak diceritakan kepada dunia tentang Saladin yang belum diceritakan, dihebahkan dan dibukukan? Nah, ini filem bikinan modal jutaan ringgit dengan dokongan kantor dan dana kerajaan (MSC/MDeC).

Untuk penggiat animasi/video dan juga mereka yang berminat menerokai bidang ini, inilah antara satu sekim cepat (tapi berat) kaya. Tidak perlu ada studio sebesar Disneyland atau dokongan MSC/MDC (kalau ada lagi baik), anda cuma perlu ada kemahuan dan komitmen serta bakat dan kreativiti untuk meluncur lebih jauh dari Saladin. Beli komputer berCPU Core 2 Duo atau Athlon 64 serta RAM yang sekurang kurangnya 1 giga. Harga teknologi komputer semakin berkurang, cuma harga tepung gandum sudah dan mungkin naik lagi. Beralihlah makan capati, dalam ertikata lain sentiasa terbuka meneroka alternatif. Jangan asyik berslogan Dulu, Kini dan Selamanya sahaja. Dunia berubah kita di takok lama.

Saya syorkan anda terbitkan sesuatu yang boleh memantulkan apa itu Malaysia dengan karaktor yang Ke Malaysiaan serta menggunakan bahasa Melayu. Tidak perlu berada dibawah bayangan Pixar atau Disneyland.

Bermesralah dengan buku buku seperti Digital Animation Bible, dan carilah sofwer 3D seperti Maya, 3ds Max dan LightWave.

PS: Manusia semakin hari semakin jahil. Adakah nas yang menyuruh kita meminjam wang untuk naik haji?

One thought on “Sekim Cepat Kaya (dengan usaha)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s