Gaji Naik : Satu Bicarawara

Salam bahagia, salam muhibbah, sekali lagi kita berjumpa diruangan ini dan tanpa panjang bicara terus saja kita mulakan rancangan kita kali ini dengan menampilkan seorang tokoh untuk kita sembang sembang mengenai kesan kenaikan gaji baru baru ini.

Wartawan: Tuan nampak ceria pagi ini, adakah kerana berita kenaikan gaji?

En Motsar: Mmmmm (sambil garu garu lehernya), apa? Gaji naik? …..Hairan juga, orang yang malas seperti saya boleh naik gaji. Bila naik? Kenapa naik pula? Sepatutnya gaji saya turun kerana prestasi saya bukan bagus sangat.

Wartawan: Nampak sangat Tuan ini tidak baca akhbar, dengar radio atau TV, sampai pengumuman yang menggembirakan negara Tuan tidak tahu.

En Motsar:
Sudah saya katakan tadi saya ini malas. Lagipun apa ada sangat dalam akhbar radio dan TV Melayu? Cerita bunuh, rogol, minyak naik, petrol naik, Juara nyanyi Akademi menangis, Raja menikah…itu saja..malaslah!

Wartawan: Tahukah Tuan kesemua lapisan rakyat menyambut baik pengumuman gaji naik itu, dari budak pejabat hinggalah ke pegawai kanan…..

En Motsar: Senang cakap beginilah En. apa nama tadi…terlupa saya…

Wartawan: Encik Mat Junuih…..(mengulang namanya dengan nada getik bebenor).

En Motsar: Aha ..En Mat Junuih! Naik gaji saya sudah rasa banyak kali sangat, boleh kata tiap lima tahun ada ada saja. Dulu, Tok Wan saya cukup kaya semasa bekerja dengan Jepun, berguni guni duit not Jepun, tapi sampai ke anak cucu dia macam saya ini, duit pokok pisang itu langsung tak berguna, hehehehe. Cuba En. Junuih perhatikan duit kita betul betul……tengok ada nampak macam pokok pisang sedang berbuah tak? Hehehehe …

Wartawan: Baiklah Tuan, setakat ini saja bicarawara kita untuk kali ini, kita akan menemui Tuan lagi dihari dan waktu yang sama minggu depan. Baiklah, kepada anda yang berada di luar sana, kami yang berada di dalam sini mengucapkan selamat berbahagia, semoga kenaikan gaji anda meningkatkan lagi prestasi kerja anda.

En Motsar: Ya ya ya, terima kasih jugalah kepada En Mat Junuih kerana sudi menginterviu saya. Baru tau yang gaji sudah naik, hehehe, esok boleh juga saya ronda ronda kedai kereta tengok tengok model baru buatan Malaysia.

9 thoughts on “Gaji Naik : Satu Bicarawara

  1. pada aku sangat senang…..

    benda2 yang dapat disimpulkan di sini adalah:

    Naik secara Ikhlas dan naik secara tidak ikhlas adalah 2 perkara yang berbeda.

  2. Takpalah yeop, orang bagi kita ambik..
    tapi kami tak dapat ler..
    shukur apa yang ada…
    kalau diberi lebih alhamdulillah

  3. jitraman,

    Pernah dengar lagu “Bahagia Sekejap”? Dinamika wang dan dagangan itu sangat cair dan anjal sedangkan dinamika “naik gaji” sangat lembab putaran laksana kereta lembu dari Melaka Bandaraya Bersejarah, mengikut tradisi Malaysia selang 5 tahun menjelang pilihanraya. Bila habis edah bulan madu “Bahagia Sekejap” itulah realitinya …hehehe.

  4. Gaji naik harus berpandukan sistem “Merit” bukan naik ikut sesuka hati. In the end, siapa yang membayarnya bila gaji melambung tinggi? Gaji naik ni hanya utk pehak kerajaan bukan begitu?

    Pehak swasta, dan NGO’s pun harus dipertimbangkan juga.

  5. AA,

    l’augmentation de salaire n’est pas la solution. La chose importante est d’abaisser le prix des marchandises. C’est un ordre du jour politique . Il n’est pas sincère. Seulement les imbéciles apprécient ceci…hehehe🙂
    P.s. prosternez-vous à mes pieds et je serai rempli de mansuétude pour vous oh ! simples travailleurs

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s