Gaji Turun

Darah tinggi bukan hanya untuk orang yang gemok atau kegemokkan, yang kurus pun boleh kena. Menteri Kekkwa mahu promosikan makanan tradisional (tradisional yang lain tidak apa) sepatutnya dilihat dalam kerangka biologis evolusi manusia di Malaysia. Cara hidup sudah berubah, intipati makanan tradisional yang mengandungi bahan seperti pulut, kelapa, dan gula kesemua sudah tidak sesuai kerana apa? Kita bukan lagi manusia membanting tulang, membakar lemak lemak dibadan. Gerak fizikal sudah kurang. Zaman datok, saya panggil Tok Chaq lainlah.

Dia ada isteri nombor satu dan isteri nombor dua. Perjalanan ke rumah rumah nombor satu dan dua hanya jalan kaki (mungkin untuk bakar lemak) tetapi tidaklah berdekatan rumah kedua duanya. Secara de facto saya adalah cucu kepada nenek nombor satu. Jika terbongkar rahsia saya mengikut Tok Chaq ke rumah nenek muda, hukuman pulas (Kedah /Perlis kata kutey) perut dikenakan. Kenapakah saya sanggup dihukum oleh nenek tua? Apa istimewanya rumah Tok Tiri (yang muda) yang tiada di rumah yang tua? ..Apa kena mengena dengan tajuk gaji turun?

Al Marhum Tok Caq – Abdullah Ishak atau nama glamor di Perlis ialah Lebai Don. Di Panggil Lebai kerana fasih baca dan pandai mensyarahkan apa yang dia baca. Mahir kesemua bahasa yang cool di zaman itu , bahasa Jepun, Hokkien dan sedikit bahasa Inggeris. Dek kerana pandai bercakap maka Tunku Abdul Rahman terus terpikat dan diangkatnya beliau menjadi Senator. Maka bermulalah advencer Lebai Don sebagai politikus.

Apakah masalah beliau sebagai protagonis dalam kisah ini. Wang tiada masalah kerana gaji Senator di zaman itu boleh dianggap lumayan. Itu zaman buku terbitan DBP cukup hebat kerana tiada lagi penerbitan yang saya temui menawarkan buku dengan ilustrasi yang menarik. Ada cerita burung yang terbangkan kura kura yang tidak pernah jemu saya ulang ulangi membaca (mungkin saya hanya tengok gambar dan bertanya).

Dengan kerjaya sebagai Senator, berulang aliklah beliau ke Kuala Lumpur dengan alasan bermesyuarat. Sesiapa yang bertanya kemana pergi Lebai Don, akan dimaklumkan dengan jawapan ‘dia pergi mesyuarat’!

Rngkasan ceritanya lebih kurang seperti beberapa episod yang terdapat di dalam filem Madu Tiga. Peratus mesyuarat di Kuala Lumpur bercampur dengan peratus bermesyuarat di rumah Tok Muda (isteri baru). Bakat berpolitik itu juga diaplikasikan dalam menangani onak dan duri berpoligami. Sepandai pandai Senator melompat akhirknya dihidu juga oleh sang isteri yang setia menyeterika baju setiap kali Senator mahu pergi mesyuarat. Tugas domestik ini akhirnya dipikul oleh Nenek Muda kerana yang senior mulai mogok.

Secara logiknya biaya dua rumah sekaligus menurunkan gaji Senator. ...bersambung

4 thoughts on “Gaji Turun

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s