Tragedi Pondok Tol Hutan Kampong

Terima kasih kepada PLUS kerana menyediakan kemudahan yang selamat untuk para pengguna. Saban hari pengguna berasak asak di pintu tol untuk memberi wang kepada PLUS. Laluan tunai tidak pernah diringankan beban, sementara laluan bertingkat langsung tidak dianggap penting untuk mengurangkan kesesakan.

Setiap kali saya terpaksa lalui jalan ini, berkilo kilo sumpahan saya terhadap PLUS. Dengan kemalangan yang dahsyat ini, PLUS mungkin tidak merasa apa apa, yang dipersalahkan ialah pemandu trailer.

Dalam budaya Cina ada Feng Shui, dalam budaya sains ada ergonomics, sementara dalam budaya Malaysia Boleh apa yang ada ialah kaut selagi ada. Untuk mendapat gambaran yang jelas kenapa soal Feng Shui dan ergonomics itu ada peranannya dalam musibah ini, elok datang sesekali ke plaza Toll Hutan Kampong dan saksikan lokasinya.

2 thoughts on “Tragedi Pondok Tol Hutan Kampong

  1. Sepatutnya kepentingan awam “public interest” hendaklah menjadi tunggak dari kepentingan lain. Nampaknya ini tidak dipraktikkan dan tidak diperhati supaya dipraktikkan oleh pihak berwajib. Oh’ Malaysia ku.

    Harap jalan Kodiang jadi lebih elok dari yang ada, dan ada ciri-ciri keselamatan, jangan nak balik rumah tak boleh belok kiri atau kanan, tapi kena buat 2 batu untuk U-turn.

    Wassalam

  2. dear Tn. El-Rastom,

    errr…. seperti biasa, aku adalah elhakim,

    aku bukannya apa… aku hanya melihat perkara ini dari sudut negatif sahaja.

    walaubagaimanapun kita mesti mengucapkan syabas pada kerajaan negeri Perlis kerna tidak sepicin pun jalan-jalan di Perlis yang mengandungi Tol mahupun perkara-perkara yang seumpama itu….

    Walaupun begitu, tidak juga aku bertempik ‘hidup Shahidan’ kerna sejak dari azali lagi minda aku menegah dan mengharamkan aku daripada berbuat demikian

    wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s