Bahasa Melayu jadi Bahasa Malaysia

YTH Prof Zubli Zainordin tanya saya: Apa macam Bahasa Melayu sudah dilazimkan menjadi Bahasa Malaysia. Ada bantahan?

Ehem. Cuba bayangkan bila baju Melayu dan lain lain objek yang dikaitkan dengan Melayu digantikan menjadi Malaysia? Baju Malaysia, Adat Malaysia, Agama orang Malaysia, Lagu lagu Malaysia Asli.

Jika saya keluar negeri contohnya, bila ditanya apa bahasa bahasa yang dituturkan di Malaysia? Maka saya menjawab bahasa Malaysia, bahasa Cina dengal pelbagai loghat, bahasa Tamil, bahasa Inggeris, Kadazandusun, Temiar dsb. (tiada perlu sebut bahasa Melayu).

Kitab kitab sejarah juga perlu dihapuskan apa apa rujukan kepada Melayu. Tanah Melayu Malaysia. Adat adat dan Raja raja Malaysia. Karya T.S Lanang yang masyhur perlu ditukar tajuknya menjadi Sejarah Malaysia.

Tiada Hilang Melayu Malaysia Di Dunia!
Cogankata Parti Melayu yang terbesar di dunia juga mestilah berbunyi Hidup Malaysia!

11 thoughts on “Bahasa Melayu jadi Bahasa Malaysia

  1. Ungkapan bahasa Inggeris sesuai sangat dalam keadaan ini. If It Ain’t Broke, Don’t Fix It.. Apa saja amal kita elok didekati berpandukan ilmu. Tanyalah mana mana profesor bahasa dan anda akan dapati bahawa istilah bahasa Melayu itu sudah tepat dan termaktub dalam sejarah serta tesis linguistik seantero dunia.

    Saya mungkin bersetuju dengan istilah Bahasa Malaysia jika ia dimasyhurkan semasa perjanjian kemerdekaan dulu, bukan sekarang. Ini semua kerja tikus membaikki labu, sama tarafnya dengan demam panjat Everest dan terjun di kutub Utara/Selatan. Baru baru ini satu expedisi Jepun telah ke Everest, bukan untuk menempa nama tetapi untuk membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan oleh entah siapa?

  2. satu kesilapan besar yang saya tak dapat maafkan. kenapalah dorang tak tanya dulu kepada golongan intelek sebelum buat keputusan. sudahlah dulu, laksanakan ppsmi tanpa tanya golongan akademik dan buta kajian dulu. mana pergi gapena dan pena? desaklah supaya tukar semula.

  3. Kepada Hang Tuah, atau Hang Tu Ah, dan bangsa yang sewaktu dengannya, sedarlah seruan itu kini telah menjadi, “Tiada! Hilang Melayu Di Dunia”. atau, “Tiada! Kan Hilang Melayu Di Dunia”, atau, “Sulah Tatak Ooo, Ini tunia talam argh sutah ngilang Ooo”.

  4. saudara,

    Khabarnya penukaran B/Melayu ke B/Malaysia dipersetujui juga oleh Gapena.

    Tahu siapa teraju gapena dan siapa AJKnya jika tidak cendekiawan bahasa dan budaya.

    Sedarkah saudara setiap tahun Gapena berombongan ke serata alam mencari Melayu. Terbaru mereka berboyong-boyong ke kemboja mencari Melayu di sana, Sebelum itu mereka sudah pun ke Afrika selatan, ke barat Australia dan ke selatan Thai…mencari Melayu.

    Sayang…Melayu dalam kelambu mereka dah hilang…

  5. Hak istimewa melayu pun kena tukar hak Istimewa Malaysia ke?bangsa melayu nusantara takkan jadi bangsa malaysia nusantara???. Orang bodoh saja yang buat keputusan tukar Bahasa melayu kepada Bahasa Malaysia tu.

  6. Tukar la jadi bahasa apa pun. Cuma orang melayu saja yang akan bercakap dalam bahasa melayu. Dua kaum lagi tu tau cakap inggeris dan bahasa ibunda mereka saja. Cakap melayu pun pelat dan lintang pukang. Aapa yang penting. Ketuaanan melayu dah tiada. Semua nak tukar Malaysia. Jadinya..keretapi tanah malaysia@tanah rizab malaysia@pahlawan malaysia@filem malaysia lama@kesultanan malaysia@rumpun malaysia@umno jadi united malaysia national organisation@..Maka tiada lagilah bangsa melayu. Karya Tun Sri Lanang yang berjudul sejarah melayu/sulalatus salatin juga jadilah sejarah malaysia.

    otai melayu,

    ada apa apa cadangan untuk selesaikan maaslah ini? Dah 50 tahun tapi masih lagi kita bincang soal ini!

  7. i dun mind..melayu ke..malaysia,its all the same to me.
    there’s so much more goin on in dis country,go settle those stuff first!y argue over dis!wat fools!
    well i’d say,mmg byk telah malaysia kecapi in 50 yrs but..still our mentality is just horrible..malaysian driving,attitude,punctuality,semua ini yg menggambarkn our nation n cum to think about dis..quit wit the melayu-malaysia brawl n come up wit a way to bring up dis country holistically.
    thats all i cn say…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s