Digital divide bukan digital devide!

Saya kira itu satu typo dari Sifu PTS, seperti mana mana typo ia bukan isu. Cuma sedikit catatan yang berkait dari saya.

Digital divide bukan sahaja merujuk kepada jurang antara yang celik IT dan yang buta. Di kalangan pegguna teknologi ICT juga terdapat jurang moral dan bimoral divide. Sebagai contoh, telefon bimbit kini berfungsi juga sebagai kamera dan perakam audio. Saya perhatikan kecanggihan teknologi ini tidak digunakan sebaik mungkin yakni dengan cara yang berfaedah

Setakat yang saya temui, penguna telefon canggih ini hanya pandai menggunakan aplikasi ini untuk berkongsi gambar gambar lucah dan sekadar melayan lagu lagu pop yang mereka minati. Setakat itu sahaja?

Bagaimana menggunakan teknologi ini untuk membangunkan diri?
PTS boleh menerokai bidang ini dengan menghasilkan buku-audio seperti yang telah lama dihasilkan oleh beberapa penerbit luar negeri. Contoh lihatlah AUDIOBOOKS.COM dan AUDIBLE.COM sekadar menyebut beberapa situs yang ada. Anda tidak perlu membuang masa ketika menunggu bas/teksi atau ketika menantikan seseorang. Masa yang terbuang itu boleh digunakan untuk mendengar buku-audio tersebut.

Terlalu banyak judul judul bestseller Inggeris yang telah dibukuaudiokan. Begitu juga dengan bestseller di dalam bahasa bukan Inggeris seperti Jerman dan Perancis. Fenomena ini terus menerus melebarkan jurang digital sedangkan kita disini ibarat orang pra tamaddun baru kenal telefon.

4 thoughts on “Digital divide bukan digital devide!

  1. zalisa,

    Tidak berapa mencabar sangat kerana telefon sekrang sudah boleh mainkan mp3 hingga ke tahap gigabit, yakni buku yang tebal mana sekalipun boleh diaudiokan, lebih berfaedah dari mendengar lagu lagu pop.🙂

  2. Assalamualaikum, apa khabar, saya setuju dengan Tuan Rastom yang mana kita harus gunakan apa-apa sahaja asbab untuk membawa perkara-perkara kebaikan dan manfaat.

  3. Tuan Rastom,

    PTS berfokus kepada buku, buku, buku versi kuno itulah, yakni buku kertas.

    Kita mencari syarikat yang fokus pada buku audio, supaya kami dapat lesenkan buku-buku kami kepada syarikat itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s