Merdeka 50 tahun

Ada sekumpulan manusia mahu mempamirkan patriotisme mereka dengan berenang merentas Selat Melaka!

Berapa banyak lagi program/acara sensasi untuk meraikan 50 Merdeka? Apa itu program sensasi? Itulah acara acara yang melonjak deria rasa suka, rasa hebat nafsu nafsi. Kekuatan atau kelebihan fizikal, boleh mendaki gunung Everest. Seekor monyet bisa dilatih untuk bertahan kemampuannya melakukan apa saja, hatta angkasawan Barat pernah menghantar anjing dan monyet ke angkasa lepas. Apakah maknanya bila haiwan digilirkan untuk ke angkasa lepas selepas manusia Barat berjaya?

Negara yang belum berjaya seperti Malaysia tidak membaca makna tersirat dari kejayan Barat menghantar monyet dan anjing itu. Ertinya, selepas mereka berjaya menakluki angkasa lepas, mereka (negara yang baru celik) yang berusaha melakukan kerja itu sama tarafnya dengan monyet dan anjing. Taraf saintis Barat tidak lagi menghantar manusia, kerana kerja selayaknya untuk itu cukup untuk haiwan.

Apa kelebihan rombongan ke Everest dan Kutub Utara Selatan bila Jepun hanya mengirim sekumpulan manusia hanya untuk membersihkan sampah sarap yang dibikin oleh para rombongan yang merasa hebat dapat ke sana?

Tidak adakah apa apa program yang merangsang deria intelek manusia Malaysia selain dari kehebatan sensasi yang membazir? Sudah 50 tahun merdeka apa yang ada?

8 thoughts on “Merdeka 50 tahun

  1. kos ekspedisi ujaan melayu itu sepatutnya disalurkan kepada itnm agar lebih banyak usaha menterjemah dapat dilakukan dengan licin..

    kini kasihan itnm kerana berdiri sendiri tanpa sokongan kerajaan..

    kerana kerajaan masih teruja dengan puji-pujian, rekod serta keinginan melampau yang tidak ilmiah pada dasarnya..

    di pejabat itnm sendiri pun khalayak tidak akan berjumpa buku terbaru itnm seperti sidharta ataupun tulisan fukuyama..ini lagikan di kedai buku biasa..

    kepedulian serta keutamaan pemimpin hanya untuk yang popular..inilah kerajaan popular pilihan rakyat pop!!

  2. Tom,

    Satu ulasan yang menarik. Aku teringat pensyarah aku T.S Lanang. Tulisan hang kini makin maju. Tak terkejar aku. Syabas sahabatku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s