Elvish Preshley

Dua jenis manusia sahaja yang tahu apa itu Elvish Preshley. Golongan pertama mungkin mengaitkannya dengan bintang pop Elvis Presley. Golongan kedua hanya menulis “Elvish”. Blog Studio Inspirasi memberikan saya ilham menulis kali ini.

Saya belum pernah membaca sebarang karya J.R.R Tolkien kerana beberapa sebab. Malas sebab yang utama, tetapi bukan kerana kisah di dalam karyanya tidak menarik. Ia sebenarnya meletihkan! JRR Tolkien bukan sahaja bercerita, beliau mewujudkan satu dunia yang punyai kepelbagaian bahasa dan budaya. Elvish wujud di dalam karya beliau dan ini salah satu daripada fenomena kreativiti manusia mencipta conlang, “constructed language”. Sekarang anda sudah tahu apa itu Elvish?

7 thoughts on “Elvish Preshley

  1. Saya fikir, salah satu sifat pembaca pandai, mereka suka buku-buku yang ceritanya meletihkan!

    Wah! Ini cetusan idea! Siap!!

    Saya akan arahkan penulis-penulis fantasi PTS tulis cerita-cerita yang meletihkan. Baru laku keras!

    Bijak! Bijak!

  2. Kalau Elvis Presley – No More. Elvish Preshley, menurut Rastom Abdul Rahman, lah kan, conlang. Hang pa tau dak apa dia ludba_fital…? PaTakA. Ini pulak kisah You Tube dan Our Tube. aku sebut, contiang. Kalau di minta punggah naik, Rastom ada sebab tidak melakukannya. Begini, Mufti Perlis – pandangan peribadi atau fatwa rasmi? Aku tambah – sudahlah di You Tube ada paparan “bercium” dikaitkan dengan hadhari. Menurut Mufti berkenaan, apa ke hal sepasukan nak nengok apa yang dilakukan dalam rumah dan dalam kereta. Our Tube?

  3. tapi tolkien punya karya memang detail. siap ada map dan sejarah kewujudan races dalam middle earth lagi kalau semak di bahagian belakang – edisi unabridged.

  4. Haiya Sifu ahh, mau tanya, itu Melayu pun ata manyakk ‘conlang’..butut ka?macam itu ‘Glocal’..itu kila conlang ka mukan? Lagi ata lain cotoh ka Sifu..Manyak tima kasih ahh..

  5. Glocal itu dicedok daripada salah seorang penulis futuris Barat, nampak seolah olah macam idea original Najib..hehehe itulah berkesannya peranan media arus perdana tempatan Melayu menempurungkan otak bangsa. Sesuatu conlang itu hanya layak dipanggil conlang jika diwujudkan sistem nahunya seperti yang Tolkien lakukan……

  6. Tuan Rastom,

    saya baru berjumpa dengan buku ini dan telah membelinya dan di kirimkan ke sini, buku ‘Going Glocal’ ditulis oleh Dr Asma Abdullah (1996) dan diterbitkan oleh Malaysian Institute of Management.

    TPM kita menyebutnya pada tahun 2005 dan ia seolah-olah idea beliau, sedangkan tajuk buku yang ditulis oleh seorang penyelidik pada tahun 1996 dan diterbitkan oleh sebuah institut profesional dalam negarapun tidak merata maklumannya.

    Itulah gambaran perbezaan pengaruh ahli politik dan ahli penyelidik/akademik/ilmuan.

    Gambaran kerosakan besar yang kita alami.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s