Apa itu Flagship Content?

Dalam dunia blog ada beberapa istilah khusus tetapi masih boleh dikaitkan dengan dunia bisnes konvensional. Kenapakah sesuatu blog itu menarik lebih ramai pengunjung? Pernah dengar istilah Flagship Content? Apakah info yang terdapat di blog PTS? Penulisan, penerbitan, teori dan panduan bahasa. Anda akan berulangkali menjenguk jenguk apa info terbaru di sana dan setiap info itu bisa menambah ilmu dan pengalaman baru. Setiap entri yang baru menambah padu lagi “branding” kepada PTS dan mewujudkan beberapa faedah sampingan lain.

PTS berjaya mewujudkan apa yang di katakan Flagship Content dan ini contoh terbaik membina blog untuk mereka yang baru meneroka dunia blogging. Tema utamanya ialah dunia penulisan/penerbitan dan segala ehwal yang berkaitan disinggung pada masa masa tertentu. Tema atau minat anda tidak semestinya sama dengan blog PTS tetapi apa yang perlu anda contohi ialah kreativiti membina blog dari satu tema yang kemudian dicambahkan dengan aktiviti yang berkaitan.

Walaupun nampak mudah, saya percaya kerja menghidupkan blog tersebut memerlukan tumpuan dan masa. Untuk mendapatkan sesuatu idea menulis adalah satu kerja yang berat.

Tempias daripada kejayaan mewujudkan sesuatu blog yang punyai Flagship Content biasanya akan:

1. Memberi impak kepada enjin carian seperti Google dan sebagainya.
2. Ramai pembaca akan meletakkan link ke blog anda
3. Melebarkan pemasaran “jenama” anda.
4. Menjadi satu corpus bahan untuk dijadikan produk seperti bahan latihan dsb. Tambah yakin!

Mungkin anda bertanya apakah Flagship Copntent blog Romantis ini? Jawabnya tak lain tak bukan ialah ia sekadar memerhati dan kadangkala mengurat “yang manis, yang cantik dan bergaya“.

8 thoughts on “Apa itu Flagship Content?

  1. Kalau diterjemahkan ‘Flagship Content’ ke Bahasa Melayu (sia) tinggi apa agaknya? Mungkin ‘Kandungan Kapalbendera’ atau ‘Kandungan Obor’ atau … mohon bantuan Yang Arif.

  2. Apa agaknya yang sesuai untuk jadikan Flagship Content untuk laman web http://www.mykedah.org ?. Harap boleh bagi pendapat.

    ” memerhati dan kadangkala mengurat “yang manis, yang cantik dan bergaya“. ” Tersenyum seketika semasa baca baris ini.

    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s