Piawaian Bahasa Markup

Pengalaman blog PTS dengan ahli OKU mengingatkan saya kepada soal kebolehcapaian (accessibility). Para profesional web amat prihatin soal ini. Contoh laman web yang tidak prihatin soal ini boleh dilihat pada mana mana laman web yang dibangunkan di myspace.com yang nampak cool tetapi melanggar banyak piawaian.

Untuk contoh laman web yang menepati 100% kaedah piawaian itu sila lihat blog blog eksperimental saya di romantika dan di blog Melayu Bahasa Dunia. Tidak banyak ciri ciri makeup di dalamnya dan mungkin kelihatan boring. Begitulah biasanya resam dunia, gadis yang terlalu banyak makeup punyai daya penarik untuk sesetengah orang, tetapi bila hati dan perasaannya dimilikki, terasa boring pula kerana bila lama bersama, baru terkesan hampehnya!.

Kenapa perlu ada piawai juga untuk Web? Kerana apa saja yang kita tulis di internet bakal dirakam, dibaca dan diproses secara digital dan pengguna pula bukan kesemuanya sempurna anggota deria mereka. Jika kita ingin menuilis untuk khalayak yang lebih ramai dan ingin bahan tulisan anda kekal lebih lama, eloklah ikuti piawaian dari para profesional.

Laman berkaitan: Web Accessibility Initiative (WAI)
What Is Web Accessibility?

5 thoughts on “Piawaian Bahasa Markup

  1. Puan Sifu,

    Seperti kata Prof. Riduan Khairi, perlu disemak satu persatu. Misalnya dalam link validator untuk UNIKA yang saya berikan itu juga memuatkan nombor baris serta komen yang diberikan seperti tag-tag yang tertinggal atau tidak ditutup. Webmaster Unika punyai akses untuk mengedit mana mana tag yang tidak lengkap.

    Prof Riduan,

    Betul. Juga termasuk soal kebolehgunaan. Guru besarnya Jacob Nielsen. Website dia cukup sederhana.

  2. Tom,
    Bila hang nak terbit buku? Ini cadangan aku. Ada beberapa tulisan hang yang menarik dan elok dibukukan. Ajak jitraman bantu. Sekurang-kurangnya didokumenkan.

  3. Saya suka bahagian ni…

    “Begitulah biasanya resam dunia, gadis yang terlalu banyak makeup punyai daya penarik untuk sesetengah orang, tetapi bila hati dan perasaannya dimilikki, terasa boring pula kerana bila lama bersama, baru terkesan hampehnya!”

    Setuju!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s