amboi amboi mahkamah malaysia

mahkamah jerman
Gambar Mahkaman Perlembagaan Persekutuan Jerman

Apakah saya akan disaman lalu dihukum kerana menulis mengenai mahkamah Malaysia? Mungkin, siapa tahu, jika apa yang saya tulis itu bisa menghina mahkamah. Amboi, amboi, ceh ceh ceh..gaya retorik pula intro tulisan….

Sebenarnya ketika membaca sambil menajamkan kemahiran allughatul almaniyah, saya temui khabar dari negara Deutschland yang bisa mengkagetkan ahli ahli Parlimen kita. Kisahnya tentang menangnya KETELUSAN di peringkat tertinggi mahkamah perlembagaan persekutuan yakni di panggil dengan nama yang bisa menyeliuhkan urat lidah anda – Bundesverfassungsgericht. Para hakim mereka yang pastinya bukan penganut agama Islam hadhari atau yang tidak hadhari bersetuju untuk mewajibkan setiap ahli parlimen mengisytiharkan harta (serta butiran punca) mereka yang melebihi Euro 1,000. Maka jadilah ia undang undang.

Kembali ke Malaysia. Hari ini satu kes saman malu dibuang keluar tingkap (tanpa bunyi) sementara kes meletupkan orang (ada bunyi) yang masih hidup masih belum habis bersidang.

6 thoughts on “amboi amboi mahkamah malaysia

  1. Dear Tuan El-Langkawiyeen,

    entah lah… aku pun tak tau nak cakap. Bukannya saja tak nak cakap. Tapi dah tak tercakap

    aku terpegun sebenarnya bila menonton kembali filem GodFather I and II.
    Cara mafia punya kerja.

    Kadang2 bazir masa bermahkamah ni… yang empunya angkara biasanya terlepas.

    Fungsi Mafia selepas itu.

  2. Tuan,

    Deruan ketidakpercayaan sebahagian rakyat khususnya terhadap suratkhabar/media selepas tahun 1998 rupanya tidak berjangkit kepada semua sistem. Ungkapan ‘yang betul hanya empat nombor ekor’ adalah tahap paling tinggi yang dicapai oleh orang kita dalam menunjukkan mualnya mereka dengan berita tidak benar. Tetapi kita belum sampai ke tahap membakar akhbar sebagai tanda benci terhadap berita tidak benar.

    Di pihak kehakiman, kita sekadar memberi imej hakim gula-gula hacks sahaja. Akhirnya semuanya menjadi perlahan dan larut.

    Agaknya kebencian masyarakat kita pada sistem yang rosak belum cukup perit. Mungkin kita ada pilihan lain untuk lari dan mencari benda lain.

    Tidak cukup duit, buat kerja overtime; harga barang mahal, sedikitkan membeli, jika ikan jerung terlepas dan bilis yang kene, tak payah baca berita itu; kalau tol mahal, ikut jalan lama; jalan raya sesak, naik motosikal; kalau setinggan kene roboh, la kenapa mereka itu buat rumah tidak ikut undang-undang; dan pelbagai alasan lain sebagai melarikan diri dari masalah.

    Tidak tahulah bila saya/kita hendak berubah. Saya tidak tahu bila saya dapat rasa tidak takut menampal pelekat parti buruh Gordon Brown di kawasan parti konservatif David Cameron, sebagaimana yang dinikmati oleh rakyat Britain.
    Saya juga tidak tahu bila saya sebagai tukang sapu bergaji 400 sebulan boleh mempunyai kereta sendiri.

    Maaf tuan, saya berceloteh panjang.

  3. Problem nya rakyat malaysia tak boleh sentuh apa-apa hal mengenai negara tercinta, tetapi bila rakyat asing mengutuk atau menyindir boleh…

    Houston, we may have a problem😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s