Ketelusan

Ketelusan itu satu tuntutan Islami. Banyak contoh dari kisah Rasul dan para sahabat. Orang Malaysia (bukan yang Melayu sahaja, kesemua!) menurut Tunku Abdul Aziz Ibrahim, pengasas Malaysian Society for Transparency and Integrity masih bertoleransi dengan amalan yang tidak baik ini.

Dengan usia merdeka 50 tahun, rakyat Malaysia tidak terusik langsung kesedaran untuk memilih ketelusan sebagai keutamaan dalam kehidupan sebagai rakyat. Islam yang dianuti rakyat Malaysia tidak langsung berkesan mencegah rasuah dan penipuan di pelbagai peringkat. Kerana berbohong, Presiden Clinton dikutuk dan dinyahkan dari senario politik Amerika. Begitu juga nasib Presiden Nixon al-Watergate.

Sekitar prosiding kes meletupkan orang yang hidup, saya terlihat banner dan poster “We are proud”.. Proud atau bangga kerana apa? Kenapa tidak ditulis “Bersabarlah, kebenaran pasti menang”. Rakyat Malaysia sudah akhirnya terlatih untuk merasa bangga dengan entah apa -apa. Mungkin kita juga merasa menjadi mangsa penipuan, menjadi konsumer kepada hidangan pembohongan media saban hari. Bangga lagi kerana mampu membeli kereta buatan nasional yang terlebih harganya di pasaran sedang model yang sama, lebih murah di negara jiran?

Perkataan bangga yang sering kita gunakan menjelang sambutan kemerdekaan itu apakah tidak punyai lain makna atau maksud tersirat? Anda bangga kerana apa?

12 thoughts on “Ketelusan

  1. tn, elrastom,

    psikologi manusia LOSERS memang begitu.

    Samalah juga halnya dengan G.W. Bush. walaupun hampir kalah di Iraq, tetapi bannernya masih berbunyi

    “MISSION ACCOMPLISHED”

    accomplish ~ membunuh jutaan civillian bangkali.

  2. di sini saya yang tidak begitu mengikuti nampak dia masih disitu. dia tak tahu apa-apa sangat tapi sekadar bercakap demi menunjukkan dia seorang pemimpin yang tepat yang telah dipilih oleh rakyat.

    dia lemah sebenarnya. hanya bercakap perkara yang sama. bukan menyelesaikan tetapi sekadar memberi komen picisan. itupun dari saranan orang lain…

    saya jadi gementar dengan nasib generasi akan datang jika dia terus begini…dan begitu…

  3. dari satu pihak; kami dituntut untuk merasa bangga dengan apa yang sudah dicapai, didoktrin untuk berbangga dengan apa yang tercapai malah dipaksa untuk berbangga walaupun apa yang dibangga itu belum lagi tercapai..

    namun dari satu pihak lagi; kami tertanya2, capaian apa yang suka sangat kami2 ini bangga2kan..

    ini, masalah kita..

    kita masih merungut, ya, disini, disana, malah bersepah..

    50 tahun, banggakan saja angka itu

  4. Betul tu kita perlukan ketelusan.Tetapi untuk mengaplikasikannya (pada hemat saya)perlu buat secara berperingkat.Al-maklumlah sudah banyak ketidaktelusan di sana sini.Dedahkan plan tindakan dan teliti progressnya.Try n error.

  5. Tom,

    Kalau aku terbit buku pasal kewartawanan ok tak? Dummy hang tengok di blog aku. Tapi aku nak pakat dengan hang. Aku rasa boleh jual.

  6. Baguih tu, Din tulis buku.
    Selagi orang dok baca dan praktik dari buku tu, bertambah-tambah pahala ( dan duit sekali) untuk hang.

    Aku takat nak bagi komen feedback sebagai sorang pembaca, boleh aku sanggup.

    Aku percaya hang dan Tom boleh keluarkan buku ni sebelum 2007 melabuh tirainya.

  7. salam saudara rastom,

    Dalam kes ini sekurang-kurang nya kita akan “proud” apabila tersingkap nya beberapa kelemahan polis yang tidak mengikut S.O.P dalam menjalankan tugas. Yang lebih mengerunkan ialah kelalaian dalam pengurusan senjata dan bahan letupan….kita akan lebih “proud” kalau perkara ini disiasat dengan telus agar rakyat selamat dari anasir yang tidak baik. Disamping itu kita akan “proud” juga kalau kes ini dapat membuktikan pihak yang salah, tanpa ada unsur-unsur negatif….

    Yang saya hairan, kenapa dalam kes yang satu satunya ini, muka yang dituduh no 1 dan 2 ditiadakan di akhbar, dan bila ke mahkamah, kenapa ditutup muka seperti pesakit kusta? Sementara muka tertuduh no 3 sentiasa “proud” dan tersengih sengih?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s