Gendang Perang bermula bila politikus mengacum kepada polis

Tajuk entri ini sengaja dibesarpanjangkan kerana lebih panjang tajuknya, lebih berkesanlah kerja Google. Itu apa yang dipelajari daripada guru Kebolehgunaan Web Jakob Nielsen.

Soal politik pada sesetengah orang bukan satu hidangan halwa yang menarik. Malah sebut saja politik orang akan lari atau mencebik, yearkk! Namun sebagai rangkaian blog “memandaikan bangsa”, dirasakan ilmu tentang sesuatu perkara itu wajib diketahui. Untuk apa? Supaya kita bisa membuat perhitungan, keputusan dan pendapat yang bijak. Gendang Perang yang dimaksudkan di dalam tajuk itu merujuk kepada gendang perang pilihanraya.

Menurut kaedah psikologi, manusia boleh ditakut takutkan dengan pelbagai ancaman. Selama 50 tahun Merdeka kita melihat perlkembangan negara cukup pesat di dalam pelbagai sektor, cuma yang mengecut ialah sektor politik, kebebasan bersuara (termasuk kebebasan akhbar). Jumlah akhbar Melayu arus perdana yang corot itu ada kaitan. Tetapi sebaliknya, jumlah buku, blog dan sebagainya bercambah kerana penerbitan tersebut tidak perlu permit KDN. Daripada dua faktor ini:

  • Akhbar Melayu arus perdana corot
  • Buku, blog dan pelbagai media tanpa permit berkembang
  • Kita rumuskan bahawa manusia perlukan maklumat, bukan propaganda atau iklan. Seorang senator, juga mantan MB Selangor telah memulakan pukulan gendang keling baru baru ini di Parlimen. Butiran mengenainya saya kira anda sudah ketahui jika anda pengikut tetap akhbar Melayu arus perdana. Jika tidak Google sahaja nama Raja Petra Kamarudin dan

    Bunyi gendang perang terdengar dari berita beginibacalah, sambil menikmati paluan gendang…dum..dumm..dum:


  • Bonus ditimbang — Bagi sektor awam dalam Bajet 2008

  • ‘DEB agenda nasional’
  • Kerajaan tidak sekat kebebasan penulis blog
  • 3 thoughts on “Gendang Perang bermula bila politikus mengacum kepada polis

    1. Hukum alam, semuanya, melainkan Tuhan, ada tempoh hayatnya.

      Kalau kita tidak buat apa-apa, parti Si Keling itu tetap akan mati oleh perbuatan anggota-anggotanya sendiri. Parti itu sekarang sudah masuk self-destructive mode.

      Hmm..sudah masuk self-destructive mode…agaknya bila akan meletup?

    2. Patutlah saya macam pernah nampak nama Jakub Nielsen, rupanya dia juga terlibat dengan GNOME.
      Usability, Accessibility.

      Memang Sun Microsystem adalah syarikat yang banyak membantu GNOME dari segi Kebolehgunaan dan kebolehcapaian.

      Jakub lebih cenderung ke atas Accessibility atau lebih dikenali dengan “A11y”, manakala “Calum Benson” lebih cenderung kepada usabulity (Kebolehgunaan).

      Dengan rasminya saya memperkenalkan Calum Benson http://blogs.gnome.org/calum/ kepada Pak rastum.

      Sebenarnya, unsur A11y, Usability, dan i18n sering dilupakan oleh menggiat IT di Malaysia

      Terima kasih Hasbullah Pit, saya sudah jenguk laman tersebut. Seperti penggunaan bahasa pertuturan juga, bahasa untuk Web juga perlukan standardisasi. Saya sokong usaha saudara.

    3. Saya akui politik kita banyak kelemahannya.Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk rakyat negara ini bermain dengan isu sensitif.Di negara-negara barat pun mereka cuba mengelak dari isu sensitif.Rakyat mereka tidak dibenarkan membangkitkan isu sensitif perkauman,tidak boleh mengatakan “Hi negro” kepada seseorang berkulit hitam.

      Di negara kita soal sensitif perkara lain pula.Isu agama lebih sensitif dari isu kaum.Mereka yang menghina agama di lamaweb,blog…cuba membakar api permusuhan.Saya tidak nampak objektif positif dari tindakan mereka itu.Tidak juga mereka perlihatkan hasil baik dari usaha mereka itu.Alasan kebebasan semata tidak boleh digunakan,jangan kerana kebebasan boleh mengundang akibat buruk.

      Kita sebagai umat Islam seharusnya sedar,bahawa kita perlu bersatu dalam masalah kepentingan keras umat ini.Kita kena jaga agama,bahasa,budaya…walau pun ada kelemahan dikalangan pemimpin kita,umat Islam sewajarnya mencari konsesus dalam soal menjaga kepentingan keras mereka sebagaimana bangsa-bangsa utama eropah buat di negara mereka.

      Era membaca dan terus percaya bulat bulat apa yang dipaparkan di akhbar sudah berlalu! Kita umat Islam mesti boleh ditegur dan menegur. Pemimpin tidak boleh lemah, jika lemah, tidak layak memimpin, lebih baik dipimpin sahaja.

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s