2. Blog sebagai wadah mengembangkan seni karang mengarang

Jika pembaca saya bertanyakan soalan soalan begini, maknanya saya masih belum setia. Pengalaman pembaca yang begini berpunca dari penulisan satu hala – penulis tidak pedulikan pembaca. Tulisannya terlalu berpusat pada diri sendiri.

Penulis setia perlu membentuk gambaran jelas siapa pembacanya dan bercakap dengan mereka sebagai manusia yang hidup. Penulis setia itu sentiasa ingat yang dia menulis untuk seseorang, dan kerjanya selesai hanya bila apa yang ditulisnya itu sampai kepada pembaca. Penulis setia membuatkan pembacanya puas hati dengan apa yang dibacanya.

Bersetia
Saya bekerja selama se tahun di dalam bidang pemasaran. Mutiara yang saya temui selama itu ialah sesuatu kempen promosi yang baik :

  • 1. berjaya menyampaikan apa yang pemasar mahu audien tahu
  • 2. berjaya sampaikan maklumat yang diperlukan audien
  • Pemasaran yang baik bukan setakat menjual barang atau perkhidmatan; pemasaran yang baik membentuk kepercayaan, keyakinan di antara audien dan syarikat.
    Segala urusan ini tak lain hanyalah hubungan atau interaksi antara manusia.

    Menulis pun begitulah resamnya. Bila saya menulis, saya akan beritahu apa yang saya ingin mereka tahu – jika tidak apa perlunya saya menulis? Saya juga perlu menyentuh hal hal apa yang pembaca ingin tahu. Mungkin mereka perlukan maklumat latar bacaan berkaitan dan sumber rujukan. (Misalnya, jika saya menulis mengenai cara membancuh teh, saya perlu maklumkan di mana bahan bahan boleh didapati di dalam tulisan saya.) Mereka mahu apa yang mereka harap boleh didapati dari bacaan mereka.( Berapa ramai diantara anda yang pernah bengang bila membaca FAQ (maklumat latar mengenai sesuatu hal) kerana apa yang anda temui hanyalah cakap cakap kosong (marketing fluff) bukan maklumat yang anda amat perlukan.

    ..akan disambung.

    One thought on “2. Blog sebagai wadah mengembangkan seni karang mengarang

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s