4. Blog sebagai wadah mengembangkan seni karang mengarang

Nah! Ini bahagian terakhir dan penutup siri menulis blog. Kenapa saya terjemahkan bahan ini? Blog bahasa Melayu semakin bercambah. Dalam percambahan itu muncul pelbagai gaya tulisan. Matlamat asal kerja menulis sudah menjadi kabur bila penyertaan ke alam maya sebagai netizen yang menulis terbuka luas. Ibarat pasar malam. Saya kira, sekurang kurangnya bila menulis, biarlah apa yang ditulis itu berfaedah untuk semua. Sekali lagi slogan memandaikan bangsa wajar dikembangkan. Bahan ini sumbernya dari A List Apart, laman yang membicarakan soal estetika desain dan penulisan. Keperluan hakciptanya cuma dituntut supaya saya letakkan ayat berikut:

Translated with the permission of A List Apart Magazine and the author[s].

Siri terjemahan: Menulis untuk blog oleh Amber Simmons

Hormat

Bukan sahaja masa pembaca itu perlu kita fikirkan, kebijaksanaan dan minat mereka juga perlu diutamakan. Jika saya menulis satu artikel khusus mengenai sesuatu perkara, saya tidak akan membuat pautan kepada laman laman lain yang biasa, popular dan sudah dikenali umum. Tugas saya ialah membongkarkan sesuatu yang baru, yang merangsang rasa ingin tahu pembaca. Saya hanya akan bawakan mereka ke laman yang benar benar membuat mereka suka. Saya seolah olah seorang pemandu pelancong dalam kembara ilmu. Ini tidak akan dapat saya lakukan jika saya perlekehkan kepandaian pembaca. Sebagai tanda ikhlas, pembaca akan ketahui serba sedikit tentang diri saya dengan cara ini. Saya paparkan sesuatu tentang web & internet yang mungkin tidak akan diperolehi secara sendirian. Dengan cara ini saya dapat meraih kepercayaan pembaca kerana menghormati kepandaian dan masa mereka. Mereka menghargai apa yang saya lakukan kerana bahan yang mereka perolehi itu berguna.

Penulis setia merangsang pembaca setia

Walaupun kita membaca setiap hari, tidak semua membaca dengan baik. Menjadi pembaca yang baik bukan mudah; kemahiran ini tidak diajar disekolah dan tidak ramai yang ketahui cara terbaik untuk membaca dan menyerap bahan online. Kesulitan ini juga dihadapi oleh pembaca yang cekap, maka para penulis bahan online punyai tugas untuk membantu ke arah ini.

Pembaca yang baik menafsir apa yang dibaca, samada dibacanya itu blog, jurnal akademik dan sebagainya. Mereka persoalkan teks yang dibaca dan pengarangnya. “Bolehkah dipercayai penulis ini? Apakah kecenderongannya? Setujukah saya dengan tulisannya? Tugas kita sebagai penulis ialahmeramalkan soalan soalan ini dan menanganinya dalam tulisan kita.

Kita perlu gambarkan satu perbualan yang berlaku di alam maya; kita dicabar untuk menjawab walaupun soalan soalan tersebut belum dilontarkan. Ini kerja yang sukar tetapi pembaca yang prihatin akan menghormati kita kerana melayan mereka.

Konteks
Pembaca yang baik akan membandingkan tulisan kita dengan konteks kewujudan mereka. Sebagai penulis, saya tiada cara untuk mengetahui bila para pembaca akan temui tulisan saya samaa esok atau lusa atau dua tahun dari sekarang. Menyedari hakikat ini saya perlu membantu pembaca meletakkan bahan tulisan saya di dalam konteks yang sewajarnya. Ini penting jika saya menulis sesuatu yang berkaitan dan relevan dengan masa seperti maklumat teknikal yang mudah basi. Keperluan konteks ini memuncak jika ia disediakan di dalam media internet yang setiap masa memaparkan bahan terkini. Kerana sifatnya bahan yang tersedia di dalam internet itu selalu dikemaskinikan maka para pembaca sering membuat andaian apa yang mereka baca itu bahan terkini.

Jika tedapat tarikh pada bahan tulisan, keperluan untuk menjelaskan konteks mungkin tidak timbul. Tidak juga bersalahan jika diterangkan serba sedikit konteks atau maklumat latar mengenai bahan anda sebagai bantuan kepada pembaca. Kita tidak dapat menjangka bila tulisan kita akan ditemui pembaca. Lebih banyak butiran kita berikan mengenai latarbelakang bahan tersebut lebih baik untuk pembaca menyesuaikan minda mereka dengan apa yang mereka baca.

Apa perlunya?

Apa yang saya syarahkan ini mungkin kepada sesetengah penulis sebagai sesuatu yang membuang masa. Buat apa susah susah! Ramai pembaca yang ada sekarang bukan ambil pusing. Apa perlunya sebok sebok memupuk hubungan dengan pembaca yang mungkin langusng tidak berminat untuk mengembalikan komitmen yang sama? Jawapan saya mudah, jika hanya seorang sahaja pembaca yang mendapat faedah dari hubungan yang ingin saya jalinkan ini, maknanya saya sudah lakukan tugas saya sebagai seorang penulis. Saya tidak perlu dibaca oleh semua. Saya menulis untuk seseorang. Jika untuk seorang pembaca itu wajar saya peruntukkan masa dan rasa hormat saya, kemungkinan besar tulisan itu juga akan ditemui oleh ramai orang.

Pembaca itu adalah satu unsur pelengkap dalam proses penulisan. Ini benar di alam maya di mana proses membaca itu sesuatu yang disengajakan: para pelayar memilih link mana untuk diikuti. Seorang penulis yang baik akan memikirkan kepada siapa dia menulis, link yang mana yang dipilih, jalan mana yang ingin dibawa pembacanya. Menulis itu sesuatu yang amat personal. Mengangkat pena atau mengetik kibod adalah satu komitmen kepada pembaca.

Rumusan

Sepintas lalu, anjuran saya setakat ini nampak berat. Ia boleh dirumuskan berikut:

* Tulis untuk seseorang, bukan kepada audien.. Bercakap kepadanya sebagai seorang yang hidup, wujud dihadapan anda.
* Beritahu pembaca apa yang mereka ingin tahu, walaupun anda jemu mengulanginya.
* Berikan maklumat latar sebanyak mungkin.
* Bayangkan persoalan pembaca dan jawab.
*Bawa pembaca anda ke tempat tempat menarik di alam maya.
* Hormati masa pembaca. Layan mereka seadilnya.

Web sebagai media baru pada saya amat unik. Saya lebih suka menulis di dalam web berbanding media cetak. Saya suka kecepatannya dan ketiadaan garis pemisah antara pembaca-penulis. Saya bersedia menghadapi cabaran cabaran yang ada di dalam penulisan media baru ini. Saya nikmati setiap saat yang membuka ruang baru mewujudkan hubungan dengan pembaca yang menemui tulisan saya.

Kiranya telah saya laksanakan tugas menulis ini dengan baik, sekurang kurangnya ada juga pembaca setia terus bersama saya.

3 thoughts on “4. Blog sebagai wadah mengembangkan seni karang mengarang

  1. Terima-kasih Tuan Rustam, banyak yang dapat dipelajari dari blog Tuan. Semoga Allah merahmati Tuan dan membimbing kita sentiasa kearah kebaikkan…..

    Sama sama ke arah memandaikan bangsa!

  2. Tuan Rastom,
    Bila baca entri ini rasa makin sukar pula menulis di blog.
    Apa motivasi kita untuk terus menulis -secara percuma di blog?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s