Jangan ketinggalan keretapi Cluetrain

Ini bukan blog politik. Penegasan ini penting untuk dikecualikan dari label pengecut, Label ini diberikan oleh Tan Sri Muhammad Muhamad Taib yang saya temui di dalam akhbar Utusan Malaysia (Penulis blog pengecut). Blog ini membicarakan ehwal politik yang lebih besar rangkumannya seperti politik media, politik teknologi dan sebagainya, bukan politik kepartian. Apa itu politik media dan teknologi? Pihak yang memantau blog blog elok dengar baik baik. Ini soal falsafah, soal dasar.
Tatkala kerajaan Malaysia mengabsahkan penggunaan IT dengan pelbagai kempen Cinta IT dan sebagainya, secara automatik juga kerajaan menerima keterbukaan. Dunia siber memang tiada sempadan. Rangkaian komputer terjalin dari setiap pelusuk dunia dari desa Ougadougou di Burkina Faso hinggalah ke UCLA Amerika Syarikat. Lokasi server yang menghoskan laman laman web itu tidak penting dan bukan petunjuk kepondanan atau kelakian seseorang. Keterbukaan sikap itu laksana satu pakej yang datang sekali dengan pilihan dasar memajukan IT di Malaysia. Nah, setelah melalui beberapa tahap perkembangan, komunikasi internet sudah masuk ke era partisipatif di bawah Web 2.0 .

Dengan sifat partisipatif Web 2.0 ini suka tidak suka ia menerjah juga ke dalam medan politik. Maka diperlukan satu penilaian semula samada reaksi kita terhadap kemudahan bersuara ini cocok atau tidak dengan perkembangan teknologi ICT. Sikap antagonistik terhadap suara protes atau disiden hanya menampakkan kemampuan kita bahu membahu dengan teknologi. Jangan jadi seperti syarikat yang ketinggalan keretapi Cluetrain.

2 thoughts on “Jangan ketinggalan keretapi Cluetrain

  1. Tom,

    Aku rasa wajah blog dulu lagi cantiklah. Tapi mungkin hang nak tukar selera. Tentang Bintulu tu, hanya Bilik Berita diwujudkan buat sementara dan dijangka beroperasi Oktober ini. ia akan diperkembangkan hingga menjadi sebuah stesen peringkat demi peringkat.

    Din, corak yang ini nampak simple sikit, yang dulu tu macam jinjang joe lah!

  2. Tuan Rastom,

    Jangan bicara tentang Web 2.0. Web 1.0 pun golongan ini tak tahu.

    Bila baca komen itu, saya terfikir, samada mereka ini tahu atau tidak sebenarnya apa dia blog? Golongan ini suka meletak label tanpa cuba memahami erti label itu. Main belasah je…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s