Negarakuku Dari Perspektif Lain

Negarakuku dalam diam sudah menjadi one-hit-wonder walaupun tidak tersenarai di dalam mana mana carta. Tuan Khalid Jaafar inginkan satu kupasan lanjut dari sudut muzik dari saya walaupun saya telahpun memberikan asas asasnya di blognya sendiri. Dari segi muzik, Namewee menggunakan genre rap sebagai vehicle atau wadah menyampaikan mesej protes. Lagu rap sebenarnya tiada lagu, melodinya mudah bak orang meratib dan sering digunakan sebagai wahana protes. Lihat sahaja apa yang dikatakan terhadap Bush di topplebush.com . Atau saksikan video protes politik kerajaan Amerika.

Lagu rap ibarat umang umang. Ia tiada kulit sendiri, maka Negarakuku mengambil kulit Negaraku. PuffDaddy pernah mengalunkan semula lagu Sting yang popular Every Breathe You Take secara rap dan kebetulan Sting mengimbau betapa setiap detik pernafasan kita sering dipantau oleh Big Brother. Adakah pencipta Namewee menghina lagu kebangsaan? Bagaimana caranya kita menghina lagu? Dalam genre rap kita boleh ambil apa saja lagu sebagai intro. Cuma intro atau mungkin frasa frasa dominan yang diulang ulangkan. Negaraku menjadi Negarakuku semata mata untuk mencukupkan harakat.

Yang menjengkelkan ialah senikata rap itu (hampir kesemua lagu rap adalah lagu protes) dan teguran terhadap:

  • pengalamannya dengan mata-mata (polis)
  • azan yang sumbang
  • wanita bertudung yang leka di jalanraya
  • peluang masuk ke IPT yang terhad
  • sikap sambil lewa kakitangan kerajaan
  • Adakah perkara ini satu khayalan seniman atau sesuatu yang dikutip dari pengalaman?

    4 thoughts on “Negarakuku Dari Perspektif Lain

    1. mungkin pengalamannya sebagai manusia dirasakan sudah memadai untuk melahirkan ‘karya’ sebegitu. Pengalaman tu juga mendesak dia utk menzahirkan apa yang terbuku dihati secara begitu.

      khayal atau realiti? itu dia yang rasa. namun, saya sarankan agar dia gaul pengalaman itu dengan budaya setempat agar dia tidak dilabel sebagai buta budaya dan agama.

    2. pak rastom,
      saya lihat karya namewee ini tidak lebih sebagai salah satu bentuk seni politik.
      cuma bila ada pihak yang mempolitikkan karya seni beliau, itu bukan sesuatu yang janggal di Malaysia…

      setuju tidak semestinya menyokong.. 🙂

      adihamka,

      Masihkah kau ingat, tidak lama dulu ada karya seni politik yang diberi tajuk Melayu Mudah Lupa? hehehe karya Sifu seni politik Malaysia yang tersohor!

    3. Pak Rastom,

      Yang menjengkelkan bukan senikata, tetapi melodinya. Pada saya gubahan Namewee adalah suatu penghinaan kepada melodi “Terang Bulan” yang sangat indah dan mengasyikan. Daripada di angkat, karya beliau sepatutnya dibuang ke dalam bakul sampah kerana kualitinya yang amat teruk.

      Senikata asal Terang Bulan yang berbentuk pantun sudahpun mempunyai mesej protes. Rangkap berpantun sudahpun dapat diadaptasikan dengan baik kedalam musik Rap seperti gubahan-gubahan Ahli Fiqir yang penuh bidalan dan gurindam melayu.

      Kesilapan besar beliau lakukan ialah langsung menyanyikan Negaraku dengan lirik dan melodi yang asal, tanpa menggubah semula. Beliau sepatutnya memberi perhatian kepada gubahan melodi “Terang Bulan” dan lari dari lirik asal. Dalam kata lain “Rap”kan melodi Terang Bulan. Melodi “Terang Bulan” amat terkenal di Nusantara. Pemusik Indonesia telah lama memainkannya dalam pelbagai irama, seperti rock, pop yehyeh, etc.

      Kita boleh menerima mesej protes beliau. Negarakuku bukan gubahan pertama yang saya dengar, tetapi sudah beberapa gubahan, dan saya boleh menerimanya walaupun lebih lucah dan kasar dengan daripada negarakuku. Namun, negarakuku merosakkan syahwat musik saya kerana begitu sumbang lebih teruk dari ayam berkokok.

      Hanif,

      Kejengkelan saya kepada irama rap-rapan ini sudah sampai ketahap maxim. Ia sebenarnya langsung tidak layak dikategorikan sebagai muzik. Perlu diberi kalsifikasi lain.

    4. hahahahaa..klau diklasifikasikan sbg lifestyle camner??..
      hahahaa…

      kiriku makin memberat
      kananku tinggal melarat
      asyikku makin tersesat
      menyongsang kian melekat

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s