Kaya dalam Islam

….sungguh memualkan bukan kepalang!
berapa ramai kusaksikan bangsa
diperintah oleh para pemimpin yang tidak pedulikan nasib mereka
kezaliman serta pembohongan terhadap rakyat menjadi perkara biasa
mereka ketepikan kesejahteraan rakyat, padahal mereka adalah buruh upahan rakyat.
(Abu al-‘Ala)


Ungkapan penyair yang marah terhadap pemimpinnya ini mengandungi banyak rumusan yang telah digunapakai oleh para pakar ekonomi dan pembuat dasar di zaman ini. Dalam analisis kemakmuran sesebuah negara, rumusan Bank Dunia ialah kekayaan sesebuah negara bukan sangat terletak kepada sumber galian, hasil mahsul bumi, bangunan pencakar langit dan benda benda material. Di dalam laporan Where Is The Wealth Of Nations?: Measuring Capital for the 21st Century Kirk Hamilton dan tim penyelidiknya mendapati faktor modal insan dan taraf institusi (diukur dari segi keutuhan undang undang) adalah bahagian yang terbesar membentuk kekayaan sesebuah negara…

Apa kaitannya dengan Malaysia 50 Tahun? Dengan Indeks Transparency (senarai negara yang telus/rasuah), dan apa kaitannya dengan tajuk entri ini yakni Kaya Dalam Islam?

Maknanya kita sebagai sebuah negara tidak pernah berusaha menggali ilmu yang ada di dalam tradisi budaya dan agama kita. Bila World Bank dan para pakar ekonomi bercakap tentang modal insan maka berbondong bondong burung kakaktua pot-pet-pot-pet menggunakan istilah modal insan. Sedangkan sudah lama kita diterangkan konsep Rabbaniyun, betapa pentingnya membina peribadi individu, keluarga dan masyarakat yang berilmu.

Ini yang dikatakan intangible capital , modal yang tidak ketara, tidak nampak, di dalam buku yang saya paparkan imejnya itu. Dari situlah lahirnya k-worker yang bakal melahirkan k-ekonomi. Tetapi oleh kerana kita tidak tahu atas asas apa negara Islam itu dibina maka kita anggap idea k-worker dan k-ekonomi itu idea baru dari Barat.

Satu lagi faktor selepas modal insan sebagai sumber kekayaan negara ialah institusi sosial yakni lembaga, badan atau jentera yang ditubuhkan untuk mengurus dan mentadbir. Negara kaya dan maju dilihat punyai institusi sosial yang efisien. Badan Kehakiman yang teguh dan diyakini rakyat dan sebuah kerajaan yang tidak korup akan meningkatkan lagi taraf kekayaan sesebuah negara itu. Switzerland misalnya punyai 99.5 mata daripada 100 dalam ukuran kedaulatan undang undang sementara Amerika Syarikat punyai 91.8. Negara dunia Ketiga seperti Nigeria hanya 5.8, Republik Congo hanya 1 per 100. Malaysia bagaimana? Sebagai pembaca blog yang saya hormati butiran butiran untuk meletakkan Malaysia ditahap mana boleh anda perolehi di dalam begitu banyak blog yang memperkatakan tentang negara kita. MERDEKA!

Anda boleh download buku Where Is the Wealth of Nations? (pdf)

3 thoughts on “Kaya dalam Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s