Lepak, sembang, kopi o, nasi lemak : marathon merdeka

Sungguh tidak kreatif rupa rupanya para elit Melayu veteran akhir akhir ini. Mengecewakan! Inikah cara terbaik menyambut Merdeka?

Maklumat tersebut saya perolehi daripada laman PROWARIS (apa? bunyi seakan ubat kuat tenaga lelaki)
Nah, sekarang dengan link ke situ anda kini kenal siapa PROWARIS. Walaupun kumpulan itu condong dan berbau “profesional” saya gagal temui sebarang “ruh” profesionalisme” di dalamnya. Banyak link ke blog blog penerajunya di sebelah kiri laman tersebut memaparkan rumah rumah hantu. Tanpa panjang celoteh, inilah cebisan info yang menjadi kepala tajuk entri saya kali ini……selamat bersembang sembang. Merdeka! Jangan marah kalau ada pula videoklip berjudul Sembang sembangkuku di youtube.

Gabungan Penulis-Penulis Nasional (GAPENA) menjemput Presiden ProWaris dan seluruh Barisan Peneraju dan ahli-ahli ProWaris untuk menyertai Forum Merdeka 50 Jam Sembang-Sembang Kopi ”O” dan Nasi Lemak Tanpa Henti bermula pada hari Jumaat, 24 Ogos 2007 Jam 8.00 malam sehingga hari Ahad, 26 Ogos 2007 10.00 malam.

Antara tokoh-tokoh terpilih yang menjadi ahli panel ialah Tan Sri Aishah Ghani (Bekas Ketua Wanita UMNO & Bekas Menteri Kabinet) , Tan Sri Thamby Chik (Bekas Ketua Menteri Melaka), Tan Sri Jins Shamsudin (Pengerusi FINAS), Tan Sri Ahmad Sarji (Pengerusi PNB), Tan Sri Sabaruddin Chik (Bekas Menteri Kabinet), Datuk Mohd Nakhaie (Pengerusi YADIM), Dato’ Abdul Rahim Bakar, Datuk Dr Firdaus Abdullah (Pemuda UMNO Malaysia), Dato’ Aziz Deraman (Penyair & Mantan Ketua Pengarah DBP), Tan Sri Ismail Hussein (Ketua 1 - GAPENA), Tan Sri Lee Lam Thye (Pengerusi PLKN), Saudara Khaled Salleh (Seniman & Budayawan), Profesor Zainon Ismail (Penyair, Ilmuan & Pelukis), Tan Sri Aziz Tapa , Dato’ Hassan Ahmad (Bekas Pengerusi DBP & Karyawan), Tan Sri Aziz Rahman (Bekas Ketua Pengarah MAS), Saudara Feriz Omar (Presiden ProWaris).

Notakaki: Saya nantikan sesuatu yang baru, menarik dan berfaedah dari sembang sembang para bijak pandai di atas.

2 thoughts on “Lepak, sembang, kopi o, nasi lemak : marathon merdeka

  1. Aku pergi berkunjung dalam sesi pagi dan petang. Memang menakjubkan, cetusan minda para intelek Melayu yang terbaik pernah ku dengar.

    Tetapi setakat cetusan mida sahaja yang bangsaku mampu. Hanya satu, tidak ada lain, cuma satu yang ku puja. Hamba Allah yang bernama Feris Omar, Presiden Prowaris yang memberikan gambaran jelas tentang hala tuju wawasan Melayu muda yang pada ku boleh menjanjikan pencapaian di luar dugaan untuk 50 tahun kemerdekaan lagi.

    Bukan calang-calang manusia. Beliau dengan etika tinggi namun bersikap rendah diri; kurang berfalsafah lebih berpraktikal; tidak berteori tetapi penuh rasional.

    Sememangnya yang paling layak diangkat dan disanjung oleh Barisan Tertinggi GAPENA malahan para pengunjung yang datang dari seluruh pelusuk ceruk hujung dunia Melayu serantau.

    Pemimpin Agung Melayu baru sudah lahir ………

  2. sudah saya jangkakan, keterujaan kita kepada suatu yang tiada signifikasinya..

    mereka boleh menzahirkannya dengan lebih agresif, tetapi mereka masih memilih sikap sopan dan santun yang pasif itu..itulah bangsa kita, jadilah kita bangsa yang tidak lagi signifikan suaranya..

    kita memang teruja sangat dengan pelbagai benda yang melekakan, kayuh basikal keliling benua, forum berpuluh jam, terbang kutub sana sini, bakar bunga api besar2..dan banyak lagi..

    apa gaya sambutan yang ke 100 nanti?

    zf_zamir, cuba bayangkan ekspedisi bermotor berkuasa tinggi yang kesemuanya motor import. Ini cara menunjukkan patriotisme?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s