Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

Harap maaf. Jika anda temui blog ini dalam pencarian anda untuk mengetahui dengan lebih terperinci apa itu Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Jangan sekali kali dirujuk tulisan ini jika anda perlukan info untuk persiapan temuduga nanti. Saya membaca secara tersirat (selalunya mengnegatifkan) saranan saranan dari apa saja pelan yang bunyinya fantastik untuk mendapatkan gambaran semasa apa yang berlaku di alam academia Malaysia. Contohnya, cuba negatifkan 3 langkah yang bakal diambil untuk menjayakan PSPTN ini
:

  • Meningkatkan tadbir urus sendiri di kalangan IPT awam yang akan dilaksanakan serta-merta; Maknanya keadaan sudah terlalu gawat
  • * Melaksanakan audit prestasi akademik ke atas semua IPT awam dan swasta; dan
  • * Memperkenalkan status universiti apeks (apex) di kalangan universiti tempatan.
  • Universiti apeks? Universiti mana agaknya nanti yang terpilih untuk diapekskan?
    Adakah ini bermakna akan ada “durian runtuh” untuk pensyarah (kuat lagi runtuhnya untuk para profesor). Pelan ini pasti menjadi bahan bualan orang universiti, satu faktor feel good!Di saat meraikan 50 tahun merdeka PM berkata,

    “‘Saya percaya masanya telah tiba untuk kita mentransformasikan IPT negara,”

    Transformasi apa lagi? Bukankah ada pepatah Inggeris, if you give peanuts, you get monkeys?

    4 thoughts on “Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

    1. universiti apex itu, pastilah universiti yg boleh di politikuskan.
      walaubagaimanapun kecermelangan universiti tersebut harus diambil kira untuk menyeimbangkan antara realiti dan temberang yg tembelang.

      oleh kerana aku berjiwa patriotisme yang berkarat, maka aku ada satu cogankata untuk kau Tn Elrastom sempena Hari ulangtahun kemerdekaan tanahair kita yang tercinta ini

      iaitu

      Marilah Kita Cemerlang, Gemilang dan Tembelang.

      Tembelang cara basi saja yang banyak, tembelanglah kreatif sikit hehehehe

      he.he..he..

      zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

    2. Universiti tempatan tidak ada yang mencerminkan suasana kesarjanaan yang tebal: Siswa-siswinya sibuk berhiburan manakala ahli akademiknya sibuk berpolitik. Yang betul-betul bekerja itu tak banyak.

      Bukan niat kerajaan hendak mencerahkan minda rakyatnya dengan pendidikan universiti, tetapi sekadar satu ‘show’ untuk meraih undi. Apa tidaknya, mereka yang bangkit menunjukkan kepincangan kerajaan akan segera dibekukan dan dibuang. Rakyat bodoh lagi bagus, senyap-senyap anak golongan elit tu masuk Oxford Cambrigge Harvard jadi pandai dan kembali memperkudakan rakyat.

    3. orang.biasa, jiwa muda takkan hendak duduk mengadap buku sepanjang masa. Perlu juga hiburan untuk melepaskan tekan belajar.

      Saya fikir, sudah cukup dasar dan strategi yang ada. Mungkin kerajaan patut garapkan bukan pelan strategik, sebaliknya Pelan “Taktikal” Pengajian Tinggi Negara.

      Baik transformasikan universiti-universiti kita kepada sekolah-sekolah pondok. Golongan agama yang membaca kitab jawi inilah yang lebih lantang dan istiqamah memperjuang dari golongan pensyarah di kampus.

      Saya berpengalaman selama 10 tahun mengikuti pengajian ijazah pertama di MMU dan melihat pelbagai kepincangan di pelbagai peringkat di universiti; dari mahasiswa, pensyarah hinggalah ke pentadbirannya.

      Satu kesimpulan yang saya dapat iaitu sistem pendidikan tinggi Malaysia begitu terlampau “rigid”. Saya berikan satu contoh: Mengapa penuntut melayu “dipaksa” menyelesaikan ijazah dalam masa lebih singkat dari penuntut bangsa lain? Program matrikulasi selama setahun berbanding 2 tahun bagi STPM. Dari tahun satu, kebanyakan penuntut perlu (hampir wajib) menghabiskan pengajian kebiasaannya tiga tahun, tanpa cukup ruang untuk bernafas! Lebih dahsyat, jika berlaku sangkut, dihukum cukup-cukup.

      Hasilnya, banyak siswazah melayu dilahirkan setahun kurang matang dari bangsa lain. (Sekurang-kurangnya dari jumlah masa hidup di muka bumi)

      Malang sungguh, bukan setakat kementerian (baca: kerajaan), malah pensyarah sendiri “mendera” penuntut dengan tidak memberi ruang secukup untuk menuntut!

      Ada komen Pak Rastom?

      Intipati demokrasi bukan sahaja perlu ada di dalam politik, malah wajar diamalkan juga dalam pendidikan. Berilah kebebasan orang memilih apa yang ingin dipelajari. Sistem kita memaksa orang belajar subjek sekian sekian demi memenuhi keperluan gunatenaga industri. Apakah Malaysia ini suatu kilang? Sementara pihak penguasa universiti berlumba lumba menawrkan kursus kursus yang serupa dengan yang lain laksana gerai makan Melayu – sederet menjual benda yang sama walhal tiada satu pun yang sodap!

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s