Sudah 50 tahun, sudahlah!

Genug ist genug! kata kumpulan Jerman Die Fantastischen Vier. Makna Melayu, Cukuplah! Hentikan retorik penyedap rasa. Sehingga tahun 2008, 31 Ogos 2007 akan kita tinggalkan dan kita kembali dengan basa basi harian yang mendesak kita berfikir sebagai manusia yang tergolong sebagai ahli kitab. Kenapa tidak pernah diraikan kemerdekaan sebagai muslim? Memang tiada larangan dalam Islam supaya mencintai tanah watan seperti ungkapan hubbul watan min al iman, cintakan tanahair itu sebahagian dari iiman. Cuma sebahagian iman tetapi cara ia diraikan seolah olah ia suatu rukun iman sehingga memaksa maksa bendera dikibarkan. Tidak cukup dengan satu bendera maka ada orang yang terlalu fanatik sehingga berderet bendera dipasang dibumbung kereta. Berderetan bendera di ruang pejabat mengalahkan tokong Kuan Yin dan wat Siam. Ini satu penyakit bangsa! Berlebih lebihan pada benda yang furuk, yang cabang dijadikan teras, yang teras entah ke mana. Sudahlah!

Retorik dan gegak gempita Merdeka itu tidak lain hanyalah usaha memesong, membuai rasa dan menyedapkan hati. Lihat saja berapa banyak unsur menghibur daripada unsur mengajar dan menyedarkan diri bahawasanya kita sudah jauh ketinggalan kebelakang. Tidak percaya kita sudah jauh ketinggalan? Cuba kaji dan fikirkan apa yang kita ketinggalan.

  • Kenapa baru sekarang timbul Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
  • Apa cita cita Universiti Kebangsaan pada dasarnya ia ditubuhkan?
  • Berapa akhbar Melayu, akhbar China, akhbar Inggeris?
  • Berapa stesen Radio/TV menggunakan bahasa Melayu
  • Berapa kali mahu ditukar tukar dasar bahasa di sekolah kebangsaan
  • Di mana kita dalam kesukanan?
  • Di mana kita dalam kebudayaan/kesusasteraa/kesenian?
  • Kenapa DEB masih lagi dipertikaikan?
  • Merdeka? Sudahlah!

    6 thoughts on “Sudah 50 tahun, sudahlah!

    1. Tn Elrestom El-Langkawiyeenn.
      he..he.he..

      tiada yang tak betul. semuanya betul-betul belaka. dan kemungkinan ada juga yang kebetulan.
      he.he.he.

    2. hoho,

      saya mungkin bersetuju dengan tuan, tetapi kalau dengan rakan saya yang lain ni, tuan mungkin akan dilabel sebagai manusia yang tidak bersyukur, haha..

      Tidak bersyukur? Hahaha! Bagaimana orang yang bersyukur hanya di mulut tetapi aspek praktis untuk mengisi kesyukuran itu tidak diamalkan (yakni berfikir). Kata kata seperti “bersyukurlah” itu sudah terlalu nipis dan tidak membawa apa apa makna selain daripada bersikap apatetik dan fatalistik menerima apa saja sebagai ketentuan Ilahi. Seolah olah KESEMUA yang berlaku pada kehidupan manusia tiada langsung daya upaya manusia. Minda simplistik beginilah yang sering dieksploit oleh para oportunis di kalangan kita. Berfikir menggunakan akal yang kritis itu adalah satu ekspresi kesyukuran! Ia ibarat seorang peladang yang mengusahakan setiap inci tanah yang di milikkinya.

    3. Kita semakin menjauhi negara-negara maju apabila bercakap tentang:

      1) Mutu intelek rakyat Malaysia
      2) Daya saingan negara

      dan kita semakin dekat dengan negara-negara mundur dari segi

      1) Kehalusan mempraktiskan korupsi
      2) Tahap keganasan jenayah

      Merdeka apa lagi?

    4. Saya menunggu berita kewafatan Tun Mahathir supaya anti-climak dengan perayaan merdeka! Berbelah bagi jiwa saya untuk solat hajat utk beliau;berhajatkan pulih kesihatan atau mati dalam keadaan Iman.

      Tetapi fikiran saya hendak menuju kemunduran. Banyak berfikirkan perkara-perkara yang mundur dari maju. Salahkah mempunyai minda kelas ketiga?

      Minda yang boleh dimajumundurkan itu minda kelas pertama kata Jerman Prima Klasse! Minda dinamis. Ingat maju atau progres itu hanya ke hadapan sajakah? Kita boleh juga maju atau progres ke belakang🙂 .

    5. Pak Rastom, ada ke pengkelasan minda kepada kelas-kelas tertentu ni; minda kelas pertama, minda kelas kedua, minda kelas ketiga?

      Saya tidak pernah mendengar pengkelasan minda seperti ni kecualilah di zaman Pak Lah.

      Adakah adil mengkelas minda-minda manusia seperti ini, sepertimana mengkelaskan telur-telur ayam?!

      Sebelum zaman Pak Lah pun ada, dalam al Quran ada, dalam buku psikologi pun ada!

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s