Studio Konspirasi

Selamat datang ke Studio Konspirasi! Negara yang baru menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 50 ini menyediakan bahan menarik sebagai sebuah studio untuk karyawan pelbagai cabang seni. Gelagat manusia berpengaruh dan berkuasa menawarkan watak watak yang pasti menghidupkan novel, lukisan atau muzik.

Amin Iskandar (Black) sudah terbitkan album Hentikan Perang Sekarang. Anda boleh membeli albumnya terus di sini. Atau ke blog albumnya di Kugiran Jalanan.

Memang jika ditelusuri sejarah, anda boleh mulai novel epik (jika anda menulis) bermula dengan… saat jatuhnya kota Melaka dan para pembesar istana mengajak kita membaca kitab sebagai penawar duka atau mungkin sebagai pengadang. Masuk pula era moden, anda pasti temui beberapa konspirasi komplot dan tikam menikam sekitar nama nama seperti Pekembar, PUTERA-Amcja, Api, Awas, PKM.

Juga menarik untuk dikaji bagaimana Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman dan Anwar Ibrahim terpelanting keluar dari arus perdana. Atau anda masih tidak percaya adanya konspirasi? Semak buku sejarah atau jika malas sila Google kisah Bank Bumiputra (BBMB). Anda belum benar benar merdeka jika belum tahu apa itu Bank Bumiputra.

Anda tidak percaya rasuah berada disekeliling kita? Cuba baca apa mantan KPN Tun Mohamed Haniff Omar kata. Bagaimana pula dengan kes bocornya kertas soalan UPSR?

Atau mungkin anda penggemar novel drama mahkamah. Untuk mengsashihkan novel anda perihal cerita mahkamah elok juga ditemui Tun Salleh Abas untuk mendapatkan fakta seperti mana dilakukan oleh novelis John Grisham. Disamping itu elok juga dilengkapi kajian anda itu dengan menonton filem Eraser lakonan Arnold Schwarzenegger jika anda berminat menerbitkan filem. Jika belum ada syarikat apa kata namakan syarikat anda Studio Konspirasi?

5 thoughts on “Studio Konspirasi

  1. Macam the Da Vinci Code.. boleh jadi jutawan maaa. Ada satu konspirasi utk mewujudkan novel/filem seakan Da Vinci Code tapi kali ini kisahnya mengenai pemudi Islam Arab menemui skrip kuno dan kononnya ayat Al-Quran yang ditinggalkan dgn sengaja utk menutup kebenaran? Soalnya… siapa berani?
    Kalau siapa berani tulis skrip filem/novel ini dia akan dapat anugerah Nobel + gelaran ‘LORD’ + perlindungan polis sepanjang hayat.. + kemurkaan Allah SWT.. best kan?

    univerct – TQ for your honest comments on my log.

    Ada banyak yang tidak diceritakan di dalam kajian Leigh & Baigent mengenai Dead Sea Scrolls dan perihal Templar Knights. Dan Brown banyak angkut isi cerita Da Vinci Code daripada buku Leigh & Baigent. Memang ada segi segi yang boleh dikaitkan dengan Islam daripada kisah Dead Sea Scrolls, tetapi seperti kata Leigh & Baigent, konspirasi Gereja Se Dunia sudah terlebih dahulu memanipulasikan artifak artifak yang dikorek dari Laut Mati tersebut, wallaua’lam.

  2. Saya anggap konspirasi sesuatu yang ‘devillish’. Memang sejarah alam ghaib telah menerbitkan ‘ibu segala konspirasi’ yang telah dianjurkan oleh bapak segala syaitan iaitu Iblees. Usaha mereka gagal untuk ‘dethroned’ Tuhan, dan mereka semua tercampak ke alam nyata sekarang. Di dunia ini mantan bapa ‘coup de tat’ bersama konco-konco nya telah berjaya menghasut manusia melaksanakan theori konspirasi mereka sesama manusia. Sudah berapa ramai manusia baik kecundang dibuatnya, negara aman jadi kucar-kacir, sehingga dunia tidak aman lagi untuk dihuni. Kalau sekiranya ada planet alternatif untuk dihuni, nanti disana pun kita semua bisa diperkosanya. “Nak kemano layi jang?”

    Planet planet alternatif khabarnya sudah habis lingkup dan yang tinggal hanya yang satu ini. Dan selepas yang satu ini ada satu lagi berada di alam ghaib. Satu hari ini kita semua ke sana!

  3. Studio Konspirasi! Ah! Sekali lagi tuan mencipta frasa yang menyeronokkan saya! (Saya sedang demam selsema).

    Oh! Demam pra-ramadan. Biasanya kembali sihat sehari sebelum Ramadan.

  4. planet yang hampir lingkup ujar demo sungguh indah.manih leting(supo halwo).kawe akan pertahanke planet kawe ini..planet demo pung akan kawe..acu cubo try bentukkan koalisi baru ..dibawah blogger entreprise..

    p/s.. dok siap grened


    Grened? Meletup macam C4 juga eh?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s