Studio Korupsi

Terkini: Rasuah lagi! Siapa yang bertanggungjawab membeli 4 batang screwdriver dengan harga RM$224? Siapa yang beli, yang mengesahkan pembelian? Ini laporan Akauntan Negara, bukan cerita bikinan. Orang IKBN kena jawab. Institut yang dibina untuk melatih para belia pun rancak juga tariannya, jabatan jabatan lain bagaimana pula. Kontrak berjuta mak oiiii!

Bahan tambahan karya Studio Korupsi Nasional


Studio bukan saja bermakna suatu tempat untuk berkarya, ia juga bermaksud satu tempat untuk mengkaji “to study”. Maka elok benar kita menjemput para sarjana datang ke Malaysia untuk menyiapkan tesis dan projek penulisan mereka mengenai korupsi di Malaysia.

Sebagai rakyat yang patuh lagi patriotik, saya dengan ini akur dengan seruan PM kita:

Biasanya kalau kita buat kerja baik, yang lain tidak berani buat salah, tolong ingat mengenainya kerana kepimpinan perlu menunjukkan contoh.Saya mengajak rakyat agar menanam tekad untuk membetulkan integriti diri masing-masing

.

Saya sudah terlalu mangli dengan perkataan korupsi dan rasuah. Hari ini saya baca ada Konvensyen Intergriti 2007. Ada pula MOU antara IIM/PDRM/MIM dan MIMOS. Pada saya majlis ini hanyalah seperti “business as usual” kerana apa? Kerana saya meletakkan makna yang tinggi untuk sesuatu Konvensyen dan untuk menggunakan perkataan Integriti itu rasanya terlalu idealis memandangkan beberapa kejadian yang semakin menggebu gebu sekitar korupsi.

Kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan:

hasil analisis daripada pelan strategik PDRM menunjukkan pasukan itu mempunyai isu integriti yang harus ditangani iaitu sebanyak 93.4 peratus bagi tahun 2000-2005 dan selebihnya membabitkan isu kompetensi

Integriti itu satu eufemisme (pelembut kata) sedangkan dalam makna Melayu lebih mudah difahamkan sebagai “maruah”. Tidak ada integriti bermakna tidak boleh dipercayai, tidak boleh diharap.

4 thoughts on “Studio Korupsi

  1. hoho..

    apa cerita rakyat & bangsa yang sibuk berkorup untuk 50 tahun yang akan datang?

    membina tamadun dengan korupsi?

    Hohoho! selagi kita (rakyat) merestuinya, selagi itulah berterusan…hingga 50 tahun kita semua jadi papa kedana..hohohoh

  2. saudara,

    seorang kontraktor yang sangat saya kenali pernah mengaku sambil ketawa besar bahawa projek membaiki bangunan di sebuah sekolah rendah di Lenggeng, NS bernilai RM20,000 sebenarnya langsung tidak dilaksanakan.

    Duit diterima, setelah guru besar mengesahkan kerja dilaksanankan dan kena bagi guru besar separuh.

    cerita Rm200 tu kecil saja….

    Bung Adnan RM 200 untuk satu set, IKBN tidak beli satu set sahaja, kemudian fikirkan pula ada 8 IKBN camna tu? hehehehe

  3. Hurm. Terkejut juga saya baca berita ni selepas diberitahu oleh sdr Zamri.

    Entah-entah syarikat tersebut tidak ada firma sendiri pun. Bak kata Puan Ainon, “Semua tu bisnes atas angin saja.”
    Sdr Azree,
    Kreativiti dalam penipuan sudah sampai ke puncak, dalam perakaunan pun ada creative accounting, wang keluar masuk syarikat nampak betul hanya di atas kertas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s