Demokrasi Batu Buruk

Batu Buruk ialah tempat pertama saya kenal Terengganu. Damai dan udara nyaman. NGO yang namanya BERSIH pun kini sudah buruk pula. Analisis kejadian tersebut sudah ada di blog Nahdah, bacalah jika anda ingin mengetahui apa yang berlaku di samping bahan bahan yang bakal muncul. Terutama sekali mereka yang belum pernah mengalami suasana ceramah yang cuba menjelaskan ehwal politik.

Setelah membaca blog Nahdah, dan sempena menyambut Ramadan, saya dengan resminya melakarkan istilah Demokrasi Batu Buruk untuk merujuk kepada jenis demokrasi yang kita anuti selama ini.

7 thoughts on “Demokrasi Batu Buruk

  1. Tuan Rastom,

    Setiap apa yang berlaku akan ‘create its own logic’. Ertinya, segala sesuatu, apabila ia berlaku, ia akan mencipta kesan-kesannya sendiri yang berada di luar kawalan manusia yang mula-mula menyebabkan perkara itu berlaku.

    Kita tunggulah… nanti akan berlaku banyak perkara sebagai akibat langsung dan tak langsung daripada apa yang mereka lakukan di BB (Batu Buruk).

    Puan SifuPTS,

    Walaupun kejadian begini bukan pertama kali, tetapi saya rasakan kali ini ia bakal melahirkan sesuatu yang lebih besar kesannya.

  2. Saudara Rastom,

    Takdirnya saya berjaya mendapat hotel penginapan di Kuala Terengganu pada tarikh kejadian itu saya mungkin berpeluang menjadi salah seorang saksi kejadian. Saya memang bercadang ke sana untuk menghadiri perasmian Bulan Bahasa dan Sastera Negara ( BBSN ).

    Sayangnya saya membatalkan rancangan ke sana kerana kesemua hotel yang saya biasa menginap di situ telah penuhi termasuk Park Inn dan Batu Buruk Beach Resort.

    Menurut kaki tangan Batu Buruk Beach Resort yang menjawab panggilan telefon saya itu, kesemua bilik di hotel itu dipenuhi oleh ahli UMNO bahagian Tanjang Karang yang berkursus di situ.

    Pelik. Kenapa perlu orang di Selangor berkursus di Terengganu yang berjam-jam perjalanan jauhnya dan masihkah boleh dianggap secara kebetulan sahaja berlaku rusuhan di sekitar Batu Buruk beach Resort dimana begitu ramai orang politik itu berkumpul ?

    Saudara Adnan,

    Berkursus outstation lebih menyeronokkan, dapat bilik hotel dan makan angin. Ini agenda biasa menjelang pilihanraya. Pernah satu ketika sebuah bas terguling masuk gaung bersekali dengan para penumpang – destinasi ke Langkawi. Demokrasi Batu Buruk menggalakkan pelancongan dalam negeri, hati senang dan tenteram untuk kemudian pergi mengundi. Jika saudara tidak ada wang untuk sponsor Cuti Cuti Malaysia, jangan mimpi jadi wakil rakyat.

  3. Bonjour Rastom

    Comment vas-tu? Ca fait longtemps que je n’ai pas eue de tes nouvelles – j’ai le domain BB dC – et si tu veux on pourra faire qqchose ensemble a propos de ce sujet.

    a+

    AA

    Bonjour AA,

    Le domain BB dC? qu’est-ce que c’est en anglais ? Je pourrais être intéressé !

  4. Pak Rastom,

    Batu Buruk juga adalah tempat di mana “jurnalisme akar umbi” gagal!

    Setakat ini belum ada gambar-gambar mahupun klip video amatur dan alternatif merakamkan kejadian ini. Yang ada hanyalah:
    (1) Gambar pembakaran bendera di fotopages. Gambar ini sama yang dikeluarkan oleh akhbar-akhbar perdana.
    (2) Video rusuhan di youtube
    (Kedua-dua dikeluarkan oleh pihak UKON)
    (3) Hanya ada satu video dr hp(youtube), tetapi gambar langsung tidak jelas

    Masakan dalam ribuan yang hadir, tidak dapat merakamkan saat-saat bersejarah ini.

    Ataupun, orang terengganu terlalu miskin hingga tidak berkesempatan menikmati teknologi hp kamera?!

    Tidakkah terlalu awal untuk kesimpulan “jurnalisme akar umbi” gagal? Ada banyak kemungkinan dengan bersangka baik, seperti halangan dan ugutan, bahan telah dirampas dan sebagainya. Orang KT tidak seperti dulu, sudah banyak perubahan dan saya yakin insiden itu sudah pun mencetuskan suatu ketakutan kepada pihak tertentu laksana filem filem seram yang penuh saspens…ada bunyi..rupa tiada🙂

  5. Tuan Rastom,

    Peristiwa buruk di Batu Buruk sepatutnya menginsafkan mereka yang selama ini begitu gemar kepada yang buruk: moral buruk, akhlak buruk, perangai buruk, dan demokrasi buruk.

    Aduhai mereka yang berperangai buruk, di bulan Ramadhan tahun ini membuka peluang untuk anda semua mengubah keburukan itu kepada kebaikan.

    Selamat bersahur, selamat berpuasa dan berbuka puasa, serta bertarawikh & bertadarrus.

    YTH Tuan Alang Kelana,

    Usia sudah 50 tahun masih suka yang buruk, entah tak kan berubah. Tahniah saya ucapkan dengan terbitnya buku Fulijami Tuan itu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s