amalan bodoh di bulan mulia

Kerja cipta rekod begini belum pernah saya temui dalam nas atau dalam mana mana sejarah amalan umat Islam selepas zaman nabi Muhammad. Tidak juga ada dalam amalan lain lain mazhab samada di dalam Ahl Sunnah atau Syiah. Dengan ini, orang Melayu mencipta rekod sebagai bangsa pertama umat Islam yang suka merekod rekodkan amalan bodoh yang ditiru bulat bulat dari luar.

17 thoughts on “amalan bodoh di bulan mulia

  1. Saya rasa mereka tidak bodoh. =)

    Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

    “Artinya : Barangsiapa yang memberi buka orang yang puasa akan mendapatkan pahala seperti pahalanya orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahalanya sedikitpun”

    Hadits Riwayat Ahmad (4/144,115,116,5/192) Tirmidzi (804), ibnu Majah (1746), Ibnu Hibban (895), dishahihkan oleh Tirmidzi.

    Bayangkan betapa ramai org berpuasa yg dapat diberi makanan berbuka, n then bayangkan betapa banyak pahala org berpuasa yg pihak penganjur dpt. SubhanAllah! Jelesnya saya!

    sdr leokid,

    Terima kasih di atas komen anda. Pahala besar untuk mereka yang memberi makan, juga untuk mereka yang berbuka dengan seadanya tanpa berlebih lebihan. Saya tidak menafikan kelebihan itu. Tetapi masalahnya di dalam budaya kita yang saya sudah terlalu biasa sangat ialah suka berlebih lebihan. Kemudian masalah lambakan makanan yang terbuang. . Tiada benda percuma di dunia ini. T -Shirt yang di pakai oleh ahli pengacau bubur juga perlu disponsor. Dari segi ekonomi, belanja kita melonjak di bulan Ramadan. Adakah ini sesuai dengan ruh Ramadan?

  2. In a hadith – actions are judged according to intensions. Jadi, jika niatnya adalah untuk cipta rekod aku rasa Allah will give them what they wish for.. a world record. Jika niatnya serampang dua mata.. wallahua’lam, setahu aku Allah amat cemburu dengan amal yang dibuat bukan untuk NYA.

    Tambahan, aku pun tak pernah dengar pasal cipta & pecah rekod dalam beramal ni… mungkin next project ialah sapa puasa paling lama di dunia akan masuk Guinness record.. eh.. guinness? air kencing setan tu kaa?

  3. Maaf beb! Dalam hal ni aku setuju dengan leokid.

    abg putra,

    tak perlu maaf beb! dalam Islam berbeda pendapat itu satu rahmat…..lagi banyak variasi pendapat terbuka lagi ceria Malaysia!

  4. I think what sdr Rastom trying to convey here is about our ummah way of thinking.. its about setting priority when allocating rights to resources, goods and services which usually, in limited supply. Kan lebih molek kalau acara ini diadakan di tempat orang Islam yang memang tak cukup makan.. aku rasa itulah ruh Ramadhan dan ruh sebenar hadis yg dibawa leokid tu. Misalnya, sesetengah pondok dah tak buat korban di Malaysia.. kerana ada umat Islam di daerah lain yang lebih memerlukan. Jadi wang yg diterima utk korban itu dikirimkan ke Kemboja, Pakistan, Afghanistan, etc.

    Yth univerct

    Terfikir juga saya apakah Islam tidak menganjurkan umatnya meletakkan prioriti seperti yang tuan katakan itu sedangkan sudah jadi satu klise orang bercakap fasal kesyumulannya?

  5. Sekurang-kurangnya mereka mampu mengeratkan sillaturahim dibulan baik ni beb!
    Apa yang bodohnya?
    I sokong leokid!

    Sedutmp3,

    Sedut jangan sebarang sedut hehehe! Ayat “sekurang kurangnya” lawannya ialah “selebih-lebihnya”. Ustaz fiqh ada sebut dalam Islam kita ambil kesan yang selebih-lebihnya, bukan yang sekurang kurangnya. Kata sesetengah orang hisap rokok sekurang kurangnya memberikan ketenangan. Tetapi kesan selebihnya mudarat jangka panjang.

    Mengenai kesan silaturahim, sudah lama ada mekanisme itu selepas berbuka di mesjid mesjid dengan bertarawikh.

  6. Yang BODOHnya ialah membukukan “kejayaan” itu. Bersedekah agar nama dicatat dalam buku rekod, kita banyak bersedekah?! Niat bercampur aduk.

    Soal pembaziran adalah soal mekanisme pengagihan. Bila gagal, maka berlaku pembaziran. Tetapi, jika dibelanjakan RM 1 juta pun, jika berjaya diagihkan sehabisnya utk orang ramai berbuka, pada saya ia tidak mengapa. Di mana hendak dikatakan pembaziran? Hanya semata-mata belanja bersedekah itu tinggi?

    Lagipun, tidak berlaku pembaziran, kerana sedekah itu akan membolehkan orang lain berjimat, menyimpan, yang kemudiannya dapat pula dibelanja untuk perkara keperluan masing-masing. Tidakkah ramai yang untung dari sedekah itu?

    Sheikh Hanif Zuhdi,

    Ya, tepat sekali katamu! Mekanisme pengagihan di negara kita sentiasa bermasalah. Semua segi, kekayaan hasil mahsul negara, maklumat yang tepat, agihan tenaga kerja mahir, agihan guru bandar/desa, agihan tempat belajar IPT dan lagi dan lagi. Belanja sedekah yang tinggi bukan masalahnya, jika kita kaya, tetapi seperti yang sedia kita ketahui agihan pendapatan negara tidak merata, maka maknanya negara kita ada jurang miskin kaya, kerana apa? Kerana mekanisme agihan (satu pusingan a la roundabout). Dalam isu bubur ini, ia barang mudah rosak, tidak boleh disimpan. Masak hari ini, habiskan hari ini, jika tidak, ia basi. Tidak seperti agihan bendera Malaysia, boleh disimpan atau jika terpelanting jatuh ke jalan, ia tidak basi, cuma dilanggar kereta dan lori.

  7. hehe..

    rekod, rekod & rekod..

    tak perlu pandang rekod bubur lambuk masa puasa,
    cukup-cukuplah dengan 1001 rekod yang sibuk dikejar manusia melayu kita ni..

    kan lebih baik wang untuk mencipta rekod itu kita salurkan kepada usaha menambahbaik institusi bahasa misalnya..

    ayat bodoh itu keterlaluan, tetapi sebagai peringatan, ianya mungkin juga satu keperluan

    zf_zamir,

    Bodoh manusia ada pandainya juga, tak semestinya seseorang itu bodoh kesemuanya. Dalam hal ini mereka pandai di dalam bab kacau mengacau bubur, dan pandai mempromosi amalan itu untuk dimasukkan ke dalam rekod. Dan yang lebih pandai lagi sudah tentu Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, kerana ini pencapaian baik menjelang perhitungan besar menjelang pemilihan calon. Beliau khabarnya akan menerima sijil pengiktirafan kejayaan dan akan disampaikan oleh Pengarah Urusan MBOR (Malaysia Book of Records) Datuk Danny Ooi

  8. Surah As Syura, ayat 20 berikut menerangkan bahawa usaha didunia bergantung kpd niat dan ALLAH SWT terangkan juga apakah balasannya:

    “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak. “

  9. Salam,

    Saya tak sangka Tuan Rastom juga berminat dengan cerita bubuk lambok ni. Saya mendengar ceritanya saja di radio sepanjang minggu itu.

    Kata mereka, 10 periuk dihantar ke sepuluh daerah untuk diagihkan. Yang tinggal, belum pukul 5 sudah habis semuanya. Ramai yang hampa. 5 periuk mereka hidangkan di majlis berbuka dengan MB di perkarangan Masjid Paroi Jaya di sebelah stadium.

    Saya tak pergi mengambl bubur. Jika Tuan ke blog saya Tuan akan tau kenapa.

    Saya pun terfikir, apa baiknya aktiviti ini. Selain mencipta nama. Namun siapa yang dapat nama? Orang yang datang hanya bila bubur dah masak dan menerima sijil dari wakil MBR. Orang yang bertungkus lumus selama seminggu membuat persediaan dan yang berjaga selama dua malam sebelum acara pada hari tersebut, tidak seorang pun disebut namanya dalam berita. Malah nama badan yang mereka wakili pun dikumpulkan dalam satu ayat sahaja.

    Kata MB masa berucap, tahun ini bolehlah kita buat dan agih bubur ni sebab ditaja oleh Kementerian Pelancongan. Jadi mahu tak mahu, kita semua turut menyumbang memberi orang NS makan bubur lambuk pada hari tu. 🙂

    Puan Siti Hajar,

    Saya cukup minat dengan yang “ter-ter” di Malaysia. Sudah baca juga fasal lengan belengaih dengan bubur hahahahahah!

  10. Nawaitu harus dgn.tidak memperbesar-besarkan perkara apajua yang dilakukan – lihat isu dan hukumnya – masaalah org “melayu Muslim” Malaysia memang ketara sekarang – terutama bila hendak mencari nama utk meneggakkan bangsa.

    AA, bila jiwa, akal, budi kosong..yang tinggal kuat hanyalah mulut dan cita cita bombastik, negara kita sudah jauh ketinggalan.

  11. Sebenarnya amalan gotong royong tu memang baik. Dan bergotong royong untuk menyediakan juadah umat Islam berbuka puasa secara percuma bukan amalan bodoh. Cuma kurang cerdik kalau amalan mulia macam ni dianjurkan untuk menempah nama dalam rekod dan sebagainya.
    Tapi amalan bodoh memang banyak kat Malaysia ni…perhimpunan malam menjelang kemerdekaan, tahun baru…konsert jom heboh..perhimpunan mat rempit dan sebagainya….

  12. Ada dua, tiga, empat fadhilat yang nyata:

    1. Dapat cipta rekod dunia.
    2. Dapat berbangga.
    3. Dapat makan.
    4. Dapat bermesra dan banyak cakap.

    Tapi, ada satu yang tidak memberi fadhilat, iaitu mereka ‘bermesra’ awal dengan makanan, yang sepatutnya semua orang berpuasa mengelak melihat, membau makanan sehingga azan maghrib. Sama lah dengan amalan umum orang Malaysia, seawal pukul tiga petang, semua sudah berbuka mata, bau makanan sehingga bercawan-cawan air liur telah tertelan. Apa ini tidak terjejas ke ruh puasa?

    Malaysia Truly Asia, cara ramadan di Malaysia memang unik sehingga saya tak terikut.

  13. itulah kegunaan MBOR dlm m’sia sebab rekod cam ni tak akan diikhtiraf atau diterima sebagai satu rekod

    Ong, Oh MBOR itu rupanya satu alternatif untuk rekod rekod yang tidak layak, wajar dan patut dianggap rekod. Ertinya apa? Saya tafsirkan ia hanya sebagai kerja bodoh lagi membodohkan dan saya harap rakyat Malaysia belajarlah dari pengalaman lampau, dunia sudah banyak berubah, kita saja yang belum.

  14. Salaam alaikum dan selamat sejahtera. Saya bersetuju dengan pendapat Leokid, tetapi ada benarnya juga kata2 En. Rostam kita hehe

    Pape pn terpulang la pada niat diorg, kita pun tak boleh pandang buruk. Bagi ana, bagus lah Rostam bagi peringatan pada kita agar tak berlebih2an, menunjuk2 dan sebagainya amalan baik yang tidak dibuat kerana Allah.

    Tetapi dari sudut lain, tidak wajar lah kita menuding jari pada mereka, kerana ada di kalangan mereka yang mungkin berniat betul2 ikhlas dan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan sebagainya.

    Ini bermakna ada pro dan kontra yang baik di sini dan boleh di ajak berfikir bersama. Jazaakumullahu khoirol jazaa’

    Itu cerita cik Siti Hajar mengingatkan saya letih orang bawahan buat bubur tetapi yang kutip bonus orang atas. Itu yang saya tak dapat terima. Kalau tak dibuat program glamor begitu mungkin ada cara lain yang lebih berkesan, semua orang puas hati, lagi berkat.

    Ma’assalamah
    🙂

  15. sy juga bersetuju dgn leokid…ini kerana kita x boleh judge sesuatu tanpa mempertikaikan tersurat dan tersira..mungkin tiada tersirat hati langsung nak berlagak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s