Bulan puasa bukan bulan meningkatkan pasaran makanan!

Tajuk entri ini agak panjang kerana sistem enjin carian dan wordpress suka dengan tajuk panjang. Jangan pula terlalu panjang. Cukup cukup ruang sudah. Kali ini saya membentangkan budaya orang Melayu berpuasa dan berbuka puasa. Teman saya di Arab Saudi menggambarkan suasana berbuka di sana dengan cara yang cukup sederhana. Saya bercerita kepadanya cara kita berbuka dengan cara yang cukup meriah, gemilang dan terbilang, 1001 jenis juadah……..Sampai bilakah budaya kita ini yang menyelit nyelit dicelah amalan agama perlu diteruskan? Media massa yang mempromosikan budaya makan berlebih ini tidak dapat kita sekat kerana itulah sumber pendapatan mereka. Iklan. Tetapi anda sebagai pengguna, gunakanlah kebijaksanaan. Baca sikit apa kata Tuan Sheikh SM Idris (gambar) fasal bab membazir ini, kalau belum baca lagi.

4 thoughts on “Bulan puasa bukan bulan meningkatkan pasaran makanan!

  1. Tom,

    Saya rasa “kefahaman” tentang hakikat sebenar puasa masih kurang. Atau faham tapi liat nak mengamalkannya!

    abg putra,

    Semakin jelas lagi menjelaskan betapa tidak sama komitmen seorang yang dilahirkan Muslim (keturunan) dengan seorang yang mencari kebenaran lalu ditemuinya Islam.

  2. saudara,

    Bulan ramadan di negara kita sebenarnya sudah macam diiktiraf sebagai bulan `Pesta Makanan`. Buktinya, dua tahun lalu gera-gerai ramadan di negara ini sudah disenaraikan sebagai `menu` kepada pelancong asing.

    Tidak lama lagi kita akan lihat pula betapa dahsyatnya Malaysia menyambut hari raya. Jangan terkejut jika ratusan ribu mungkin jutaan ringgit dilambakkan oleh pemimpin untuk pesta syawal pula. Semua MB / KM, dari Perlis hinggalah ke Sabah dan beberapa menteri dan PM akan mempromosikan pesta itu.

    Itulah ramadan dan syawal gaya Malaysia.

    50 Tahun Negara ku Gagah Gemilang! Kalender Tourism Malaysia perlu di isi juga, jika tidak, kosong, sifar events. Cumanya tidak semua zon atau negeri yang padat menerima kunjungan para turismo. Ada negeri yang tidak ada langsung acara berkalender tetapi dijenguk juga oleh para turismo, contoh negeri Kelantan dan Terengganu. Negeri lain entahlah pula. Apa yang pasti sambutan Hari Raya akan terus dikomersialkan selagi manusia bernama Melayu ghairah dengan pesta-pestaan.

  3. Pak Rastom,

    I beg to disagree. Waktu Ramadan adalah waktu yang sesuai untuk berbelanja terutama berbelanja orang berbuka. Waktu inilah ganjaran berlipat ganda dari Allah. Waktu inilah pasaran makanan patut melonjak.

    Apa yang pudar iaitu budaya memberi makan untuk orang berbuka. Banyak berlaku, hanya berbelanja untuk diri sendiri. Dibelinya kuih muih, nasi sebungkus, ayam sepaha dan air sejag hanya untuk diri sendiri. Apa salahnya, ada hamba Allah yang memborong makanan di pasar Ramadan dan disedekahkan kepada orang ramai.

    Bagi hotel-hotel, waktu Ramadan begini, sepatutnya kita dapat berbuka free di hotel-hotel ini, menikmati juadah yang bermacam-macam sedapnya. Patutnya, ada pihak yang bermurah hati bersedekah menempah makanan hotel(terutama jutawan dan hartawan) buat orang-orang miskin, sahabat dan taulan menikmati rasanya makanan orang kaya! Ini tidak, kaya pun, berbuka puasa di hotel untuk diri sendiri (ada la sedikit untuk anak beranak atau teman-teman buat mengambil hati).

    Jika kita dibelanja makan dan berbuka, maka kita boleh jimatkan duit dan kemudian cukup pula untuk buat kenduri berbuka bagi orang lain pula.

    Bulan Ramadan, berbelanja (bersedekah) banyak, sendiri makan kurang.

    Saya amat setuju dengan cadangan supaya hotel hotel memberi makan percuma. Bukan mustahil kerana akaun tahunan hotel tersebut boleh di adjust untuk pelepasan cukai koporat. Masalah dengan koporat Malaysia pula, sudah kaya, nak kaya lagi, bila sudah kaya servis macam hampeh!

  4. saudara,

    saya telah membaca pendapat tuan sheikh sm idris tentang amalan pembaziran di kalangan orang2 melayu ketika berbuka puasa. saya bersetuju dgn pandangan beliau dlm bab bazir membazir ni org mlayu mmg no. 1. namun, skarg saya nk ceritakn pula di other story behind of the bazar ramdhan scene…utk pengetahuan saudara saya merupakan salah seorang penjaja makanan dan kuih muih di bazar ramadan berdekatan rumah saya di sebuah pekan kecil di slatan tanahair. setiap hari spanjang ramadan ini saya membantu ibu saya memasak lauk pauk dan kuih muih kemudian menjualnya di bazar ramdan. pada bulan ramdhan inilah kami mencari rezeki bersungguh-sungguh kerana sumber pendapatn kami di bulan puasa ini berlipat kali ganda berbanding bln2 lain. mungkin sbb itu bln ini juga dinamakan ‘bln rezeki’. mungkin ada org yg kurang gemar dgn tanggapan tersebut kerana pd mereka bln yg mulia ini x patut dicemari dgn amalan yg menjurus pembaziran. namun jika dilihat dr sudut lain pula, bln mulia inilah yg telah bnyk membantu kami dan memberi rezeki kpd keluarga saya (dan keluarga2 yg lain) utk mendapatkn pendapatan halal berjualan kuih. di gerai2 di bazar ramadan saya melihat wajah2 ibu2 tua dan wanita2 separuh usia ibu saya gigih berniaga mencari rezeki x mengira panas dan hujan, habis atau tidak jualan, mereka menerima rezeki yg ada pd hari itu dgn kesyukuran. rezeki di bln ramdan ni la yg telah bnyk membantu org2 susah atau ibu2 tunggal di tmpt2 saya (termasuk keluarga saya) utk meningkatkn pendapatan dgn cara berniaga kecilan sebegini.

    tentang restoren mewah atau hotel2 yg berlumba mengadakan pakej buka puasa sampai rm80-rm100 sekepala tu…saya no komen…tertanya juga, ada jugak yg sanggup berbelanja sebanyak itu utk skali mkn..wallahualam. saya sndiri pun x mampu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s